Halaman

Sabtu, 23 November 2013

MEMBINA DINDING DEPAN TADIKA.




MEMBINA DINDING DEPAN TADIKA.
Projek ini adalah lanjutan dari projek terdahulu setelah pemasangan awning polycarbonat depan tadika siap. Ia adalah satu projek berterusan dengan tempoh yang panjang .Tujuan ialah bagi menyiapkan ruang yang bebas dari tempias hujan dan panas bagi tujuan aktiviti tadika . Tetulang dinding dibina dari besi 2 x 2 inci dengan ketebalan 1 mm dan tiang asas menggunakan besi lebih tebal 1.2 mm dengan saiz yang sama.
                Manakala dindingnya diperbuat dari gentian ceiling asbestos yang lazimnya orang gunakan bagi membuat ceiling rumah. Terdapat 2 sais ceiling di pasaran iaitu 2 x 5 kaki dan 4 x 4 kaki. Setiap ceiling akan dilekatkan kepada tetulang besi dengan menggunakan gam khas yang sangat kuat dan mampu memegang ceiling bersama besi dengan cukup baik. Walaupun mengambil sedikit masa untuk mengering namun hasilnya sangat memuaskan.
                 Kemasan lantai akhirnya disempurnakan dengan kemasan cat khas untuk lantai yang tahan air (akua paint) dengan warna merah hati.
                 Akhir sekali 2 set lampu kalimantang dipasang pada bumbung dan satu set kipas industri dipasang bagi memberi keselesaan kepada pelajar dan guru .Wiring juga disempurnakan dengan jayanya dengan menitikberatkan soal keselamatan dengan memasang conduet bagi mengelakkan litar pintas berlaku memandangkan struktur asas hampir keselurukan adalah dari besi.

Ruang depan yang terdedah tempias hujan dan panas.

Keadaan sebelum ubahsuai dilakukan.
Ruang sisi tepi paling  terdedah kepada hujan dan panas. Tetulang dinding telah mula dipasang.
Ruang depan yang telah siap dipasang dinding .
Dinding sisi telah mula dipasang,
Pemasangan sampai ke tingkat kedua
 


Dinding sisi kanan dipasang dinding hanya satu tingkat sahaja.
Lantai di cat merah hati.
Lantai simen yang telah dicat dengan cat lantai khas tahan air.

RAK BUKU.

RAK BUKU.
Projek kali ini ialah menyiapkan set rak buku/kitab bagi kegunaan surau. Lokasi ialah surau Desa Anggerik, Nilai, N.Sembilan. Tarikh projek ialah 23.9.2013.
Peralatan diperlukan;
1) Papan plywood tebal 10 mm
2)Gam silikon khas untuk kayu
3)Paku
4)Tukul
5)Gergaji mesin
6)Handrill
7)Grinder (dengan mata potong papan)
Berikut adalah beberapa gambar di sepanjang proses tersebut:

Memotong papan menggunakan alat grinder dengan mata kayu.


Papan dipotong mengikut ukuran khas.

Gam kayu yang tahan diguna bagi memegang papan dengan lebih kuat.





Gam papan atas dan bawah.


Peringkat terawal proses ,papan dipasang dengan teliti.
Mengukur sebelum dipotong.

Beberapa peralatan yang diguna semasa pembuatan dilakukan.

Tukul, Mesin gergaji besi(vertikal), grinder, gam kayu, tape pengukur dan handrill machine.

Dua set rak buku yang telah siap .

Menunggu untuk proses mengecat.

Berikut adalah gambar rak yang telah siap dipasang pada ruang hadapan surau.

Rak buku di susun bersama kitab suci dan buku-buku tafsir lain.

Ruang atas juga boleh berfungsi sebagai para.
Pandangan depan rak buku yang telah siap dipasang .