Halaman

Rabu, 27 Februari 2013

PEMASANGAN AWNING RUMAH.


            Setiap kita mengimpikan kehidupan selesa dengan memiliki tempat kediaman selesa dan persekitaran sebaik yang mungkin, paling tidak pun sebagai tempat berteduh dari panas dan hujan. Sayang sekali tidak semua kediaman yang kita beli memiliki tempat parkir berbumbung. Jika ada pun kadang kala hanya sebahagian kecil ruang sahaja, jika hujan turun maka sebahagian kawasan depan rumah kita akan basah dan kuyup. Paling kurang selesa ketika waktu awal pagi ketika kita hendak keluar rumah atau menghantar anak ke sekolah lalu tiba-tiba  hujan turun dengan lebatnya. Mahu tidak mahu terpaksa juga diharungi dengan payung.
            Tetapi alangkah baiknya jika tempat parkir kereta memiliki bumbung, tidak perlu lagi bersusah payah mengharungi  kebasahan hujan. Segala tugas dapat dilakukan dengan lancar seolah-olah cuaca tidak memberi gangguan kepada rutin harian kita di awal pagi.
            Tidak semua orang mampu merealisasikan setiap kehendak mereka . Mereka mempunyai sebab masing-masing. Faktor terpenting biasanya ialah  faktor kewangan dan hampir semua daripada kita pasti bersetuju dengan pendapat ini.. Begitu jugalah dengan saya.
            Jika kita anggarkan secara kasar kos keseluruhan membuat bumbung awning untuk jenis paling biasa adalah sekitar RM3500 - RM5000. Ada kalanya mencecah puluhan ribu  ringgit , hanya untuk bumbung depan rumah sahaja. Saya maksudkan untuk mereka yang mempunyai bajet kewangan yang ketat ini pasti akan menghalang segala kemahuan kita. Ia bergantung kepada tahap ekonomi sesebuah keluarga masing-masing. 
             Lazimnya renovation atau penambahbaikan kediaman dapat dilakukan  dengan sokongan kewangan yang datangnya dari pelbagai sumber, antaranya yang paling biasa ialah refinance atau pembiayaan semula pinjaman perumahan. Ini dapat dilakukan hanya untuk rumah yang telah lama dibeli dan perbezaan baki pinjaman dengan jumlah pinjaman yang baru akan menentukan jumlah wang yang akan peminjam perolehi. Perbezaan faedah bank juga akan memberi kesan sedikit sebanyak. Semua terletak pada pilihan peminjam dan penilaian bank kepada peminjam.
              Cara lain adalah melalui pinjam peribadi ,bonus hujung tahun atau keuntungan pelaburan pendapatan sampingan jika ada. 

3 ulasan:

  1. Salam....saya membuka tawaran kpd sesiapa yg brminat ingin mmbina set awning dengan kos yg sgt munasabah. Utk info saya tidak memilki bengkel khas maka sy dpt kurangkn kos dr segi itu dan sebarang pertanyaa sgt2 dialu-alukan. Terima kasih.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum tuan,

    Di sini saya ingin meminta pendapat tuan, saya ada buat tambahan depan.

    1. Saya dah minta org bengkel besi utk buat awning...

    2. Boleh kah jika lekatkan besi itu pada papan layar sahaja kuat tak ? Ataupun kena buat wall plak di dinding

    3. Gambar di sini https://www.facebook.com/photo.php?fbid=670204306369963&set=a.437544856302577.121774.100001411984223&type=1&theater

    4. Sekian, terima kasih.

    BalasPadam
  3. Maaf tuan sy tk dpt nk buka pic dlm addrs tuan....bagaimn pn sy ingin mengulas sedkit masslh tn...
    Utk pemassngn awning mggunakn besi besat dan berat dinasihtkn pasangkn pada simen atau pd beamkonkrit dgn wal/boltl plug besar sbb atas faktor keselamatn....jika awning sikit dan ringan mgkn blh plug kn pd struktur kayu tp pd sy jangan ...kayu ada tempoh hayat trtentu ...smpai masa akan reput sdgkn berat besi tidk menyusut...

    BalasPadam