Halaman

Ahad, 15 November 2015

KAJANG-MEMASANG SET AWNING GENTING DI TMN SAUJANA KAJANG

Memasang Set Awning Genting Di Taman Saujana Kajang.


           Salam tuan yang budiman. Minggu ini saya paparkan satu projek memasang set awning genting milik En Reza di Taman Saujana Kajang .
           Beliau memilih awning genting setelah mempertimbangkan banyak perkara antaranya ialah air jatuh dari bumbung tingkat atas yang hentamannya agak kuat ke atas bumbung bawah. Ini disebabkan bumbung tingkat atas rumah beliau tidak dipasang gutter.
           Set awning ini juga dipasang sekali dengan set gutter di hujung bumbung .
Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut.
 



     


            Pintu pagar kecil sebelah belakang dipasang dengan struktur baru dengan keemasan power coating supaya tahan lebih lama.



            Semoga memberi manafaat kepada anda. Terima kasih.

Isnin, 9 November 2015

NILAI- MENGALIH TIANG PAGAR, MEMBUAT SET PARKIR DAN MEMASANG PINTU GATE UTAMA.

Mengalihkan Tiang Pagar Utama, Membuat Set Parkir , Memasang Set Autogate Dan Memasang Batu Dinding Keliling.

         Salam tuan yang budiman. Minggu ini saya paparkan satu projek memecah  tiang lama dan memasang tiang batu. Set parkir bersimen turut  dibina di depan rumah.
        Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut. Semoga memberi manafaat kepada anda.
1)Memecah tiang batu dan membina tiang baru.









2)Memasang set pintu gate jenis folding.




3)Memasang set auto gate jenama DCMoto.



4) Memasang set batu dinding.




   Semoga memberi manafaat kepada anda.

  Terima kasih.

K.SERIEMAS-MODIFIKASI PAGAR JENIS FOLDING DAN MEMASANG GRILL PINTU RUMAH BELAKANG.

Modifikasi Pintu Pagar Folding Dan Memasang Grill Pintu Belakang.

         Salam tuan yang budiman. Minggu ini saya paparkan satu projek modifikasi pintu pagar utama jenis folding milik En Imran  di Laman Bakawali, Kota Seriemas, Nilai.
         En Imran memiliki sejumlah kucing berbaka terbaik . Beliau perlu menyediakan satu tempat yang persekitarannya selamat bagi mengelakkan kucingnya  keluar dari kawasan persekitarannya.
         Beliau juga membuat modifikasi rumah kucingnya yang sedia ada. Satu tingkat platform dibina di dalam sangkar kucingnya.
         Beliau juga membuat penukaran grill pintu belakang dengan kemasan powder coating. Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut. Semoga memberi manafaat kepada anda.
1)Modifikasi rumah kucing.
2)Menambah besi hollow 1"x4" dan mengecat pintu gate.



3)Mengecat semula grill sliding rumah dengan kemasan putih.

        Terima kasih.

Rabu, 4 November 2015

DENGKIL-MEMASANG SET TANGGA DAN PLATFORM STAINLESS STEEL MENARA PENINJAU WETLAND.

Memasang Set Tangga Stainless Steel Dan Platform Frp Di Paya Indah Wetland, Dengkil.

         Salam tuan yang budiman. Minggu ini kami memulakan projek membina tangga stainless steel di Paya Indah Wetland. Tangga lama yang kelihatan telah uzur akan diganti dengan baru yang diperbuat dari bahan logam tahan karat ,stainless steel.
        Proses ini agak rumit dan perlu teliti memandangkan setiap tangga mempunyai ukuran yang tidak seragam.
         Lantai platform juga telah kelihatan uzur . Ia akan diganti dengan bahan frp (fibreglass reinforcement plastic).
         Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut.

1)Frame stainless steel dipasang dulu di site mengikut
   kesesuaian setiap level tangga.







2)Frame stainless steel dibuka dan dibawa ke bengkel utk welding penuh dan proses polish.


3)Pemasangan semula railing tangga stainless steel di site.







4)Memasang lantai platform dengan frp grating(fibre glass reinforcement plastic).
    i)Papan lantai lama yang telah reput dibuka
    ii)Palang lantai dipasang menggunakan C channel
    iii)Palang besi dicat dengan warna alumunium



    iv) Pemasangan frp grating dilakukan.











    Semoga memberi manafaat kepada anda.
Sekian Terima kasih.