Halaman

Isnin, 14 April 2014

MENAMBAHNILAI PINTU PAGAR BELAKANG.

Menambahnilai atau memperkukuhkan pintu pagar belakang. 

Hari ini 14-April saya berpeluang menambahnilai struktur pintu pagar belang ru,ah Puan Noni di Desa Cempaka 3. Saya menggunakan hollow 1x3 inci sebagai palang tegak yang diwelding bersama struktur body asal. Kemudian di cat menggunakan warna Leather cat minyak anti karat.

Berikut adalah gambar dari projek di atas;




Khamis, 10 April 2014

MEMASANG TILE PARKIR BAWAH BUMBUNG.

MEMASANG TILE PARKIR BAWAH BUMBUNG.

Projek seterusnya ialah memasang 563 keping tile parkir heavy duty bawah bumbung pada keluasan 620 kaki persegi sehingga ke depan pagar. Terdapat satu ruang bertanah 2 x 5 kaki yang perlu disimen terlebih dahulu disamping terdapat dua longkang pada kepanjangan 5 meter setiap satunya perlu di simen.
                 Projek memasang tile ini memerlukan ketelitian yang tinggi ,teknik yang tepat dan kemahiran yang tinggi , ketahanan kaki serta pinggang kerana kerja lebih banyak berada pada posisi bawah/cangkung.
Saya masih lagi pada peringkat amatur dalam bidang ini dan banyak yang masih perlu dipertingkatkan.
                 Simen yang terbaik adalah jenis simen gam sebab ia akan melekat dengan cukup baik serta susah tanggal. Simen gam lazimya digunakan bagi pemasangan tile dinding dan tempat bersudut.Ia sesuai untuk tile dalam tandas dan ruang dapur. Lazimnya penggunaan simen biasa memang tiada masalah terutamanya tempat yang kurang bebanan seperti ruang bilik, ruang tamu. Untuk ruang parkir sebaiknya guna simen gam atau jika guna simen biasa cuma tambahkan dalam 1/4 dengan simen gam ke dalam simen biasa supaya ia lebih kuat dan tahan.
                Simen gam ia lambat kering berbanding simen biasa jadi ia mudah dipasang tetapi harganya jauh lebih mahal. Perkara yang amat penting sebelum memulakan kerja memasang tile ialah membuat levelling iaitu memastikan setiap lantai simen berada dalam keadaan rata. Perkara wajib ini akan memastikan lantai yang dipasang tile akhirnya kelihatan kemas dan rata . Ini penting untuk memastikan air dapat mengalir keluar dengan baik dan tidak bertakung jika lantai dicuci kelak.

Lantai yang telah dipasang tile.
Lantai yang licin perlu di drill supaya simen dapat memegang lantai dengan baik.

                Jika permukaan lantai asal dalam keadaan licin maka perlu di drill lantai tersebut agar simen dapat memegang dengan kuat pada lantai. Terdapat sejenis bahan cecair penambah nilai yang boleh meningkatkan kemampuan pegangan simen pada lantai iaitu Extra Bond SM77 Admix ,biasanya ia dipanggil "susu simen" sebab berwarna putih seperti susu.

Simen Susu atau Extra Bond SM77 Admix
Bagaimana Extra Bond SM77 digunakan?
Tanpa mencairkan bahan cecair Extra Bond SM77 ratakan atau sapukan dengan berus cat ke atas lantai dan biarkan selama 1 hari kemudian pasangkan tile seperti biasa dengan simen gam atau simen biasa atau campuran di antara keduanya.

Simen yang ditinggalkan lama tanpa dicuci akan menjadi sangat susah ditanggalkan. Terdapat beberapa cara bagaimana menanggalkan simen yang telah kering ;
1)Menggunakan asid khas
2)Menggunakan mesin penyembur air bertekanan tinggi/Water jet pump.
3)Dengan cara grinder menggunakan mata jenis "hard polish".


 Berikut adalah beberapa gambar dari projek tersebut:
Tanah dikeluarkan sebelum disimen.
 
Simen diratakan dengan teliti.

Longkang disebelah kiri dan kanan parkir ditutup denagn simen.
Lantai di drill sebelum dipasang tile.
Tile dipasang dengan berpandukan benang/tali supaya lurus.
Tile hampir siap dipasang
Tile dicuci dengan bahan asid bagi menanggalkan sisa simen degil yang susah ditanggalkn.
Setelah siap dicuci dengan asid ia dibilas pula dengan air biasa.
Sehingga depan longkang.
Teknik memasang tile;
1)Ratakan simen pada lantai
2)Gunakan perata khas bagi meratakan simen ,berbentuk jaluran
3)Lekatkan tile pada rataan simen tersebut

Gambar seperti di bawah;

Simen diratakan pada lantai.
Simen diratakan dengan alat perata khas
Tile dipasang dengan teliti
Proses sama diulang untuk tile yang berikutnya.

Semoga memberi manafaat kepada pelawat dan pembaca blog ini.

MEMBINA SIMPLE TABLE TOP.

MEMBINA SIMPLE TABLE TOP.

Projek seterusnya ialah membina set simple Table Top pada keluasan 8.5 x 2 kaki dan menggunakan sinki dua daun/belah . Projek ini menggunakan beberapa bahan asas iatu sinki, simen, pasir, papan plywood 9 mm  sebagai acuan simen dan  pintu sliding, hollow 1x2 inci sebagai tetulang kerangka , hollow 1x3 inci sebagai dinding depan dan tile jenis biasa 10 keping.
Berikut adalah beberapa gambar dari projek tersebut;


Semoga memberi manafaat kepada pembaca.