Selasa, 13 Mei 2014

MEMASANG SET AWNING POLYCARBONAT DI SEMI-D KOTA SERIEMAS.


MEMASANG SET AWNING POLYCARBONAT DI SEMI-D KOTA SERIEMAS.

Projek: Memasang 4 set Awning jenis Polycarbonat
Lokasi: Kediaman Kota Seriemas

Pada kali ini saya akan paparkan perjalanan satu projek memasang set polycarbonat di kediaman En Fairuz di Kota Seriemas ,Nilai, Negeri Sembilan. Terima kasih saya ucapkan kepada beliau kerana memberi kepercayaan kepada saya menjalankan projek ini.
             Projek ini sebenarnya ada dua peringkat iaitu yang pertama memasang set tile pada ruang parking yang dibesarkan, memasang dan mengalihkan longkang asal ke sudut tepi serta membuat laluan baru masuk kenderaan ke tempat parking. Pemasangan awning adalah projek peringkat ke dua yang hanya dijalankan setelah selesai semua kerja tersebut dilakukan oleh En Yaakob ,rakan baik saya.

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan dalam projek tersebut;
1)  Besi Hollow 4x4 inci              1 batang             
2)  Besi Hollow 2x4 inci              2 batang
3)  Besi Hollow 2x3 inci              24 batang
4)  Besi Hollow 1.5x2.5 inci         2 batang
5)  Besi Hollow Rought Iron  6/8inci 2 batang
6)  Besi Angle bar 1.5 inci            1 batang
7)  Steel Plate 1 mm                     1 keping
8)  Polycarbonat Solid
9)  Alumunium bracket Angle type dan Flate type
10) Wall plug
11) Skru Polycarbonat
12) Asbestos plate
13) Set gutter
14) Pvc pipe 3 inci

Berikut adalah  beberapa gambar diambil dari projek tersebut:

Gambar Awning Polycarbonate bahagian depan.

Pemasangan Poly yang hampir siap.
Palang dibina sedemikian bagi mengukunkan struktur palang utama.
Palang Utama dipasang ke tiang tepi.
Hujung besi Hollow dipotong serong bagi membentuk potongan lekuk yang unik seperti kayu.
Lagi potongan serong hollow 2x3 inci.
Struktur kerangka polycarbonat dinaikkan ,disusun mengikut ukuran 2 kaki jarak setiap satu sebelum diwelding.
Struktur kerangka di sebelah depan parkir.
Polycarbonat dibuka sebelum dipasang.
Struktur utama kerangka besi.


             
               
Tapak khas untuk dipijak semasa service aircond.
Bumbung poly dipasang di bawah lantai dahulu sebelum dipasang .
Kerangka besi dipasang sebelum .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan