Khamis, 7 April 2016

SENDAYAN- MEMASANG SET GRILL KEDIAMAN DAN AWNING POLY DI HIJAYU 1.

Memasang Set Grill Dan Awning Poly 3mm di Bndr Seri Sendayan.


         Salam tuan yang budiman . Minggu ini saya paparkan projek memasang set grill dan awning poly solid 3mm,  rumah lot tepi milik Puan Mastura.
          Beliau memilih besi kecil dari jenis solid dan dipadankan dengan warna putih. Sentuhan idea agak unik dengan meletakkan grill sliding disebelah dalam. Antara kelebihan grill sliding disebelah dalam ialah tahan dari hakisan karat tempias dari air hujan. Selain itu melindungi panel cermin pada pintu sliding dari hentaman luar jangka.
          Awning Poly beliau memilih warna poly clear dengan ketebalan poly 3mm. Pilihan warna struktur juga warna putih.
           Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut. Semoga memberi manafaat kepada anda.


           Terima kasih.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan