Halaman

Selasa, 13 Mei 2014

MEMASANG SET AWNING POLYCARBONAT DI SEMI-D KOTA SERIEMAS.


MEMASANG SET AWNING POLYCARBONAT DI SEMI-D KOTA SERIEMAS.

Projek: Memasang 4 set Awning jenis Polycarbonat
Lokasi: Kediaman Kota Seriemas

Pada kali ini saya akan paparkan perjalanan satu projek memasang set polycarbonat di kediaman En Fairuz di Kota Seriemas ,Nilai, Negeri Sembilan. Terima kasih saya ucapkan kepada beliau kerana memberi kepercayaan kepada saya menjalankan projek ini.
             Projek ini sebenarnya ada dua peringkat iaitu yang pertama memasang set tile pada ruang parking yang dibesarkan, memasang dan mengalihkan longkang asal ke sudut tepi serta membuat laluan baru masuk kenderaan ke tempat parking. Pemasangan awning adalah projek peringkat ke dua yang hanya dijalankan setelah selesai semua kerja tersebut dilakukan oleh En Yaakob ,rakan baik saya.

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan dalam projek tersebut;
1)  Besi Hollow 4x4 inci              1 batang             
2)  Besi Hollow 2x4 inci              2 batang
3)  Besi Hollow 2x3 inci              24 batang
4)  Besi Hollow 1.5x2.5 inci         2 batang
5)  Besi Hollow Rought Iron  6/8inci 2 batang
6)  Besi Angle bar 1.5 inci            1 batang
7)  Steel Plate 1 mm                     1 keping
8)  Polycarbonat Solid
9)  Alumunium bracket Angle type dan Flate type
10) Wall plug
11) Skru Polycarbonat
12) Asbestos plate
13) Set gutter
14) Pvc pipe 3 inci

Berikut adalah  beberapa gambar diambil dari projek tersebut:

Gambar Awning Polycarbonate bahagian depan.

Pemasangan Poly yang hampir siap.
Palang dibina sedemikian bagi mengukunkan struktur palang utama.
Palang Utama dipasang ke tiang tepi.
Hujung besi Hollow dipotong serong bagi membentuk potongan lekuk yang unik seperti kayu.
Lagi potongan serong hollow 2x3 inci.
Struktur kerangka polycarbonat dinaikkan ,disusun mengikut ukuran 2 kaki jarak setiap satu sebelum diwelding.
Struktur kerangka di sebelah depan parkir.
Polycarbonat dibuka sebelum dipasang.
Struktur utama kerangka besi.


             
               
Tapak khas untuk dipijak semasa service aircond.
Bumbung poly dipasang di bawah lantai dahulu sebelum dipasang .
Kerangka besi dipasang sebelum .

Sabtu, 10 Mei 2014

MEMASANG SET GRILL DI SUDUT BELAKANG.

MEMASANG SET GRILL DI SUDUT BELAKANG.


Kali ini saya paparkan satu projek di kediaman En Sharoo di Taman Semenyih Impiana, Semenyih,  Selangor.

Tarikh projek: 4/5/2014.
Bahan-bahan pembinaan;
1)Hollow 4x4 inci sebagai tiang.
2)Hollow 2x4 inci sebagai palang utama.
3)Hollow 6/8 inci.
4)Wall plug


Gambar Grill Di Sudut Belakang Rumah (Taman Semenyih Impiana ,Semenyih).

 Berikut adalah beberapa gambar yang diambil dari projek tersebut.

 Peringkat awal tiang dengan hollow 4x4  inci dipotong untuk dipadankan dengan palang dengan hollow 2x4 inci.
Tiang tepi diikat dengan wall plug pada tepi dinding konkrit.
Palang di welding pada tiang.
Besi  grill mula dipasang, disusun mengikut ukuran ditetapkan.
Sebelum pintu dipasang.
Proses terakhir touch-up tempat welding selepas pintu grill dipasang.

Sekian, semoga bermanafaat kepada pelawat dan pembaca blog ini.