Halaman

Selasa, 25 November 2014

DESA ANGGERIK-MEMASANG SET AWNING METAL DECK DI NILAI.

Memasang Set Awning Metal Deck Di Desa Anggerik.


           Salam tuan dan puan yang budiman. Kali ini saya akan paparkan satu projek memasang awning jenis metal deck atau menggunakan zink lurus di Desa Anggerik Nilai.
           Mr Teo mahu menggunakan bumbung lutsinar bagi mengelakkan dari pokok-pokok bongsainya mati. Dengan itu saya memasang bumbung poly lutsinar .
           Beliau memilih warna grey terang dan cutting end hollow lurus dan set gutter di bahagian depan bagi mengelakkan air jatuh ke depan.. Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut.
         





Semoga memberi manafaat kepada anda. Terima kasih.

Sabtu, 22 November 2014

MEMBAIKPULIH PINTU PAGAR RUMAH.

Membaikpulih Pintu Pagar Rumah.

              Salam tuan dan puan yabg budiman. Kali ini saya akan paparkan satu projek membaik pulih pintu pagar wrought iron milik Mr Dinend di Desa Indah, Nilai yang telah rosak dimana bahagian bawah telah rosak dengan agak serius.
               Kerja membaikpulih bukanlah kerja yang mudah. Banyak perkara perlu diambil kira sewaktu menjalankan kerja.
               Berikut adalah beberapa pic yang sempat saya ambil untuk tatapan bersama. Semoga bermanafaat kepada anda.








Sabtu, 15 November 2014

MEMASANG SET AWNING POLY DI LEP SERI KEMBANGAN

Memasang set awning poly di Seri Kembangan

         Salam tuan dan puan yang budiman. Minggu ini saya akan paparkan projek memasang set awning poly di LEP Seri Kembangan milik En Faizol. Rumah End Lot tingkat atas akan dipasang dengan set poly solid tebal 3 mm pada keluasan 554 kaki persegi.
        Projek bermula pada tarikh 15/11/2014 hari sabtu. Kami menjangkakan projek ini mengambil masa 3 hari untuk disiapkan namun mungkin lebih lagi memandangkan kini musim hujan sudah bermula.
       
Ruang belakang dengan  panjang 7 kaki x 21 kaki .


Ruang sisi dengan kepanjangan 11 kaki x 29 kaki.


Ruang sisi setelah di pasang poly berselang seli dgn 2 warna berbeza.


Proses awal pemasangan struktur utama.


Ruang sambungan antara ruang sisi dan ruang belakang.

Proses pemasangan di bahagian paling sukar iaitu bahagian penyambungan bumbung. 



         Semoga maklumat di atas dapat memberi anda sedikit maklumat yang boleh dimanafaatkan. Sekian terima kasih.
     
     

Ahad, 9 November 2014

MEMASANG SET AWNING PAGOLA DI DESA ANGGERIK


Memasang set  awning pagola   di desa anggerik.
 

      Salam tuan yang budiman. Kali ini saya akan paparkan projek memasang set awning jenis pagola menggunakan zink industri di premis perniagaan milik Pn Aniza di Nilai, N.Sembilan.
      Keluasan awning ini ialah 600 kps dan telah disiapkan dalam masa 2 hari.
      Berikut ini adalah beberapa gambar yang dapat saya paparkan di sini untuk tatapan tuan/puan sebagai bahan rujukan dan sumber maklumat jika perlu.









        Semoga info di atas dapat memberi manafaat kepada pembaca. Terima kasih.


Ahad, 2 November 2014

MEMASANG AWNING DAN SET GRILL DI SUDUT BELAKANG

Memasang awning dan grill di sudut belakang.



       Salam tuan/puan yang budiman. Kali ini saya paparkan satu projek memasang awning metal deck dan set grill berkeluasan 20x6 kaki di kediaman milik en Redzuan di Nusa Aman 3, Bndr Baru Sendayan.
      Beliau memilih grill yang agak tebal menggunakan hollow 1x2 inci disusun pada jarak 2 inci setiapnya,
       Pintu asal diubahsuai dengan menyambungkan struktur baru pada bahagian atas. Plate 1 mm dipasang pada ketinggian 2 kaki dari dinding tembok sekeliling meningkatkan tahap privacy tuan rumah.
        Berikut adalah beberapa pic yang sempat saya ambil untuk tatapan pembaca blog. Semoga memberi manafaat.