Rabu, 16 September 2015

TPS2-MEMASANG SET AWNING POLY DI PASSIFLORA.

Memasang Set Awning Poly Di Passiflora, TPS2.


           Salam tuan yang budiman . Minggu ini saya paparkan satu projek memasang set awning poly di Taman Pelangi Semenyih 2 (Passiflora) milik En Zaidi Maarof. Terdapat 3 struktur binaan poly yang dicadangkan oleh tuan rumah meliputi ruang parkir depan, tepi dan belakang.
          Kami menggunakan struktur tiang agak besar iaitu saiz 5"x5", teras dengan struktur berkerawang dan kekuda dengan hollow 2"x3". Poly pula menggunakan jenis solid dengan ketebalan 3 mm. Pilihan warna yang dimuktamadkan ialah ialah Emboss Brown  dengan kod warna CSB04. Penggunaan besi dengan saiz besar dan tebal untuk pembinaan struktur adalah bagi memastikan binaan kellihatan kukuh dan tidak melengkung serta menimbulkan keserasian binaan dengan design rumah itu sendiri.
          Setiap pemasangan mengambil kira faktor kebolehtahanan besi  terhadap air dengan meminimumkan tahap pendedahan terhadap air hujan. Setiap hujung poly dilebihkan (basi) kira-kira 2-3 inci supaya tempias air hujan dapat diminimumkan.
          Proses awal pembinaan dijalankan di bengkel terlebih dahulu manakala proses memasang mengambil masa 2.5 hari. Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut.










          Semoga memberi manafaat kepada anda. Sekian terima kasih.

http://www.charityid.com/mohdmuhlis

     

Jumaat, 11 September 2015

NILAI- MEMASANG SET GRILL DI SURAU DESA INDAH.

Mamasang Set Grill Di Surau Desa Indah, Nilai.



          Salam tuan yang budiman . Minggu ini saya paparkan satu projek memasang set grill di Surau Desa Indah, Nilai. Set tersebut mengandungi 5 set pintu sliding kecil, 4 set grill pintu  dan 4 set grill tingkap.
   
          Cat yang dipilih ialah warna wrought iron.  Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut yang sempat saya kongsikan untuk tatapan. Semoga memberi manafaat kepada anda.




          Sekian terima kasih.

Khamis, 10 September 2015

ENSTEK-MEMASANG SET PAGAR BRC FENCING @ ANTI CLIMB GATE.

Memasang Set Pagar BRC Fencing @ Anti Climb Gate.

        Salam tuan yang budiman. Minggu ini saya paparkan satu projek memasang pagar FC Fencing atau Anti Climb Gate di Embun, Enstek milik En Khalid.
        Terdapat beberapa pilihan saiz di pasaran tetapi saiz yang paling biasa dipasang di kediaman perumahan adalah saiz berikut; tinggi 4 kaki, panjang 8 kaki, spacing 2"x6" dan ketebalan 5mm. Begitu juga warna pagar. Terdapat waena alumunium (warna asal GI), Coklat gelap dan hitam . Tetapi warna yang biasa dipasang ialah warna asli (GI- Galvanised).
        Pagar jenis ini adalah pagar model agak baru dan kian popular di kalangan sektor pembinaan. Kini banyak dipasang di kawasan perumahan baru yang moden. Harganya juga bukanlah murah . Ini mungkin berlaku di atas faktor material dan ketahanan(kekukuhan) serta keyakinan pengguna.
      Beberapa kelebihan dan kekurangan pagar ini yang dapat saya nyatakan serba sedikit;
Kelebihan:
1)Tahan karat sebab menggunakan material logam galvanize.
2)Kuat serta kukuh sebab menggunakan besi padu (tidak berongga kecuali pada
    struktur tiang).
3)Mudah dipasang , boleh diaplikasikan dengan menggunakan kaedah pemasangan
   bolt plug dan skru khas.
4)Anti climb , di rekabentuk agar tidak mudah dipanjat samada oleh kanak-kanak
    atau dewasa.
5)Keselamatan, mempunyai struktur yang tidak mudah diurai apabila dipotong , setiap
   satu cantuman besi amat kukuh dan rapat-rapat (tahap keselamatan tinggi).
6)Kelihatan kemas serta tersusun.
Penambahan;
1)Kos barang agak mahal.







           Berikut adalah beberapa pic yang sempat saya rakam untuk tatapan umum. Semoga memberi manafaat kepada anda,.

Rabu, 9 September 2015

NILAI-MEMBUAT SET TRAY DIESEL.

Membuat 2 Set Tray Diesel Untuk Site Projek.


         Salam tuan yang budiman. Kali ini saya kongsikan satu projek membuat tray untuk tong drum minyak diesel bagi tujuan memenuhi syarat SHO supaya tiada mana- mana minyak diesel yang tertumpah , menitis atau bocor akan tertakung pada tray tersebut. Adalah menjadi kesalahan di bawah peraturan khas jika dengan sengaja atau tidak melepaskan bahan seperti diesel terus ke tanah seterusnya ke longkang.
        Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut. Semoga memberi manafaat kepada anda.


       Terima kasih.

NILAI-MEMASANG SET GRILL DI STARZ VALLEY-

Memasang Set Grill Di Starz Valley ,Nilai.

        Salam tuan yang budiman. Kali ini saya paparkan satu projek memasang set grill di Starz Valley, Nilai milik En Mansor. Beliau juga berhasrat memasang 1 set kipas angin, 3 set lampu syiling led dan set railing langsir.



         Semoga memberi manafaat kepada anda. Sekian terima kasih.

NILAI-MEMASANG SET AWNING GENTING, SET GUTTER DAN PENUTUP LONGKANG KONKRIT.

Memasang Set Awning Genting, Set Gutter dan Menutup Longkang Konkrit .


          Salam tuan yang budiman . Minggu ini saya paparkan satu projek memasang 3 set awning genting pagola di sudut tepi rumah milik Puan Adilla. Beliau memilih konsep awning tanpa tiang bagi mengelakkan ruang sudut tepi terhalang manakala 2 set lagi adalah bahagian sudut tingkap.
          Berikut adalah beberapa pic dari projek di atas.








         Manakala di sudut belakang beliau berhasrat memanafaatkan satu ruang dengan menutup bahagian bumbung untuk dijadikan setor. Satu set gutter dipasang pada papan manis kemudian plate tebal 2 mm dipasang di antara dinding tembok dengan gutter. Lantai yang asalnya longkang akan ditutup dengan konkrit dijadikan lantai penuh.


         Beliau juga bercadang memperbaiki sistem pengaliran air dengan memasang gutter sepanjang 30 kaki bagi menakung air hujan yang turun agar terus kelongkang berhampiran.


         Berikut adalah bahagian longkang yang ditutup dengan konkrit simen untuk dijadikan lantai.

         Semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada anda.  Terima kasih.