PROJEK TERKINI.











Jumaat, 24 Jun 2016



NILAI - MEMASANG SET AWNING METAL DECK DI DESA ANGGERIK, NILAI.

MEMASANG SET AWNING METAL DECK DI DESA ANGGERIK, NILAI.


        Salam tuan yang budiman. Kali ini saya paparkan satu projek memasang set awning pagola metal deck milik En Zam di Desa Anggerik, Nilai.
         En Zam memilih warna dark red untuk bumbung manakala di bahagian struktur beliau  memilih warna leather. Di bahagian depan sepertii biasa kita menggunakan struktur teras khas bagi mengukuhkan bahagian depan agar kelihatan tidak melengkung.
         Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut. Semoga memberi manafaat kepada anda.









        Sekian Terima kasih.

1 ulasan:

Ahad, 5 Jun 2016



NILAI - MEMASANG SET AWNING METAL DECK DI DESA ANGGERIK.

Memasang Set Awning Metal Deck Di Desa Anggerik, Nilai.



          Salam tuan yang budiman . Minggu ini saya paparkan satu projek memasang set awning metal deck di bahagian beakang Tadika Pintar Al Husna , Desa Anggerik.
          Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut.












          Semoga memberi manafaat kepada anda. Sekian Terima kasih.

Tiada ulasan:


Catat Ulasan

Ahad, 5 Jun 2016


SEREMBAN - MEMASANG SET GRILL KEDIAMAN DI HIJAYU 3, SENDAYAN..

Memasang Set Grill Kediaman Di Hijayu 3, Bndr Seri Sendayan, Seremban.


            Salam tuan yang budiman. Minggu ini saya paparkan satu projek memasang set grill kediaman milik En Fahmi di Hijayu 3, Bandar Seri Sendayan, Seremban.
           Eh Fahmi memilih grill dengan besi padu saiz 6/8" dengan kemasan warna putih. Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut.










           Semoga memberi manafaat kepada anda.
Sekian terima kasih.


Tiada ulasan:


Catat Ulasan



Sabtu, 23 April 2016



NILAI- MEMASANG SET AWNING METAL DECK DI TMN SEMARAK.

Memasang Set Awning Pagola Metal Deck Di Tmn Semarak, Nilai.


      Salam tuan yang budiman. Minggu ini saya paparkan satu projek memasang set awning pagola metal deck di kediaman En Man di Taman Semarak , Nilai.
      Beliau memilih warna dark red sebagai warna bumbung manakala struktur besi warna leather.
      Disamping itu beliau juga memilih satu set ampaian boleh laras ke bawah dipasang pada sudut depan rumah. Sedikit ubahsuai grill dan penambahan grill sliding juga dilakukan kepada grill sliding asal.
        Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut. Semoga memberi manafaat kepada anda.










         Terima kasih.

Apg Steel Enterprise



Tiada ulasan:


Catat Ulasan

Isnin, 11 April 2016


SENDAYAN- MEMASANG GRILL DI HIJAYU 1 ,B.SERI SENDAYAN.

Memasang Grill Kediaman Di Hijayu1, Bndr Seri Sendayan.


          Salam tuan yang budiman. Minggu ini saya paparkan satu projek memasang set grill kediaman di Hijayu 1, Bandar Seri Sendayan, Seremban milik Puan Mastura.
          Puan Mastura memilih besi solid wrought iron saiz 1/2" dipadankan dengan kemasan warna putih menyerikan kediaman beliau. Di sudut belakang beliau memilih binaan awning polycarbonat clear dengan ketebalan 3mm dan dipadankan dengan kemasan warna putih.
          Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut.








          Pemasangan awning poly solid 3mm.





          Semoga memberi manafaat kepada anda. Sekian terima kasih.

Apg Steel Enterprise

Tiada ulasan:



Isnin, 28 Mac 2016



SENDAYAN - MEMASANG SET GRILL ,GATE, AUTO GATE DAN EXTEND BELAKANG, HIJAYU 1.

Memasang Set Grill, Gate, Autogate Dan Extend Belakang.


           Salam tuan yang budiman. Kali ini saya paparkan projek memasang set grill anticlimb dan patern lintang, gate expended metal, pemasangan set autogate DCMoto dan extend belakang dengan grill dengan bumbung polycarbonat solid 3 mm. Lokasi projek ialah Hijayu1, Bandar Seri Sendayan dimiliki oleh En Farhan .
            Pemasangan grill anticlimb pada unit sliding door dan pintu utama memberi kelainan ketara namun kelihatan menarik lalu dipadankan dengan kemasan warna silver memberi impak positif kepada konsep kediaman ini.
            Pintu gate utama pula direkabentuk dengan design "rare" menyerlahkan kelainan kediaman di kalangan kejiranan ini.
            Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut.

1)Pemasangan grill kediaman.




2)Pemasangan pintu gate .


3)Pemasangan awning poly dan extend grill belakang.





4)Pemasangan auto gate DCMoto.





            Semoga memberi manafaat kepada anda. Terima kasih.

Apg Steel Enterprise

Tiada ulasan:

Jumaat, 18 Mac 2016



NILAI- MEMASANG GRILL GUNTING ( COLAPSIBLE GRILL) DI KOTA SERIEMAS.

Memasang Set Grill Gunting (Collapsible Grill) Di Kota Seriemas, Nilai.


       Salam tuan yang budiman. Kali ini saya paparkan satu projek yang sudah agak jarang orang buat iaitu memasang grill Gunting ( collapsible grill). Grill jenis gunting ini amat jarang ditemui tetapi masih diminati oleh peminatnya tersendiri.
       Biasanya dipasang di lot-lot kedai. Jika kita mahir menyesuaikan dengan kediaman kita ia akan menjadi lebih menarik serta ada unsur tersendiri yang sukar diterjemahkan oleh kata-kata melainkan anda sendiri menyelaminya.
       Biasanya patern atau binaan exslusive ini dipadankan dengan warna Hitam Mati atau black Matt.
       Berikut beberapa pic dari projek tersebut. Semoga memberi manafaat kepada anda.






       Sedikit modifikasi pagar dengan menambahkan besi expended metal pada frame gate utama lalu sifat dengan kemasan warna hitam black matt.




       Terima kasih.

*Idea dan tulisan adalah dari pandangan penulis secara peribadi ,jika ada percanggahan idea ia adalah secara kebetulan.

Apg Steel Enterprise

Tiada ulasan:

Jumaat, 18 Mac 2016


MEMASANG SET GRILL DI HIJAYU 1, SENDAYAN.

Memasang Set Grill Di Hijayu 1, Bandar Seri Sendayan.


          Salam tuan yang budiman. Minggu ini saya paparkan satu projek memasang set grill kediaman di Hijayu 1, Bandar Seri Sendayan.
          Tuan rumah memilih kombinasi dua patern grill iaitu wrought iron dan mild steel dengan patern S. Bahagian sliding door , tingkap depan dan pintu utama menggunakan Wrought Iron manakala yang lainnya menggunakan besi mild steel.
          Berikut beberapa pic dari projek tersebut. Semoga memberi manafaat kepada anda.






          Terima kasih.

Apg Steel  Enterprise



Tiada ulasan:



Jumaat, 18 Mac 2016


AKADEMIA - MEMASANG SET AWNING METAL DECK.

Memasang Set Awning Metal Deck Di Akademia, Lenggeng.

         Salam tuan yang budiman . Kali ini saya akan paparkan satu projek memasang set awning metal deck milik En Hidayat di Bandar Akademia, Lenggeng. 
         Pada asalnya struktur rumah ini telah mempunyai awning poly bentuk zink yang dipasang bersama  struktur kayu. Namun atas beberapa faktor ramai pemilik rumah di kawasan ini telah menukar atau mengubahsuai kepada awning bentuk lain.
         Terdapat dua bahagian sudut juga telah dibina lantai konkrit bagi memberi ruang lebih selesa.
         Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut. 










         Semoga memberi manafaat kepada anda . Terima kasih.

Apg Steel Enterprise

Tiada ulasan:



Rabu, 9 September 2015



NILAI-MEMASANG SET GRILL DI STARZ VALLEY-

Memasang Set Grill Di Starz Valley ,Nilai.

        Salam tuan yang budiman. Kali ini saya paparkan satu projek memasang set grill di Starz Valley, Nilai milik En Mansor. Beliau juga berhasrat memasang 1 set kipas angin, 3 set lampu syiling led dan set railing langsir.



         Semoga memberi manafaat kepada anda. Sekian terima kasih.

Apg Steel Enterprise

Tiada ulasan:


Rabu, 9 September 2015


NILAI-MEMASANG SET AWNING GENTING, SET GUTTER DAN MENUTUP LONGKANG KONKRIT.

Memasang Set Awning Genting, Set Gutter dan Menutup Longkang Konkrit .


          Salam tuan yang budiman . Minggu ini saya paparkan satu projek memasang 3 set awning genting pagola di sudut tepi rumah milik Puan Adilla. Beliau memilih konsep awning tanpa tiang bagi mengelakkan ruang sudut tepi terhalang manakala 2 set lagi adalah bahagian sudut tingkap.
          Berikut adalah beberapa pic dari projek di atas.








         Manakala di sudut belakang beliau berhasrat memanafaatkan satu ruang dengan menutup bahagian bumbung untuk dijadikan setor. Satu set gutter dipasang pada papan manis kemudian plate tebal 2 mm dipasang di antara dinding tembok dengan gutter. Lantai yang asalnya longkang akan ditutup dengan konkrit dijadikan lantai penuh.


         Beliau juga bercadang memperbaiki sistem pengaliran air dengan memasang gutter sepanjang 30 kaki bagi menakung air hujan yang turun agar terus kelongkang berhampiran.


         Berikut adalah bahagian longkang yang ditutup dengan konkrit simen untuk dijadikan lantai.

         Semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada anda.  Terima kasih.

Apg Steel Enterprise

Tiada ulasan:



Jumaat, 28 Ogos 2015


NILAI- MEMASANG SET PINTU KECIL RAILING .

Memasang Set Pintu Kecil Railing Di Desa Melati 3.


       Salam tuan yang budiman. Minggu ini saya paparkan satu projek memasang set pintu kecil di ruang depan pintu utama yang membahagi antara ruang parking dan ruang dalam rumah. Tujuannya adalah untuk mengelakkan anak- anak kecil bergerak terus ke luar sekirannya pintu rumah dibuka.
      Berikut beberapa pic dari projek tersebut untuk dikongsi. Semoga memberi manafaat kepada anda.




      Sekian terima kasih.

Tiada ulasan:



Jumaat, 28 Ogos 2015



PARAGON 202- MEMASANG RAILING TANGGA DI SERI KEMBANGAN.

Memasang Railing Tangga Di Paragon 202, Seri Kembangan.

           Salam tuan yang budiman. Kali ini saya paparkan satu projek  memasang railing tangga di kediaman milik En Redza di alamat seperti di atas.
           Memasang railing tangga adalah kerja yang memerlukan ketelitian yang tinggi. Ada beberapa aspek perlu diambil kira dan beberapa proses perlu diikuti semasa pembikinannya. Di antaranya ialah aspek kecerunan railing dengan tangga, sebaiknya dengan mengambil sampel cerun . Kemudian aspek keselamatan , tentang bahagian yang boleh sentuh terutama kanak-kanak dan beberapa aspek yang lain.
           Berikut beberapa pic dari projek tersebut yang sempat saya ambil untuk perkongsian. Semoga memberi manafaat kepada anda.




           Semoga memberi manafaat kepada anda. Sekian terima kasih.

Tiada ulasan:


Jumaat, 28 Ogos 2015


NILAI- MEMASANG SET AUTO GATE DAN MEMBINA ANAK PINTU GATE .

Memasang Set Auto Gate Dan Membina Anak Pintu Pagar Utama Di Impiana Villa.


        Salam tuan yang budiman. Kali ini saya paparkan satu projek memasang set auto gate jenama DCMoto di Impiana Villa dan membina anak pintu pagar utama di Impiana Villa, Nilai.
        Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut yang sempat saya rakamkan di sini untuk perkongsian .









        Semoga memberi manafaat kepada pembaca.
Sekian terima kasih.

Tiada ulasan:


Rabu, 26 Ogos 2015


KAJANG- MEMASANG SET GRILL DI ALAM SARI.

Memasang Set Grill Di Alam Sari, Kajang.


         Salam tuan yang budiman . Kali ini saya paparkan satu projek memasang grill di Alam Sari, Kajang. Rumah lot tepi ini memiliki struktur tingkap dan pintu agak tinggi membuatkan keluasan grill agak besar iaitu lebih 700 sqft.
         Tuan rumah memilih patern grill yang simple tetapi moden. Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut.















         Semoga memberi manafaat kepada anda. Terima kasih.

Tiada ulasan:


Sabtu, 15 Ogos 2015



NILAI- MEMBINA STRUKTUR DINDING PARTITION AL- BAGDADI.

Membina Struktur Dinding Partition Di Desa Cempaka, Nilai.


           Salam tuan yang budiman. Minggu ini saya paparkan satu projek membina dinding partition boleh lipat (folding) bagi kegunaan kelas mengaji Quran Al -Baghdadi dan kelas tuisyen setempat.
           Lokasi puast ini ialah di baris tingkat atas lot kedai baru di Desa Cempaka , Nilai.
Pemilik pusat ini memilih untuk membuat dinding partition yang boleh lipat bagi membolehkan tempat ini dijadikan tempat pelbagai guna seperti dewan dan lain-lain.
           Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut.








           Sekian terima kasih.

Tiada ulasan:



Sabtu, 15 Ogos 2015



NILAI- MEMASANG SET AWNING POLY DI IMPIANA VILLA.

Memasang Set Awning Poly Di Impiana Villa.

           Salam tuan yang budiman. Kali ini saya paparkan satu projek memasang set awning poly di Impiana Villa milik En Zul. Beliau memilih warna Dark Bronze dengan kod CSB04.
           Sudut santai yang sebelum ini dibina di sudut lot tepi dengan set meja kerusi kayu kini dinaik taraf dengan penambahan set awning poly tersebut.
           Berikut beberapa pic dari projek tersebut. Semoga memberi manaafat kepada anda.





           Terima kasih.

Tiada ulasan:

Sabtu, 15 Ogos 2015



NILAI -MEMASANG SET AWNING METAL DECK DI DESA ANGGERIK (TADIKA).

Memasang Set Awning Metal Deck Di Desa Anggerik (Tadika).


           Salam tuan yang budiman. Kali ini saya paparkan satu projek memasang set awning metal deck di Desa Anggerik, Nilai.
          Projek ini sambungan peojsk sebelun ini. Zink metal deck berwarna dark red dipasang bersama (blended) dengan roof clear bahan dari fibreglass bagi menimbulkan suasana cerah di ruang bawah.
          Berikur adalah beberapa pic dari ptojek tersebut.




          Semoga memberi manafaat kepada anda. Sekian terima kasih.

Tiada ulasan:

Sabtu, 1 Ogos 2015



MEMBUAT SET ALAT MEMBAKAR KAMBING.

Membuat Set Alat Membakar Kambing.


        Salam tuan yang budiman. Kali ini saya pàparkan satu projek membuat satu set alat membakar kambing (custome made).
        Set ini ditempah oleh seorang pelanggan kami yang sebelum ini pernah menempah sebuah. Terima kasih kepada beliau .
        Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut.



        Semoga memberi manafaat kepada anda.

Tiada ulasan:

Sabtu, 1 Ogos 2015


SEREMBAN- MEMASANG SET PARA DAPUR KEDAI DI SEREMBAN 2.

Memasang Set Para Dapur Kedai Di Seremban 2(Uptown).


          Salam tuan yang budiman. Kali ini saya paparkan satu projek memasang set para dapur kedai konsep restoran organik @ vegeterian restaurant milik Mr Kit di Uptown Seremban 2.
          Beliau inginkan dapurnya mempunyai banyak para berbanding almari berpintu . Idea ini baginya supaya mudah mengenalpasti apa barang yang tersusun di sana disamping dapat memastikan barang sentiasa disusun kemas. Ia juga dapat mencegah dari tetamu tidak diundang bersarang di situ memandangkan dapur kedai adalah gudang segala sumber makanan .
          Plate para saya menggunakan plate GI tebal 1.2 mm supaya kukuh serta tahan dari karat.
          Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut. Semoga memberi manafaat kepada anda.











           Sekian terima kasih.

Tiada ulasan:



Isnin, 27 Julai 2015


NILAI-MEMBUAT SET RAK KASUT SURAU DESA ANGGERIK.

Membuat Set Rak Kasut Di Surau At Taqwa Desa Anggerik, Nilai.

           Salam tuan yang budiman. Kali ini saya paparkan satu projek membuat set rak kasut untuk Surau Al Taqwa Desa Anggerik, Nilai.
           Sejumlah 6 unit rak kasut dihasilkan untuk kegunaan jemaah yang hadir. Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut.







          Semoga bermanafat kepada anda. Sekian terima kasih.

Tiada ulasan:


Isnin, 27 Julai 2015


NILAI-MEMASANG SET AWNING DI DESA ANGGERIK.

Memasang Set Awning Di Desa Anggerik, Nilai.

            Salam tuan yang budiman. Kali ini saya paparkan satu projek memasang set awning pagola metal deck si kediaman Ustz Yunus di Desa Anggerik, Nilai.
            Set awning ini adalah struktur sementara bagi mengelakkan kerosakan pada pintu dan lantai akibat dari tempias air hujan sementara projek pembesaran bahagian depan kediaman beliau siap.
           Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut. Semoga memberi manafaat kepada anda.







           Sekian terima kasih.




Khamis, 23 Julai 2015


MEMASANG SET PINTU PAGAR SURAU DESA INDAH.

Memasang Set Pintu Pagar Surau Desa Indah ,Nilai.


             Salam tuan yang budiman. Kali ini saya paparkan satu projek memasang set pintu pagar Surau Desa Indah, Nilai.
             Pihak surau berhajat memassbg pibtu pagat jenis sliding berkeluasan 22.5 x 5 kaki.
Frame kerangka menggunakan hollow 2x3 inci manakala bahagian tengah mebggunakan Alumunium Board.
             Berikut adalah beberapa pic dari tersebut. Semoga memberi manafaat kepada anda.








             Sekian terima kasih.

Isnin, 20 Julai 2015


MEMASANG SET AUTO GATE DI SERI KEMBANGAN.

Memasang Set Auto Gate Di Seri Kembangan, Paragon 202.


              Salam tuan yang budiman. Kali ini saya paparkan satu projek memasang set auto gate di Seri Kembangan, Paragon 202 kediaman milik En Reza.
              Beliau berhajat menggantikan set yang lama dengan yang baru atas faktor tertentu. Saya mencadangkan jenis DCMoto atas beberapa faktor. Antaranya ialah pengendalian yang mudah , jimat tenaga, tidak perlu pendawaian yang rumit serta friendly user terutama bagi kaum wanita (ia mempunyai sistem lock release yang mudah dan sangat perlu ketika ketiadaan bekalan elektrik untuk tempoh tertentu.
         





              Semoga memberi manafaat kepada anda. Sekian terima kasih.


Isnin, 13 Julai 2015


MEMBUAT MEJA MINI (CUSTOME MADE).

Membuat Tempahan Meja Mini (Custom Made).


              Salam tuan yang budiman. Kali ini saya paparkan satu projek membuat 2 set meja berlainan saiz.
              Berikut beberapa pic dari projek tersebut. Semoga bermanafaat kepada anda.





             Sekian terima kasih.

Jumaat, 10 Julai 2015

SEPANG-MEMASANG SET AWNING METAL DECK DI SERI PUTRA.


Memasang Set Awning Metal Deck Di Seri Putra.



         Salam tuan yang budiman. Kali ini saya paparkan satu projek memasang set awning metal deck di kediaman milik En Yusman di Seri Putra.
        Beliau memilih Zink industrial/lurus berwarna dark red manakala struktur berwarna leather.
        Sebelum itu awning lama perlu dibuka sebelum kerja seterusnya dilakukan.
        Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut.



                               Proses membuka awning lama .







       Semoga memberi manafaat kepada anda. Sekian terima kasih.


Rabu, 8 Julai 2015

PARAGON 202-MEMASANG SET AWNING POLYCARBONAT 5 MM.


Memasang Set Awning Poly 5 mm Di Seri Kembangan.


        Salam tuan yang budiman. Kali ini saya paparkan satu projek memasang set awning polycarbonate tebal 5mm di Paragon 202, Seri Kembangan.
        En Reza memilih poly yang tebal 5mm dengan pilihan warna Bronze Silver menjadikan satu kelainan pada kediaman beliau.
        Tiang menggunakan hollow 6 x6 inci, teras 3x6 inci manakala kekuda menggunakan 2x3 inci menjadikan struktur sangat kukuh dan teguh.
         Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut.






         Semoga memberi manafaat kepada anda. Terima kasih.



Isnin, 6 Julai 2015

NILAI- MEMASANG SET PINTU GATE DI TMN SEMARAK


Memasang Set Pintu Pagar Di Taman Semarak , Nilai.

        Salam tuan yang budiman. Kali ini saya paparkan satu projek memasang set pintu pagar jenis folding atau lipat milik Pn Zainorita di Taman Semarak, Nilai.
        Beliau memilih warna leather bagi menyerikan pagar baru beliau.
        Berikut beberapa pic dari projek tersebut.








          Semoga memberi manafaat kepada anda. Terima kasih.





Sabtu, 27 Jun 2015


S2 VISION HOME -MEMASANG AWNING GENTING DI SEREMBAN 2.

Memasang Set Awning Genting Di Vision Home, Seremban 2.


          Salam tuan yang budiman. Minggu ini saya paparkan satu projek memasang set awning genting milik Mr Yap di Seremban2.
          Mr Yap bercadang memasang dinding kaca di bahagian depan maka kami pasangkan frame kerangka .
          Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut.












         Semoga memberi manafaat kepada anda. Terima kasih.

Tiada ulasan:

Sabtu, 27 Jun 2015


NILAI-MEMASANG SET GRILL WROUGHT IRON DI DESA ANGGERIK.

   Memasang Set Grill Di Desa Anggerik, Nilai.



               Salam tuan yang budiman. Kali ini saya paparkan satu projek memasang set grill di Desa Anggerik, Nilai. Kediaman  milik Ustaz Yunus , seorang pensyarah di Usim , University Sains Islam, Malaysia.
               Beliau memilih besi wrought iron dipadankan dengan patern bunga nanas dan siri susunan daun juga bunga  menyerlahkan lagi seri rumah beliau.
               Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut.












               Semoga memberi manafaat kepada anda. Terima kasih..

Khamis, 25 Jun 2015


UPTOWN S2- MEMASANG SET DINDING DAN PINTU KEDAI BERKACA (SHOP LOT).

Memasang Set Dinding Dan Pintu Berkaca Di Seremban 2.


         Salam tuan yang budiman. Minggu ini saya paparkan satu projek menyiapkan  kedai makan konsep "Vegetarian" milik Mr Kit di Uptown ,Seremban 2.
         Mr Kit yang mempunyai beberapa rangkaian kedai pelbagai perniagaan sekali lagi meluaskan penguasaannya dengan membuka kedai makan berkonsepkan restoran vegetarian.
        Beliau memilih warna hitam black mate dipadankan dengan sentuhan kerja besi yang di blend dengan kaca menjadikan suatu kelainan pada kedainya.
        Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut.










                 Semoga memberi manafaat kepada anda. Terima kasih.

Rabu, 24 Jun 2015


NILAI-MEMBUAT SET TABLE TOP DI BAYU RESIDENCE.

Membuat Set Table Top Di Bayu Residence, Nilai.


           Salam tuan yang budiman. Munggu ini saya paparkan satu projek membuat set table top konkrit di Bayu Residence, Nilai milik Puan Sharifah.
           Berikut adalah beberapa pic dari dari projek tersebut.










            Semoga memberi manafaat kepada anda. Terima kasih.

Rabu, 24 Jun 2015


SEPANG- MEMASANG SET AWNING UNDOLINE DI TMB INDAH KLIA 2.

Memasang Set Awning Undoline Di Tmn Indah Klia 2.


             Salam tuan yang budiman. Minggu ini saya paparkan satu projek memasang set awning undoline di kediaman En Azam di Tmn Indah Klia.
             Beliau memilih menggunakan tiang besar bersaiz 6x6 inci, teras menggunakan hollow 2x5 inci dan kekuda 2x4 inci menjadikan struktur kelihatan kuat dan amat kukuh.
             Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut.








              Semoga memberi manafaat kepada anda. Terima kasih.

Rabu, 24 Jun 2015

SEPANG-MEMASANG SET AWNING UNDOLINE DI TMN INDAH KLIA.


Memasang Set Awning Undoline Di Tmn Indah Klia.


            Salam tuan yang budiman. Minggu ini saya paparkan satu projek memasang set awning di Tmn Indah Klia milik En Kudin, jiran En Azam.
            En Kudin memilih konsep tanpa tiang iaitu menggunakan kekuda sebagai penyokong teras. Teras menggunakan hollow 2x4 inci sama seperti besi kekuda yang lain.
            Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut.













          Semoga memberi manafaat kepada anda. Terima kasih.


Jumaat. 5 Jun 2015

LENGGENG-  GRILL DI  AKADEMIA.Memasang Set Grill Di Bandar Akademia, Lenggeng.


             Salam tuan yang budiman. Kali ini saya paparkan satu projek memasang grill di Bandar Akademia, Lenggeng milikbPuan Huda.
            Beliau memilih patern grill berbunga dengan kemasan cat putih.






            Semoga memberi manafaat kepada anda.

Jumaat, 5 Jun 2015


MANTIN-MEMASANG SET GRILL DI MANTIN.

Memasang Set Grill Di Tmn Bkt Saga, Mantin.


              Salam tuan yang budiman. Kali ini saya paparkan projek memasang grill di Tmn Bkt Saga, Mantin.
               Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut.



              Semoga memberi manafaat kepada anda.

Jumaat, 5 Jun 2015


MEMASANG SET TANGKI AIR STAINLESS STEEL DI BKT MAHKOTA.

Memasang Set Tangki Air Stainless Steel Di Bkt Mahkota.


         Salam tuan yang budiman. Kali ini saya paparkan satu projek memasang set tangki air stainless steel di kediaman En Aziz di Bukit Mahkota. Beliau bercadang memasang tangki tersebut di luar atas sebab tertentu.
        Satu struktur kukuh dibina menggunakan besi hollow saiz 2x4 inci debgan tebal
1.2 mm bagi menampung berat tangki bersama air kelak.
        Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut.










       Semoga memberi manafaat kepada anda. Terima kasih.


Sabtu, 16 Mei 2015


MEMBUAT SET PEMANGGANG KAMBING.

Membuat Set Pemanggang Kambing.


          Salam tuan yang budiman. Kali ini saya paparkan satu projek membuat set pemanggang kambing yang ditempah oleh En Zul dari Damansara. Beliau menempah 2 set stand dan satu pencucuk stainless steel extra.
          Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut.







          Semoga memberi manafaat kepada anda.

Sabtu, 16 Mei 2015


PUTRAJAYA-MEMASANG SET GRILL DI SUDUT BELAKANG.

Memasang Set Grill Di Bahagian Belakang Rumah.

              Salam tuan yang budiman. Minggu ini saya paparkan satu projek memasang set grill di bahagian belakang rumah di Presint 16, Putrajaya.
             Menggunakan besi hollow 1x2 inci menjadikan binaan grill kelihatan begitu kukuh dan kemas. Sementara itu di bahagian sisi kanan tuan rumah memilih steel plate bagi membina sempadan yang lebih privacy.
             Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut.





             Semoga memberi manafaat kepada anda. Terima kasih.
         

Ahad, 10 Mei 2015

Jumaat, 10 Mei 2015

KAJANG-MENG:BAHSUAI TIANG PAGAR UTAMA DAN MEMASANG PAGAR DEPAN RUMAH


          Salam tuan yang budiman. Kali ini saya paparkan satu projek mengubahsuai tiang pagar depan kediaman milik En Mohd Saiful di Taman Universiti Bangi. Tiang akan dipecahkan sebahagiannya untuk menyamaratakan posisi kanan dan kiri. Terdapat sebuah tong sampah dan peti surat perlu dialihubah kedudukannya. Set lampu tiang juga perlu diubah posisinya.
         Tiang konkrit pagar akan dipasang dengan tile sekeliling dan lantai juga dipasang dengan tile yang sama.
         Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut.









               Semoga paparan ini bermanafaat kepada anda. Terima kasih.

Jumaat, 8 Mei 2015


IMPIANA RESIDENCE-MEMASANG SET AUTO GATE (GATE LEBAR 23 KAKI)

Memasang Set Auto Gate (Lebar Gate 23 Kaki).




             Salam tuan yang budiman. Kali ini saya paparkan satu projek memasang set auto gate  di Impiana Residence, Nilai. Tuan rumah telah memasang set gate baru yang lebih lebar iaitu 23 kaki jenis folding.
             Tuan rumah  memilih jenis shaft (rod) berjenama Italiano , yang berkapasiti besar bagi menarik beban kerja yang lebih besar.
             Untuk gate lebar dan berat ada beberapa pengkhususan dari segi pemilihan cuircuit board di mana terdapat perbezaan ic(integrated cuircuit ) di situ ,( V2 dan V21).
             Berikut adalah beberapa pic dari projek tetsebut.






            Semoga memberi manafaat kepada anda.

Isnin, 27 April 2015

SEPANG-MEMASANG SET AWNING POLY DAN AWNING GENTING.

Memasang Set Awning Poly Dan Awning Genting Di Desa Salak Pekerti, Sepang.

            Salam tuan yang budiman. Minggu ini saya paparkan satu projek memasang set awning poly solid tebal 3 mm (Embose Bronze) di ruang lot  tepi dan awning genting (Monier, jenis Monica, warna grey) di ruang belakang kediaman milik En Rafzan di Desa Salak Pejerti ,Sepang.

          Untuk poly terdapat 2 binaan dibina untuk mengurang panas cahaya pagi dan tempias air hujan di ruang sisi pintu keluar tepi. Saiznya ialah 11x6 kaki dan 18x3 kaki, manakala di ruang belakang saiznya ialah 26x10 kaki.

         Untuk binaan struktur genting kami menggunakan tiang bersaiz 5x5 inci dan palang teras 2x5 inci manakala kekuda 2x4 inci setiap satu di ikat pada kekuda asal (kayu) dengan memasukkan skru nut dan bolt 5 inci bersama washer kedua- dua belah. Ini untuk memastikan kekuda betul- betul kuat bagi menampung berat genting di atasnya .
         Berikut adalah pic dari projek tersebut.














      Semoga paparan ini dapat memberi manafaat kepada anda.

Isnin, 27 April 2015



NILAI:MEMASANG SET GRILL DI STARZ VALLEY.

Memasang Set Grill Dan Peralatan Elektrik Di Starz Valley ,Nilai.


           Salam tuan yang budiman. Kali ini saya paparkan satu projek memasang set grill
di Apartment Starz Valley, Nilai milik Puan Amie. Beliau juga berhajat memasang lampu, water heater dan beberapa barang lain.
           Berikut adalah pic dari projek di atas.








          Semoga memberi manafaat kepada anda. Terima kasih.

Sabtu, 25 April 2015


KAJANG- MEMASANG SET GRILL DI BUMBUNG GENTING

Memasang Grill Di Bumbung Lot Banglo.


           Salam tuan yang budiman. Kali ini saya paparkan satu projek menambah baik tahap keselamatan kediaman dengan memasang grill dengan hollow 1x2 inci di bumbung (atas syiling tetapi di bawah genting). Ini bertujuan mencegah penceroboh dari memasuki kediaman melalui bumbung genting yang dibuka dari atas.
          Kejadian curi melalui modus operandi ini bukan satu yang asing lagi ketika ini. Dengan hanya berbekalkan tangga penceroboh dengan mudah boleh masuk ke rumah tanpa bersusah payah.
         Dengan memasang grill seperti ini ia dapat mencegah penceroboh dari bertindak sedemikian. Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut.






        Semoga memberi manafaat kepada anda.

* Demi keselamatan pemilik kediaman nama dan alamat adalah dirahsiakan. Sekian terima kasih.


Khamis, 23 April 2015



BKT MAHKOTA:MEMASANG SET AWNING METAL DECK DAN SS TANK

Memasang Set Awning Metal Deck Dan Tangki Air Stainless Steel.



        Salam tuan yang budiman. Minggu ini saya paparkan satu projek memasang awning jenis pagola metal deck di sudut tepi kediaman En Azhar di Bukit Mahkota.



       Beliau juga berhajat memasang set Tangki Air Stainless Steel bersaiz 1000 liter menggantikan tangki lama yang telah ditutup.
       Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut. Semoga memberi manafaat kepada anda.

Rabu, 22 April 2015


MEMBINA SET TABLE TOP DI BDR AKADEMIA, LENGGENG.

Membina Set Table Top Di Bndr Akademia, Lenggeng.



           Salam tuan yang budiman. Berikut adalah sambungan projek dari minggu lepas di kediaman Puan Huda.
           Beliau memilih mozek hitam serta berkilat untuk table top. Design lintang tengah satu percubaan yang berani dari beliau jelas menyerlahkan konsep dapur moden , mudah akses dan simple.
          Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut.













          Semoga memberi manafaat kepada anda.


Rabu, 22 April 2015


MEMASANG SET AWNING METAL DECK DI BNDR TASEK KESUMA.

Memasang Set Awning Metal Deck Di Bndr Tasek Kesuma.



         Salam tuan yang budiman. Minggu ini saya paparkan satu projek memasang set awning metal deck di kediaman En Saiful di Bandar Tasek Kesuma. Beliau memilih warna Dark Red untuk warna awning.
        Beliau juga berhajat membina tembok pagar kiri dan kanan setinggi 5 kaki. Beliau juga bercadang membina struktur pemisah konkrit dengan lantai tile yang ditinggikan di suatu sudut sebelah pintu .
       Berikut adalah beberapa foto dari projek tersebut.








Berikut pic dr projek konkrit.





      Semoga memberi manafaat kepada anda.

Rabu, 22 April 2015


PAJAM-MEMASANG SET AWNING POLY DI SURIA RESIDENCE

Memasang Set Awning Poly Di Suria ResidenceResidenc




          Salam tuan yang budiman. Kali ini saya paparkan satu projek memasang set awning polycarbonate milik Puan Aida di Suria Residence, Pajam.
          Beliau memilih warna embose bronze sebagai warna poly.
Beliau juga bercadang mengecat semula pagar rumah dan pagar utama dengan cat khas seperti powder coating.
         Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut.





       Berikut pula adalah pic dari projek mengecat pintu pagar utama dan tepi.








                Semoga memberi manafaat kepada anda.


Selasa, 24 Mac 2015



IMPIANA RESIDENCE NILAI-MEMASANG SET PINTU PAGAR

Memasang Set Pintu Pagar di Impiana Residence.

         Salam tuan yang budiman. Kali ini saya paparkan satu projek memasang set pintu gate di kediaman Puan Syida di Impiana Residence, Nilai.
         Saiz pintu pagar beliau ialah 17x6 kaki. Di bahagian bawah akan dipasang angle 2 inci bertujuan menutup lubang bawah pagar supaya arnab peliharaannnya tidak dapat lepas keluar.








          Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut. Semoga bermanafaat kepada anda. Terima kasih.

Jumaat, 20 Mac 2015


Salak Villa-Memasang Set Awning Poly

Memasang Set Awning Poly Di Salak Villa.

          Salam tuan yang budiman. Kali ini saya paparkan satu projrk memasang poly di kediaman En Nasri di Salak Villa ,Sepang.
          Beliau dan isteri memilih warna Embosse Bronze dengan kod poly CSD06 .
     











          Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut.
         Semoga memberi manafaat kepada anda.   Terima kasih.



Selasa, 17 Mac 2015


MEMASANG SET AUTO GATE DI KOTA SERIEMAS

Memasang Set Auto Gate Di Kota Seriemas.



        Salam tuan yang budiman. Kali ini saya paparkan satu projek memasang set auto gate di Kota Seriemas milik puan Zaiton.
        Model GFM-925AL dari brand DCMoto dipasang pada gate jenis folding. Kelebihan model ini ialah penggunaan teknologi Hybrid Power menyokong konsep Green Machine ,jimat penggunaan tenaga 95%, standby bateri 12v, kurang penggunaan cable, banyak fungsi sedia cuma dijual berasingan dan tahan lasak. Ia boleh dipasang pada gate jenis swing dan folding .
         Penggunaa elektrik 10-20watt semasa fungsi. Power supply hanya berfungsi bila masa motor berkerja atau semasa bateri di cas semula. Jika tidak elektrik tidak diguna sama sekali. Ini membuatkan penjimatan penggunaan tenaga elektrik sebanyak 95%.




       Semoga memberi manafaat kepada anda. Sekian terima kasih.

Sumber dari pembekal(www.dcmoto.my)


Isnin, 2 Mac 2015


KESUMA-MEMASANG SET AWNING UNDO ROLL DI TMN TASEK KESUMA.

Memasang Set Awning Pagola Di Tasek Kesuma, Semenyih.



       Salam tuan yang budiman. Kali ini saya paparkan satu projek memasang set awning pagola menggunakan zink berbentuk genting jenis Undo Roll.
       En Ismail memilih warna Brick Red untuk warna bumbung dan Leather untuk struktur. Tiang menggunakan besi hollow 2x5 inci manakala palang atas menggunskan besi hollow 2x4 inci.
       Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut.











            Diharapkan maklumat ini memberi manafaat kepada anda . Sekian terima kasih.



Khamis, 19 Februari 2015


SENDAYAN-MEMASANG SET AWNING METAL DECK DI NUSARI BAYU SENDAYAN

Memasang Set Awning Metal Deck di Nusari Bayu, Sendayan.

         Salam tuan yang budiman. Kali ini saya paparkan satu projek memasang set metal deck di ruang belakang kediaman En Mus di Nusari Bayu ,Sendayan.
         Beliau juga berhasrat menarik keluar sumber air dan elektrik ke ruang tersebut bagi kegunaan mesin basuh beliau.
         Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut. Semoga memberi manafaat kepada anda.




         Sekian terima kasih.

Khamis, 19 Februari 2015


CASIA-MEMASANG SET AWNING POLY DI DESA KASIA.

Memasang Set Awning Poly Di Desa Kasia, Nilai.


         Salam tuan puan yang budiman. Minggu ini saya paparkan satu projek memasang set poly di Desa Kasia milik En Iskandar.
         Beliau berhasrat menukar set poly lama dan menyambung dengan set yang baru di bahagian depan sepanjang 11 kaki. Beliau memilih warna Silver Brown dengan kod GD12.
          Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut.





          Semoga memberi manafaat kepada anda. Sekian terima kasih.


Selasa, 17 Februari 2015


PUCHONG- MEMASANG SET TANGKI AIR STAINLESS STEEL

Memasang Set Tangki Air Stainless Steel dan Auto Water Pump.


         Salam tuan yang budiman. Minggu ini saya paparkan projek memasang set tangki air stainless steel dan set auto water pump di kediaman En Mus di Puchong.


   


          Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut. Semoga memberi manafaat kepada anda.
Terima kasih.

Selasa, 17 Februari 2015


K.SERIEMAS-MEMASANG PINTU GATE DAN GRILL DI NILAI.

Memasang pintu gate dan set grill di Kota Seriemas, Nilai.

            Salam tuan yang budiman. Kali ini saya paparkan projek menasang pintu gate alumunium dan set grill rumah di kediaman Puan Zaiton.
           Puan Zaiton memilih pintu gate frame besi biasa manakala plate alununium di bahagian tengah.
Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut. Semoga memberi manafaat kepada pembaca blog ini.
a) Pintu gate,




b)Set grill,



        Semoga info ini memberi manafaat kepada anda.
        Sekian terima kasih.


Selasa, 3 Februari 2015


MEMASANG SET MOTOR PUMP AIR DI RUMAH.

Memasang Set Motor Pam Air Di Rumah.


           Salam tuan yang budiman . Pada kali ini saya akan paparkan satu projek memasang set pam air di kediaman milik En Asri di Nilai Impian.
          Saya difahamkan bahawa sebahagian besar premis kediamam di sini menghadapi masalah tekanan air rendah. Setelah diperiksa saya mendapati bahawa puncanya adalah saluran keluar dari tangki adalah kecil walaupun pvc paip yang diguna setiapnya menggunakan saiz besar iaitu 25mm.
          Memasang pam air memang sangat membantu. Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut.






          Pam air adalah dari jenis auto berjenama Herchuan buatan Taiwan di mana apabila pili dibuka maka pam akan berfungsi dan akan berhenti apabila pili ditutup.
          Sumber elektrik saya loop dari fius heater dibilik air master room. Mudah dikendalikan jika ada masalah. Stockoff juga saya telah pasang sebelum pam bagi memudahkan air segera ditutup jika ada sebarang kebocoran
          Ada kemungkinan jika tekanan air terlalu kuat ia akan menyebabkan joint getah pada mesin basuh tercabut. Di sini tekanan air perlu diturunkan sedikit.
          Sekian , semoga memberi manafaat kepada pembaca.



Jumaat, 30 Januari 2015


MEMBINA SETOR PENYIMPANAN DI SURAU DESA ANGGERIK

Membina Setor Penyimpanan Di Desa Anggerik.


          Salam tuan yang budiman. Pada kali ini saya paparkan satu projek menyiapkan sebuah setor penyimpanan peralatan surau di Desa Anggerik, Nilai.
          Keluasan setor ialah 20x13 kaki. Konkrit setinggi satu kaki dari tanah dibina sebelum struktur besi dipasang.
          Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut. Semoga memberi manafaat kepada pembaca. Terima kasih.






Selasa, 27 Januari 2015


P.ALAM-MEMASANG RAILING TANGGA DAN BALCONY DI SHAH ALAM.

Memasang Railing Tangga dan Railing Balcony.


        Salam tuan yang budiman. Minggu ini saya telah diberi peluang untuk memasang set railing tangga dan balcony di rumah tiga tingkat dalam pembinaan milik En Meor di Puncak Alam.
        Berikut adalah beberapa pic yang sempat saya ambil untuk tatapan semua.  Semoga memberi manafaat kepada pembaca.



Selasa, 27 Januari 2015


TIARA H-MEMASANG SET POLY DI TIARA HEIGHT.


Memasang Set Poly Di Tiara Height, Nilai.

          Salam tuan yang budiman. Minggu ini saya paparkan satu projek memasang set poly di kediaman En Firdaus di Tiara Height, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.
           Saiz binaan ialah 22x3 kaki. Ini merupakan projek phasa pertama beliau. Memandangkan beliau mempunyai plan untuk memasang bahagian depan secara lapis maka saya memilih struktur yang kukuh walaupun saiz tidak besar supaya projek phasa kedua nanti lebih mudah.
          Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut. Semoga ada manafaatnya kepada pembaca.

     








Isnin, 26 Januari 2015


D.MELATI-MEMASANG SET POLY DI DESA MELATI 2.

Memasang Set Poly Di Desa Melati 2.

          Salam tuan yang budiman. Kali ini saya akan paparkan satu projek memasang poly di kediaman En Fairuz di Desa Melati 2, Nilai.
          Keluasan binaan ialah 22x13 kaki. Beliau memilih warna Embose Green dengan kod CS-D01. Struktur teras saya menggunakan besi hollow 2x5 inci.
          Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut.






          Semoga memberi manafaat kepada pembaca.






Sabtu, 17 Januari 2015


MEMASANG TANGKI AIR STAINLESS STEEL.

Memasang Tangki Air Stainless Steel.


          Salam tuan yang budiman. Minggu ini saya paparkan satu projek memasang tangki air jenis stainless steel di kediaman En Bahtiar di Desa Kasia , Nilai.
          Pemasangan tangki air ini tidak mudah tetapi tidak terlalu payah, cuma ada kalanya beberapa perkara tidak diduga boleh menyebabkan pemasangan menjadi lewat antaranya posisi tangki yang akan diletakkan, kedudukan atau struktur atau tulang bumbung menghalang, saiz fitting yang tak standard dan banyak lagi.
         Kos pemasangan adalah dalam anggaran rm500-rm600 termasuk fitting parts adalah munasabah. Fitting parts kos dalam anggatan rm100-rm200 bergantung kepada kualiti parts dan jarak sumber air (inlet pipe). Kos  tangki air bersaiz 1000 liter adalah rm950 sebuah.

         Semoga memberi manafaat kepada anda.





Ahad, 28 Disember 2014


AKADEMIA:MEMASANG SET GRILL, SET AWNING GENTING DAN METAL DECK, TABLE TOP SERTA EXTEND DINDING.

MEMASANG SET GRILL, SET AWNING ZINK BTK GENTING DAN METAL DECK, TABLE TOP, MODIFIKASI PINTU PAGAR  SERTA EXTEND DINDING.
1) Memasang set grill rumah.
En Syaiful memilih warna putih dan grill lintang sebagai pilihannya. Kediaman beliau memiliki 17 set grill di mana 10 tingkap pelbagai panel, 2 pintu daun, 1 pintu sliding dan 4 tingkap kecil.





2) Memasang set awning zink bentuk genting(urol bond)  dan zink/metal deck.
Ada 3 bahagian yang akan dipasang awning iaitu porch, tepi dan belakang.





3) Membina konkrit table top


4) Membina dinding konkrit bertingkap.


5) Modifikasi pintu pagar.
Menggunakan frame asal , hanya menambah strukture besi hollow 1x3 inci di antara celahan setiap palang pagar serta dicat dengan kemasan cat berkualiti seperti powder coating dan warna metalic .




Semoga memberi manafaat kepada anda.

Terima kasih.

Ahad, 28 Disember 2014


NILAI: MEMASANG SET POLY DI TAMAN SEMARAK, NILAI.

Memasang set poly di Taman Semarak Nilai.



        Salam tuan yang budiman. Minggu ini saya papatkan satu lagi projek memadang poly di kediaman Cikgu Fatimah di kediaman beliau .
        Beliau memilih kombinasi gabungan dua warna poly iaitu metaluc embose bronze(meb04 dan solid clear(csp02).
        Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut untuk tatapan anda. Semoga memberi manafaat kepada anda.



Semoga memberi manafaat kepada kepada anda.

 

Khamis, 18 Disember 2014

TPS2-MEMASANG SET AWNING POLY, MEMBUAT PENUTUP LONGKANG, MEMASANG SET AUTO GATE DAN MODIFIKASI PINTU PAGAR.


TPS2-MEMASANG SET AWNING POLY, MEMBUAT SET PENUTUP LONGKANG, MEMASANG SET AUTO GATE DAN MODIFIKASI PINTU PAGAR.

1)Memasang Set Awning Poly.


       Salam tuan yang budiman. Kali ini saya akan paparkan satu projek memasang poly di Tmn Pelangi Semenyih 2 kediaman milik En Osman. Beliau memilih warna putih sebagai warna struktur manakala poly beliau memilih warna Embose Bronze dengan kod warna GDO4.
     Berikut adalah beberapa pic yang sempat saya ambil untuk tatapan tuan. Semoga memberi manafaat kepada setiap pembaca.



2)Membuat set penutup longkang.
    En Osman mahu set penutup longkang heavy duty yang mampu menahan bebanan seberat sebuah kereta.




3) Modifikasi pintu pagar.




4) Memasang set auto gate.



      Semoga memberi manafaat kepada anda.

Ahad, 14 Disember 2014

TTJA Memasang Set Poly di Taman Tgku Jaafar ,Seremban


Memasang Set Poly Di TTJA Seremban

     Salam tuan yang budiman. Kali ini saya akan paparkan satu projek pemasangan poly di Tmn Tengku Jaafar ,Seremban.
     En Rohaizad pemilik kediaman ini memilih warna putih sebagai warna asas set awning beliau manakala warna poly pula beliau memilih warna gelap iaitu warna Embose Bronze dgn kod no GD02.
     Warna putih walaupun kelihatannya terlalu asas namun ia kelihatan lebih menarik.
     Berikut adalah beberapa pic yang sempat saya ambil untuk tatapan anda semua.







      Semoga memberi manafaat kepada pembaca/pelawat blog ini. Terima kasih.

Rabu, 3 Disember 2014

TMN SEMARAK-MEMASANG SET AWNING METAL DECK DI NILAI.

Sabtu, 22 November 2014



MEMBAIKPULIH PINTU PAGAR RUMAH.

Membaikpulih Pintu Pagar Rumah.

              Salam tuan dan puan yang budiman. Kali ini saya akan paparkan satu projek membaik pulih pintu pagar wrought iron milik Mr Dinend di Desa Indah, Nilai yang telah rosak dimana bahagian bawah telah rosak dengan agak serius.
               Kerja membaikpulih bukanlah kerja yang mudah. Banyak perkara perlu diambil kira sewaktu menjalankan kerja.
               Berikut adalah beberapa pic yang sempat saya ambil untuk tatapan bersama. Semoga bermanafaat kepada anda.







MEMASANG SET AWNING METAL DECK DI DESA ANGGERIK.

Memasang Set Awning Metal Deck Di Desa Anggerik.


           Salam tuan dan puan yang budiman. Kali ini saya akan paparkan satu projek memasang awning jenis metal deck atau menggunakan zink lurus di Desa Anggerik Nilai.
           Mr Teo mahu menggunakan bumbung lutsinar bagi mengelakkan dari pokok-pokok bongsainya mati. Dengan itu saya memasang bumbung poly lutsinar .
           Beliau memilih warna grey terang dan cutting end hollow lurus dan set gutter di bahagian depan bagi mengelakkan air jatuh ke depan.. Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut.
       





Semoga memberi manafaat kepada anda. Terima kasih.

 Sabtu, 15 November 2014


MEMASANG SET AWNING POLY DI LEP SERI KEMBANGAN

Memasang set awning poly di Seri Kembangan

         Salam tuan dan puan yang budiman. Minggu ini saya akan paparkan projek memasang set awning poly di LEP Seri Kembangan milik En Faizol. Rumah End Lot tingkat atas akan dipasang dengan set poly solid tebal 3 mm pada keluasan 554 kaki persegi.
        Projek bermula pada tarikh 15/11/2014 hari sabtu. Kami menjangkakan projek ini mengambil masa 3 hari untuk disiapkan namun mungkin lebih lagi memandangkan kini musim hujan sudah bermula.
     
Ruang belakang dengan  panjang 7 kaki x 21 kaki .


Ruang sisi dengan kepanjangan 11 kaki x 29 kaki.


Ruang sisi setelah di pasang poly berselang seli dgn 2 warna berbeza.


Proses awal pemasangan struktur utama.


Ruang sambungan antara ruang sisi dan ruang belakang.

Proses pemasangan di bahagian paling sukar iaitu bahagian penyambungan bumbung. 



         Semoga maklumat di atas dapat memberi anda sedikit maklumat yang boleh dimanafaatkan. Sekian terima kasih.
   
   
had, 9 November 2014

Ahad, 9 November 2014

MEMASANG SET AWNING PAGOLA DI DESA ANGGERIK

Memasang set  awning pagola   di desa anggerik.
  

      Salam tuan yang budiman. Kali ini saya akan paparkan projek memasang set awning jenis pagola menggunakan zink industri di premis perniagaan milik Pn Aniza di Nilai, N.Sembilan.
      Keluasan awning ini ialah 600 kps dan telah disiapkan dalam masa 2 hari.
      Berikut ini adalah beberapa gambar yang dapat saya paparkan di sini untuk tatapan tuan/puan sebagai bahan rujukan dan sumber maklumat jika perlu.









        Semoga info di atas dapat memberi manafaat kepada pembaca. Terima kasih.


Ahad, 2 November 2014


MEMASANG AWNING DAN SET GRILL DI SUDUT BELAKANG

Memasang awning dan grill di sudut belakang.



       Salam tuan/puan yang budiman. Kali ini saya paparkan satu projek memasang awning metal deck dan set grill berkeluasan 20x6 kaki di kediaman milik en Redzuan di Nusa Aman 3, Bndr Baru Sendayan.
      Beliau memilih grill yang agak tebal menggunakan hollow 1x2 inci disusun pada jarak 2 inci setiapnya,
       Pintu asal diubahsuai dengan menyambungkan struktur baru pada bahagian atas. Plate 1 mm dipasang pada ketinggian 2 kaki dari dinding tembok sekeliling meningkatkan tahap privacy tuan rumah.
        Berikut adalah beberapa pic yang sempat saya ambil untuk tatapan pembaca blog. Semoga memberi manafaat.







 
 

Isnin, 27 Oktober 2014

MEMASANG TILE DI RUANG DAPUR(EXTEND).


MEMASANG SET GRILL DI BELAKANG 20X10 KAKI.

Memasang set grill di belakang dapur.

          Salam tuan yang budiman. Hari ini saya paparkan satu projek sambungan dari sebelumnya di Taman Pelangi Semenyih di rumah en Tariq iaitu memasang set grill pada keluasan 20x10 kaki persegi.
          Berikut adalah beberapa pic yang sempat saya rakam untuk tatapan semua .




        Akhir sekali plate 1mm dipasang pada sekeliling grill pada ketinggian 3 kaki bagi meningkatkan lagi tahap privacy tuan rumah. Begitu juga dengan pintu belakang.


         Semoga bermanafaat kepada anda. Sekian terima kasih.

MEMASANG SET POLY DI TPS,SEMENYIH.


Tarikh: 19/10/2014


         Salam tuan yang budiman. Kali ini saya akan paparkan satu projek memasang set poly di Taman Pelangi Semenyih.
          Saiz awning berkenaan ialah 20x17 kaki menggunakan poly solid 3 mm dan hollow 2x3 inci dan tiang 4x4 inci.
           Keluarga Pn Amirah memilih kombinasi 2 warna yang dipadankan bersama set awning memberi suatu kelainan tetapi kelihatannya lebih menarik.
           Berikut adalah beberapa pic yang sempat kami ambil untuk tatapan semoga memberi manafaat kepada anda.








Sabtu, 18 Oktober 2014

MEMASANG GRILL PINTU DAN TINGKAP DI DESA KASIA


Tarikh: 17/10/2014

       Memasang set grill pintu dan tingkap di Desa Kasia. Rumah extend belakang dipasang bagi meningkatkan/melengkapkan tahap keselamatan rumah dari dimasuki tetamu tidak diundang.
       Berikut adalah foto dari projek tersebut.



Jumaat, 17 Oktober 2014

Membaiki Auto Gate


Membaiki Auto Gate
Tarikh: 16/20/2014

          Terima kasih kepada En Asri kerana memanggil saya untuk membaiki pagar automatik beliau yang rosak.
          Saya memasang tile konkrit yang pecah duachari sebelum itu bagi memastikan konkrit cukup keras sebelum wall plug dipasang.
          Telinga pagar juga perlu diwelding kerana terdapat kerosakan serius  dan plate 2 inci dengan ketebalan 2 mm dipasang pada body pagar agar telinga dapat bertahan dengan kuat.
           Berikut adalah foto dari projek tersebut.






Date: 12/10/14
Memasang set plate lantai caravan.

            Projek kali ini ialah menambahbaik lantai caravan dengan memasang satu set plate tebal 1mm pada lantainya.



           Plate diukur mengikut saiz dikehendaki kemudian lubang ditebuk pada jarak tertentu pada beberapa pusat kimpalan supaya pkate dapat memegang kukuh pada lantai.
           Plate diwelding pada sambungan kemudian di grinder bagi melicinkan permukaan. Permukaan dicat dengan cat undercoat antikarat. Akhir sekali cat putih pada lantaivsebagai kemasan terakhir.
           Sekian semoga memberi manafaat kepada pembaca.



Sekian terima kasih.

Jumaat, 3 Oktober 2014


MEMBUAT SET PANGGANG/BBQ

MEMBUAT SET PANGGANG BBQ.
         Salam tuan puan yang budiman. Minggu ini saya telah menyiapkan dua set panggang bbq khas untuk majlis hari raya qurban untuk kemudahan surau desa anggerik, nilai.
         Shaft saya menggunakan jenis besi stainless steel bagi mengelakkan karat manakala struktur body menggunakan besi jenis mild steel.
          Berikut adalah beberapa pic dari proses tersebut.

Berikut adalah foto dari majlis korban di desa anggerik 2014 ,6/10/14 hari raya ke-2. 3 ekor lembu ditumbangkan dan 2 ekor kambing dibakar disumbangkan oleh Tuan Hj Rahim, jemaah kami yang sungguh dermawan.
Semoga dimurahkan lagi rezeki kepada beliau.

Khamis, 25 September 2014

MEMASANG SET AWNING BENTUK A DI BNDR SERI PUTRA


Tarikh: 22/9/2014

Lokasi projek: Bandar Seri Putra, Bangi
    Salam tuan yang budiman. Kali ini saya akan paparkan satu projek memasang awning bentuk A di lokasi Bandar Seri Putra.
         Persediaan awal dilakukan dengan membuat ukuran dan pemasangan struktur sebenar di bengkel tetapi menggunakan tiang sementara. Setiap struktur dipotong kemudian dipasang dan ditanda mengikut plan asal.
        Berikut adalah sebahagian projek awal yg sempat kami rakamkan.





   Struktur di atas boleh dipadankan dengan pemasangan genting samada genting biasa atau genting kualiti terbaik dengan modifikasi pada palang utama untuk menguatkan struktur. Semoga memberi manafaat  kepada pembaca .

Selasa, 23 September 2014


MEMASANG SET POLY DI USJ

Tarikh projek: 28/9/2014
Lokasi: USJ , Subang Jaya, Selangor



           Salam tuan puan yang budiman. Kali ini saya akan paparkan satu projek memasang set polycarbonat solid ruang cornet lot di premis Ustazah Sharifah pada keluasan 51 x 7 kaki persegi.
           Berikut adalah beberapa pic yang dapat saya kongsikan bersama semoga bermanafaat kepada anda.





Di sini saya ingin merakamkan berbanyak terima kasih kepada Ustazah Sharifah kerana memberi saya projek ini. Saya juga mendoakan agar usaha murni lagi mulia Ustazah dalam mendidik anak setempat dalam ilmu fardhu-ain mendapat tempat yang sewajarnya di sisi Allah taala. Amin.




Selasa, 23 September 2014


AU KL-MEMASANG SET METAL AWNING DAN SET POLY DI KERAMAT AU

Tarikh: 20/9/2014





 
 Salam tuan dan puan yang budiman. Kali ini saya akan paparkan satu projek memasang set awning  poly pada keluasan: 12x4 kaki persegi dan metal awning pada keluasan 24x12 kaki persegi. Projek ini mengambil masa 2.5 hari untuk disiapkan sepenuhnya atas faktor cuaca dan keadaan.
      Berikut adalah beberapa pic yang sempat saya ambil untuk paparan di sini.







Semoga memberi manafaat kepada pelawat blog.
Sekian terima kasih .



Selasa, 23 September 2014


NLI-MEMASANG SET GRILL DI BENGKEL/ WORKSHOP BARU KAMI

Tarikh: 2/9/2014
Lokasi: Putra Nilai, N.Sembilan

Syukur alhamdulillah kerana dengan sedikit ikhsanNya maka saya telah dikurniakan sebuah cita-cita yang kini menjadi kenyataan.
      Saya dengan rasa rendah diri memaklumkan bahawa saya telah membuka sebuah bengkel yang menjadi pusat persediaan awal segala aktiviti pembikinan projek.
      Dengan dibantu oleh dua orang tenaga muda yang penuh berdedikasi saya  mengharapkan akan dapat terus berkhidmat menyumbang daya kreativiti dalam penghasilan awning dan produk lain berasaskan besi dan logam kepada masyarakat.







Isnin, 18 Ogos 2014

MEMASANG SET POLYCARBONAT DI ENSTEK PERSADA IKHLAS.


Salam tuan puan yang budiman...kali ini saya akan paparkan projek memasang polycarbonat di kediaman En Abdullah pada keluasan 24x7 kaki. Beliau juga ingin memasang awning  di ruang belakang dapur menggunakan zink industri pada keluasan 4x10 kaki dan 2 set grill tingkap untuk bilik tingkat atas.
          Projek ini bermula pada 18/8/14 hari isnin dan siap sepenuhnya 2 hari selepas itu.
           Berikut adalah beberapa foto dari projek tersebut.


 




29,Jun 2014

MEMASANG 3 SET AWNING POLYCARBONAT.

Tarikh Projek: 29/6/2014
Projek: Memasang 3 set Polycarbonate
Lokasi: Villa Warisan Puteri ,Ampangan ,Seremban.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada En Kamil dan Puan Mazni yang telah member saya peluang memasang set polycarbonat di kediaman beliau yang menarik.
        Kami memerlukan masa 3 hari bagi menyiapkan projek tersebut.
         Berikut adalah beberapa gambar yang sempat says ambil dalam tempoh tersebut. Semoga member I manafaat kepada pembaca.



Selasa, 13 Mei 2014


MEMASANG SET AWNING POLYCARBONAT DI SEMI-D KOTA SERIEMAS.


MEMASANG SET AWNING POLYCARBONAT DI SEMI-D KOTA SERIEMAS.

Projek: Memasang 4 set Awning jenis Polycarbonat
Lokasi: Kediaman Kota Seriemas

Pada kali ini saya akan paparkan perjalanan satu projek memasang set polycarbonat di kediaman En Fairuz di Kota Seriemas ,Nilai, Negeri Sembilan. Terima kasih saya ucapkan kepada beliau kerana memberi kepercayaan kepada saya menjalankan projek ini.
             Projek ini sebenarnya ada dua peringkat iaitu yang pertama memasang set tile pada ruang parking yang dibesarkan, memasang dan mengalihkan longkang asal ke sudut tepi serta membuat laluan baru masuk kenderaan ke tempat parking. Pemasangan awning adalah projek peringkat ke dua yang hanya dijalankan setelah selesai semua kerja tersebut dilakukan oleh En Yaakob ,rakan baik saya.

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan dalam projek tersebut;
1)  Besi Hollow 4x4 inci              1 batang             
2)  Besi Hollow 2x4 inci              2 batang
3)  Besi Hollow 2x3 inci              24 batang
4)  Besi Hollow 1.5x2.5 inci         2 batang
5)  Besi Hollow Rought Iron  6/8inci 2 batang
6)  Besi Angle bar 1.5 inci            1 batang
7)  Steel Plate 1 mm                     1 keping
8)  Polycarbonat Solid
9)  Alumunium bracket Angle type dan Flate type
10) Wall plug
11) Skru Polycarbonat
12) Asbestos plate
13) Set gutter
14) Pvc pipe 3 inci

Berikut adalah  beberapa gambar diambil dari projek tersebut:
Pemasangan Poly yang hampir siap.
Palang dibina sedemikian bagi mengukunkan struktur palang utama.
Palang Utama dipasang ke tiang tepi.
Hujung besi Hollow dipotong serong bagi membentuk potongan lekuk yang unik seperti kayu.
Lagi potongan serong hollow 2x3 inci.
Struktur kerangka polycarbonat dinaikkan ,disusun mengikut ukuran 2 kaki jarak setiap satu sebelum diwelding.
Struktur kerangka di sebelah depan parkir.
Polycarbonat dibuka sebelum dipasang.
Struktur utama kerangka besi.


             

 

 

Sabtu, 10 Mei 2014


MEMASANG SET GRILL DI SUDUT BELAKANG.

MEMASANG SET GRILL DI SUDUT BELAKANG.


Kali ini saya paparkan satu projek di kediaman En Sharoo di Taman Semenyih Impiana, Semenyih,  Selangor.

Tarikh projek: 4/5/2014.
Bahan-bahan pembinaan;
1)Hollow 4x4 inci sebagai tiang.
2)Hollow 2x4 inci sebagai palang utama.
3)Hollow 6/8 inci.
4)Wall plug


Gambar Grill Di Sudut Belakang Rumah (Taman Semenyih Impiana ,Semenyih).

 Berikut adalah beberapa gambar yang diambil dari projek tersebut.

 Peringkat awal tiang dengan hollow 4x4  inci dipotong untuk dipadankan dengan palang dengan hollow 2x4 inci.
Tiang tepi diikat dengan wall plug pada tepi dinding konkrit.
Palang di welding pada tiang.
Besi  grill mula dipasang, disusun mengikut ukuran ditetapkan.
Sebelum pintu dipasang.
Proses terakhir touch-up tempat welding selepas pintu grill dipasang.
Sekian, semoga bermanafaat kepada pelawat dan pembaca blog ini.

 

Khamis, 10 April 2014


MEMASANG TILE PARKIR BAWAH BUMBUNG.

MEMASANG TILE PARKIR BAWAH BUMBUNG.

Projek seterusnya ialah memasang 563 keping tile parkir heavy duty bawah bumbung pada keluasan 620 kaki persegi sehingga ke depan pagar. Terdapat satu ruang bertanah 2 x 5 kaki yang perlu disimen terlebih dahulu disamping terdapat dua longkang pada kepanjangan 5 meter setiap satunya perlu di simen.
                 Projek memasang tile ini memerlukan ketelitian yang tinggi ,teknik yang tepat dan kemahiran yang tinggi , ketahanan kaki serta pinggang kerana kerja lebih banyak berada pada posisi bawah/cangkung.
Saya masih lagi pada peringkat amatur dalam bidang ini dan banyak yang masih perlu dipertingkatkan.
                 Simen yang terbaik adalah jenis simen gam sebab ia akan melekat dengan cukup baik serta susah tanggal. Simen gam lazimya digunakan bagi pemasangan tile dinding dan tempat bersudut.Ia sesuai untuk tile dalam tandas dan ruang dapur. Lazimnya penggunaan simen biasa memang tiada masalah terutamanya tempat yang kurang bebanan seperti ruang bilik, ruang tamu. Untuk ruang parkir sebaiknya guna simen gam atau jika guna simen biasa cuma tambahkan dalam 1/4 dengan simen gam ke dalam simen biasa supaya ia lebih kuat dan tahan.
                Simen gam ia lambat kering berbanding simen biasa jadi ia mudah dipasang tetapi harganya jauh lebih mahal. Perkara yang amat penting sebelum memulakan kerja memasang tile ialah membuat levelling iaitu memastikan setiap lantai simen berada dalam keadaan rata. Perkara wajib ini akan memastikan lantai yang dipasang tile akhirnya kelihatan kemas dan rata . Ini penting untuk memastikan air dapat mengalir keluar dengan baik dan tidak bertakung jika lantai dicuci kelak.

Lantai yang telah dipasang tile.
Lantai yang licin perlu di drill supaya simen dapat memegang lantai dengan baik.

                Jika permukaan lantai asal dalam keadaan licin maka perlu di drill lantai tersebut agar simen dapat memegang dengan kuat pada lantai. Terdapat sejenis bahan cecair penambah nilai yang boleh meningkatkan kemampuan pegangan simen pada lantai iaitu Extra Bond SM77 Admix ,biasanya ia dipanggil "susu simen" sebab berwarna putih seperti susu.

Simen Susu atau Extra Bond SM77 Admix
Bagaimana Extra Bond SM77 digunakan?
Tanpa mencairkan bahan cecair Extra Bond SM77 ratakan atau sapukan dengan berus cat ke atas lantai dan biarkan selama 1 hari kemudian pasangkan tile seperti biasa dengan simen gam atau simen biasa atau campuran di antara keduanya.

Simen yang ditinggalkan lama tanpa dicuci akan menjadi sangat susah ditanggalkan. Terdapat beberapa cara bagaimana menanggalkan simen yang telah kering ;
1)Menggunakan asid khas
2)Menggunakan mesin penyembur air bertekanan tinggi/Water jet pump.
3)Dengan cara grinder menggunakan mata jenis "hard polish".


 Berikut adalah beberapa gambar dari projek tersebut:
Tanah dikeluarkan sebelum disimen.
 
Simen diratakan dengan teliti.

Longkang disebelah kiri dan kanan parkir ditutup denagn simen.
Tile dipasang dengan berpandukan benang/tali supaya lurus.
Tile hampir siap dipasang
Tile dicuci dengan bahan asid bagi menanggalkan sisa simen degil yang susah ditanggalkn.
Setelah siap dicuci dengan asid ia dibilas pula dengan air biasa.

Isnin, 14 April 2014


MENAMBAHNILAI PINTU PAGAR BELAKANG.

Menambahnilai atau memperkukuhkan pintu pagar belakang. 

Hari ini 14-April saya berpeluang menambahnilai struktur pintu pagar belakang rumah Puan Noni di Desa Cempaka 3. Saya menggunakan hollow 1x3 inci sebagai palang tegak yang diwelding bersama struktur body asal. Kemudian di cat menggunakan warna Leather cat minyak anti karat.

Berikut adalah gambar dari projek di atas;

       

  Khamis, 10 April 2014


MEMBINA SIMPLE TABLE TOP.

MEMBINA SIMPLE TABLE TOP.

Projek seterusnya ialah membina set simple Table Top pada keluasan 8.5 x 2 kaki dan menggunakan sinki dua daun/belah . Projek ini menggunakan beberapa bahan asas iatu sinki, simen, pasir, papan plywood 9 mm  sebagai acuan simen dan  pintu sliding, hollow 1x2 inci sebagai tetulang kerangka , hollow 1x3 inci sebagai dinding depan dan tile jenis biasa 10 keping.
Berikut adalah beberapa gambar dari projek tersebut;





 

 Ahad, 30 Mac 2014


MEMBINA SET GRILL DI DESA CEMPAKA 3.




MEMBINA SET GRILL DI DESA CEMPAKA 3.
                 Terima kasih saya ucapkan kepada Puan Noni kerana memilih saya bagi menjayakan projek ini.Projek ini telah bermula pada 27/3/2014 .Projek membina set grill ini merupakan projek pertama saya berkaitan dengan grill. Saya telah banyak membuat penelitian secara lengkap tentang bagaimana grill berfungsi dan langkah-langkah pembinaan dengan teratur.
                 Akhir sekali saya telah membuat keputusan membeli satu set welding jenis MIG yang mana ia amat sesuai bagi kerja-kerja membuat grill iaitu menggunakan besi nipis dan bersaiz kecil. Jika kita menggunakan alat welding jenis arka atau rod banyak kecacatan akan timbul antaranya ialah besi berlubang dan finishing welding tidak elok. Walau bagaimanpa pun ia bergantung kepada kepakaran individu masing-masing. Bagi saya menggunakan alat wding jenis MIG adalah yabg yang terbaik ketika ini.

Berikut adalah beberapa gambar dari projek tersebut:

Pintu Sliding depan.
Grip tingkap bilik depan.

Pintu sliding sebelum dicat.

Proses memasang railing roller pintu sliding.

Kerja melelas sisa kasar welding menggunakan grinder disc.
 
Grill pintu belakang

 MEMBINA SET AWNING DI DESA CEMPAKA 3.
MEMBINA SET AWNING DI DESA CEMPAKA 3.

                  Kali  ini saya akan paparkan satu projek membina awning di rumah Puan Noni di Desa Cempaka 3. Puan Noni telah memberikan kepercayaan kepada saya dengan memberi 4 projek iaitu membina set awning rumah depan, membina set grill lengkap satu rumah, simple table top dan tile parking depan rumah sehingga ke longkang. Saya ucapkan berbanyak terima kasih di atas kepercayaan Puan Noni kepada saya.
                  Projek ini telah bermula pada 22/3/2014 . Keluasan awning yang dirancangkan ialah 20 X 17.5 kaki ,menggunakan besi tiang hollow 4X4 kaki, manakala palang menggunakan besi hollow 2X4 kaki. Zink pula menggunakan zink jenis industri berketebalan 0.44 mm. Patern yang dipilih adalah patern awning pagola di mana besi dipotong menyerupai kayu pada hujung setiapnya.


Berikut adalah beberapa foto dari projek
tersebut:

Pandangan depan setelah dipasang awning.


Pandangan sisi depan.


Palang Utama 2x4 inci dipasang.


Hollow 1x2 inci dipasang melintang dari palang utama.


Pandangan dari bawah bumbung setelah siap dipasang.


Isnin, 3 Februari 2014


MEMBINA SET AWNING DI TAMAN DESARIA, NILAI.

Tarikh :9/2/2014
Lokasi: Taman Desaria Nilai, N.Sembilan.

           Pada kali ini saya akan paparkan sedikit projek membina awning milik Encik Khairil dari Taman Desaria, Nilai 3, N.S.
Saiz depan rumah beliau yang akan di tutup ialah 17.5 X 20 kaki. Projek ini mengambil masa 2 hari untuk disiapkan manakala setengah hari untuk kerja-kerja touch-up bmbung dan cat mana-mana yang dirasa perlu.
           Projek ini menggunakan dua tenaga kerja yang berdedikasi  iaitu En Azizi dan saya sendiri.
Patern kali ini agak unik dan menggunakan sedikit besi rought iron sebagai penyeri palang depan. Tiang pula menggunakan besi hollow 4x4 inci manakala palang utama di atas menggunakan besi hollow 2x4 inci.      

Berikut adalah beberapa foto dari projek tersebut;


Berikut adalah gambar hampir siap projek di Tmn Desaria.





Jumaat, 17 Januari 2014


MEMBINA SET AWNING DI MANTIN, NS.

Awal January saya menerima tawaran dari En Hafiz , pemilik rumah di Taman Keledang, Mantin, N, S. Beliau berminat memasang bumbung awning dengan patern pagola tetapi menggunakan besi sepenuhnya.
           Keluasan depan rumah beliau ialah 22x16 kaki dan satu ruang tanpa bumbung berkeluasan 10x10 kaki perlu ditutup agar bebas dari panas dan hujan.
           Projek bermula pada 11/1 dan mengambil masa dua setengah  hari untuk selesai sepenuhya. Projek dilaksanakan sepenuhnya di rumah dan menggunakan dua tenaga kerja yang hebat.
           Seperti biasa saya menggunakan besi 4x4 inci sebagai tiang, manakala besi hollow 2x4 inci sebagai palang utama. Saya menggunakanzink jenis industri berwarna merah hati sebagai bumbung. Di setiap hujung hollow saya gunakan steel plate 2inci bagi menutup setiap lubang dipotong.
Berikut adalah beberapa foto dari projek tersebut;



Selasa, 17 Disember 2013


MEMBINA SET BUMBUNG 16 X 10 KAKI.

MEMBINA SET BUMBUNG 16X10 KAKI.

Pada kali ini saya akan memaparkan satu projek menyiapkan set bumbung awning zink bersaiz 16 x 10 kaki di sebuah rumah semi D di Presint 10 Putrajaya. Sebelum itu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pn Tini yang sudi menghubungi saya dan memberi kepercayaan untuk menyiapkan projek ini.
                Projek ini telah dijalankan pada 8 Disember 2013 setelah beberapa kali sesi penyelarasan hari dilakukan. Pada dasarnya projek ini tidak memerlukan banyak masa memandangkan kerja-kerja awal penyiapan dilakukan di luar tapak projek. Saya hanya memasang set tersebut setibanya sampai di lokasi.
               Berikut adalah beberapa foto disepanjang projek tersebut;


Foto dari projek di Putrajaya Presint 10.

Sabtu, 23 November 2013


MEMBINA DINDING DEPAN TADIKA.



MEMBINA DINDING DEPAN TADIKA.
Projek ini adalah lanjutan dari projek terdahulu setelah pemasangan awning polycarbonat depan tadika siap. Ia adalah satu projek berterusan dengan tempoh yang panjang .Tujuan ialah bagi menyiapkan ruang yang bebas dari tempias hujan dan panas bagi tujuan aktiviti tadika . Tetulang dinding dibina dari besi 2 x 2 inci dengan ketebalan 1 mm dan tiang asas menggunakan besi lebih tebal 1.2 mm dengan saiz yang sama.
                Manakala dindingnya diperbuat dari gentian ceiling asbestos yang lazimnya orang gunakan bagi membuat ceiling rumah. Terdapat 2 sais ceiling di pasaran iaitu 2 x 5 kaki dan 4 x 4 kaki. Setiap ceiling akan dilekatkan kepada tetulang besi dengan menggunakan gam khas yang sangat kuat dan mampu memegang ceiling bersama besi dengan cukup baik. Walaupun mengambil sedikit masa untuk mengering namun hasilnya sangat memuaskan.
                 Kemasan lantai akhirnya disempurnakan dengan kemasan cat khas untuk lantai yang tahan air (akua paint) dengan warna merah hati.
                 Akhir sekali 2 set lampu kalimantang dipasang pada bumbung dan satu set kipas industri dipasang bagi memberi keselesaan kepada pelajar dan guru .Wiring juga disempurnakan dengan jayanya dengan menitikberatkan soal keselamatan dengan memasang conduet bagi mengelakkan litar pintas berlaku memandangkan struktur asas hampir keselurukan adalah dari besi.


Keadaan sebelum ubahsuai dilakukan.

Ruang depan yang telah siap dipasang dinding .

 


Lantai simen yang telah dicat dengan cat lantai khas tahan air.

RAK BUKU.

RAK BUKU.
Projek kali ini ialah menyiapkan set rak buku/kitab bagi kegunaan surau. Lokasi ialah surau Desa Anggerik, Nilai, N.Sembilan. Tarikh projek ialah 23.9.2013.
Peralatan diperlukan;
1) Papan plywood tebal 10 mm
2)Gam silikon khas untuk kayu
3)Paku
4)Tukul
5)Gergaji mesin
6)Handrill
7)Grinder (dengan mata potong papan)
Berikut adalah beberapa gambar di sepanjang proses tersebut:

Memotong papan menggunakan alat grinder dengan mata kayu.


Papan dipotong mengikut ukuran khas.

Gam kayu yang tahan diguna bagi memegang papan dengan lebih kuat.





Gam papan atas dan bawah.


Peringkat terawal proses ,papan dipasang dengan teliti.
Mengukur sebelum dipotong.

Beberapa peralatan yang diguna semasa pembuatan dilakukan.

Tukul, Mesin gergaji besi(vertikal), grinder, gam kayu, tape pengukur dan handrill machine.

Dua set rak buku yang telah siap .

Menunggu untuk proses mengecat.
Berikut adalah gambar rak yang telah siap dipasang pada ruang hadapan surau.
Rak buku di susun bersama kitab suci dan buku-buku tafsir lain.
Ruang atas juga boleh berfungsi sebagai para.
Pandangan depan rak buku yang telah siap dipasang .

 

 

 

1) MEMASANG SET AWNING BUMBUNG BENTUK A


PROJEK TERBARU BERMULA PADA AWAL FEBRUARY 2013 ,IAITU MEMASANG SET AWNING BUMBUNG BENTUK A DI RUMAH PT 5368 JALAN BBN 9/1, DESA ANGGERIK, 71800 NILAI, N.SEMBILAN. 
                      SEHINGGA SEKARANG KOS YANG DIBELANJAKAN UNTUK MEMBELI BARANG SAHAJA BERJUMLAH RM3200 . BUMBUNG BENTUK A MENGGUNAKAN LEBIH BANYAK BESI DAN BANYAK KERJA PEMOTONGAN PERLU DILAKUKAN BERBANDING BENTUK FLAT. GUTTER JUGA PERLU DIPASANG DI SISI KANAN DAN KIRI BUMBUNG BAGI MENGELAKKAN AIR HUJAN JATUH KE RUMAH SEBELAH.
                       BAGAIMANA PUN FIZIKALNYA KELIHATAN LEBIH MENARIK BERBANDING BENTUK RATA JADI PASTILAH KOS BURUHNYA LEBIH TINGGI.
BERIKUT ADALAH GAMBAR-GAMBAR DI AWAL PEMBINAAN;


Bina Palang Utama dengan besi 4x4 inci seperti di atas.
Besi 3x2 inci di potong untuk membina palang bentuk A.
 
Alas bentuk T dipasang pada tiang utama rumah dipegang oleh 5 batang wall plug saiz besar. Palang besi 2x4 inci dua batang dipasang di atasnya dan diwelding terus supaya tetap pada kedudukan asal. Perkara sama dilakukan pada tiang sebelahnya.


Palang utama 2 batang telah siap dipasang pada kanan dan kiri tiang

Tulang bumbung bentuk A siap di bentuk menggunakan besi 2x3 inci. Jumlah 4 set dengan setiapnya mempunyai bentuk dan ukuran yang sama.
L bar 1x1 inci dipotong 1 inci setiapnnya diwelding pada permukaan atas besi bumbung A sebagai stopper penahan palang bumbung .
Besi bumbung A dipasang satu persatu di atas palang utama sebelum di welding.
Palang bumbung yang telah dipasang menanti diwelding.
Pemasangan bumbung bermula dari depam ke belakang bagi memudahkan penyelarasan posisi bumbung depan.
Setelah siap sebelah kanan kemudian sambung sebelah kiri dengan kaedah sama.
Rabung dipasang sebelum  bumbung  kiri siap. 
Pandangan sudut bawah. Kelihatan rabung dipasang sebelum bumbung kiri siap supaya tidak perlu memijak bumbung.
                PADA PERINGKAT INI 75% PROJEK HAMPIR SIAP. ANTARA PERKARA YANG PERLU DISIAPKAN IALAH PEMASANGAN GUTTER DI KIRI DAN KANAN BUMBUNG, PEMASANGAN PAPAN 1X8 INCI (BERKETAM) UNTUK MEMEGANG GUTTER KIRI DAN KANAN. KOS DIANGGARKAN RM45O, MENJADIKAN KOS KESELURUHAN KINI HAMPIR RM 3800 .

Gutter telah siap dipasang pada sisi kanan bumbung.


Pandangan depan
PADA PERINGKAT INI HAMPIR 99% SIAP. ALHAMDULILLAH PROJEK DAPAT DILAKUKAN DENGAN SELAMAT DAN BERJALAN LANCAR HANYA FAKTOR MASA MENYEBABKKAN PROJEK LEWAT DISIAPKAN. DAPATLAH BERTEDUH DARI HUJAN PANAS PADA WAKTU-WAKTU TERTENTU.

2) MEMBINA JALAN ALTENATIF / JALAN MASUK DARI BELAKANG.

PROJEK INI MELIBATKAN 3 PROJEK KECIL;
1) MEMBINA STRUKTUR KONKRIT MENUTUP LONGKANG SEBAGAI JALAN
2) MEMBINA TEMBOK PAGAR BELAKANG RUMAH
3) MEMASANG PINTU PAGAR BELAKANG

TARIKH :16/6/2013

PEMBINAAN PENGHADANG JALAN DI HADAPAN RUMAH TELAH MENYEBABKAN KAWASAN PARKIR YANG SEJAK LEBIH 7 TAHUN LEPAS DIGUNAKAN TELAH TERHALANG . INI MENYEBABKAN KAWASAN DEPAN RUMAH SESAK TERUTAMA DI AWAL PAGI SEWAKTU IBUBAPA MEMGHANTAR ANAK KE SEKOLAH. KEADAAN BERTAMBAH RUMIT DENGAN PELAJAR YANG RATA-RATANYA BERKERETA KE USIM JUGA BERKONGSI TEMPAT PARKIR YANG SAMA. 
        JUSTERU ITU KAMI TERPAKSA MEMIKIRKAN CARA LAIN UNTUK MEMINIMUMKAN SEBARANG RISIKO YANG MUNGKIN BERLAKU DENGAN MEMBINA JALAN ALTENATIF LAIN IAITU MEMBINA JALAN MASUK DARI BELAKANG. 



PANDANGAN DARI SISI BELAKANG
Tambah kapsyen
PANDANGAN SISI TEPI BATA HAMPIR SIAP DIPASANG
PAGAR PINTU SIAP DIPASANG
PANDANGAN DARI BELAKANG PAGAR SIAP DIPASANG
ALHAMDULILLAH , AKHIRNYA SIAP JUGA PINTU BELAKANG DIPASANG DAN KERETA BOLEH MASUK DAN PARK DENGAN MUDAH. NAMUN BEGITU TEMBOK BELUM SIAP SEPENUHNYA DI MANA BATA PERLU MELALUI PROSES PLASTER .

  3) MEMBUAT PAGAR RUMAH PT5368

MEMANDANGKAN PAGAR RUMAH TELAH DIPINDAHKAN KE RUMAH LAIN MAKA PINTU BARU PERLU DIGANTI LAIN. PROJEK MEMBUAT TELAH DIRANCANG DENGAN TELITI SEJAK AWAL SEBELUM DIMULAKAN . MENGAMBIL KIRA DESIGN SENDIRI DAN KOS BAHAN BESI MAKA PROJEK INI DIMULAKAN DENGAN JIWA TENANG DENGAN HARAPAN HASILNYA JUGA KELAK LEBIH BAIK!
              MENGGUNAKAN BESI 2X3 SEBAGAI TERAS DAN BESI 1X2 SEBAGAI STRUKTUR KERANGKA. KOS DIBELANJAKAN SEBANYAK RM450. KOS BARANG AGAK MAHAL SEBAB MENGGUNAKAN BESI AGAK TEBAL BAGI MENJADIKAN STRUKTUR PAGAR LEBIH KUKUH DAN MUDAH DIWELDING.


PERBEZAAN PAGAR LAMA DAN PAGAR BARU.
PAGAR BARU YANG TELAH SIAP DIPASANG.
                   ALHAMDULILLAH, AKHIRNYA SIAP JUGA PAGAR YANG DIRANCANG NAMUN BEGITU MASIH ADA RUANG LAGI YANG PERLU DI TOUCH UP KEMUDIAN SEPERTI CAT DAN STOPPER.








16 ulasan:

  1. as salam...mintak kongsi pengalaman buat awning..dr segi kos n suplyer brng/besi murah...

    BalasPadam
  2. tuan buat welding di rumah sendiri atau ada bengkel besi ?

    BalasPadam
  3. Utk makluman tuan2 sy tidak mmpunyai bengkel sendiri...namun keblkgn ini ada byk prmntaan utk pasang awning dan sy cuba luangkn masa demi mmenuhi hasrat mreka...setakat ini alhmdulilah respon positif. Ada yg brtanya dan sy cuba respon yg trbaik...sy lbh cepat respon jika prtanyaan melalui whatsapp brbndg blog...t.kasih.

    BalasPadam
  4. ...untuk info projek2 terkini sila layari ke laman utama. Anda boleh melihat bbrapa projek terkini yg sempat sy upload utk perkongsian. Whataap no spt di atas...t.kasih.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah ...terima kasih di atas sokongan saudara dan saudari semua. Sambutan yg amat tidak diduga dsn respon dr pelawat ...byk tempahan terutama awning jenis poly bbrapa bulan ini . InsyaAllah bengkel sy akan dibuka pd awal september ni di bandar baru nilai...dan dibantu oleh 2 org pembantu berkemahiran tinggi. Terima kasih sekali lg.

    BalasPadam
  6. salam. saya nak tannya berapa panjang untuk awning bentuk a tu? rumah saya nak buat awning panjag 22 kaki x 11 kaki. boleh ke buat kerangka mcam tu?

    BalasPadam
  7. Waalaikumsalam...boleh puan. Saya perlu lihat dpn rmh sebenar sbb mgkn ada tmpt yg prlu modifikasi utk padankan dgn patern ni. Blh berhubung melalui wassup....t.kasih.

    BalasPadam
  8. Salam saya nak tanya kalau nak buat awning dengan tembok kiri kanan seperti gambar yg atas sekali berapakah kosnya ye anggaran saiz 16*30

    BalasPadam
  9. Pagola Metal deck; Luas: 16x30: 480 sqfeet x rm12: rm5760
    Transport: ikut area/ jarak.
    Utk tembok, sila wassup sy utk detail sbb tk jelas tembok 16 kaki atau 30 kaki.
    Terima kasih.

    BalasPadam
  10. Pagola Metal deck; Luas: 16x30: 480 sqfeet x rm12: rm5760
    Transport: ikut area/ jarak.
    Utk tembok, sila wassup sy utk detail sbb tk jelas tembok 16 kaki atau 30 kaki.
    Terima kasih.

    BalasPadam
  11. Ulasan & hasil kerja TERBAIK.... Terima kasih atas informasi ini tuan.. Jazakallah hu khaira..

    BalasPadam
  12. Salam.. nk tanya, Kedai kt mana ya?

    BalasPadam
  13. Salam.. nk tanya, Kedai kt mana ya?

    BalasPadam
  14. mantap gan...
    nitip link ya gan...
    http://www.teknikawning.com/our-services/polycarbonate.html

    BalasPadam
  15. Sy dri puchong.sedang mencari kerja welding di kuala lumpur dan selangor.sudah 25 tahun Sy berkerja welding.call Sy 0169004719.tq

    BalasPadam
  16. Mohon copy gambar2 dari bloc tuan tuk buat tunjuk dan rujuk contractors terima kasih tuan

    BalasPadam