Halaman

Projek-projek terdahulu.

                Halaman ini memuatkan beberapa projek yang telah dijalankan beberapa tahun lepas. Kebanyakannya adalah projek kali pertama seperti memasang frame pintu bilik air, memasang pintu utama rumah  dengan pintu berkaca, memasang tile lantai dan tangga, membuat kolam ikan, membuat pangkin dan membuat pagola. Walaupun kali pertama banyak tinjauan, penelitian, pemerhatian dan kajian dilakukan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja dilakukan.

Projek 1:   : Membuat Pangkin.
          

Binaan pangkin diletak di atas kolam dan di bawah pagola.


Gambar di atas adalah gambar Pangkin yang diperbuat daripada kayu terpakai jenis Cengal .
Gambar di awal pembuatan pangkin .

 
Pandangan sisi.



Pangkin yang baru siap disapu varnis.
 
2: Membuat kolam ikan 











Kolam bersaiz 4 x 8 kaki diperbuat daripada binaan simen dengan tambahan bahan cecair waterproff menjadikan kolam tahan bocor dan sistem penyambungan terus dengan gutter menyalurkan air hujan ke kolam menjadikan air kolam sentiasa bertukar air tanpa perlu menukar air kotor juga dengan sistem penapisan mesra alam menjadikan tumbuhan apung (Pokok Keladi Bunting) sentiasa hijau dengan baja semulajadi dari mendapan kolam yang dipump ke dalam kolam kecil binaan secara berasingan menjadikan ikan kelah merah di dalam kolam hidup sihat dan ceria.

Kolam diawal pembinaa, ujian tahap kebocoran.
Cubaan pertama memelihara ikan tilapia merah selepas kolam siap.


Projek 3:  Memasang pintu utama rumah

Pintu Utama Rumah Berkaca diperbuat daripada kayu jenis Resak.



Projek 4 : Membuat Pagola.



Pagola diperbuat daripada kayu jenis Cengal terpakai, dipadankan dengan set Pangkin yang diperbuat daripada kayu yang sama. Dengan adanya tumbuhan menjalar di atas dan kolam ikan di bawah Pangkin menjadikan ia ruang rehat yang cukup redup dan nyaman.
Semasa pembinaan awal- cubaan memotong hujung kayu pagola berlekuk menggunakan Jig Saw machine.
Peringkat seterusnya- membina palang pagola.
Binaan pagola telah siap didirikan.
 
Projek 5: Membuat set pasu berpili.

Set Pasu Berpili
  
Pili dengan air paip bersih.


Pasu berpili amat sesuai dibina di hadapan rumah. Biasanya di kampung-kampung pili akan dibina di sebelah tangga rumah depan untuk memudahkan mencuci kaki sebelum naik ke rumah. Di zaman kini ramai orang suka membina hiasan pasu berpili di ruang taman mini dan di sudut-sudut rehat sebagai penyeri ruang. Batuan kecil akan disusun di bawah jatuhan air sebagai penghalang percikan air . Dengan adanya set pasu berpili begini di ruang depan rumah banyak fungsinya dapat dimanafaatkan antaranya sebagai tempat mengambil wuduk, mencuci kereta, basuh tangan dan kaki dan sebagainya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan