MEMBINA DINDING DEPAN TADIKA.
Projek ini adalah lanjutan dari projek terdahulu setelah pemasangan awning polycarbonat depan tadika siap. Ia adalah satu projek berterusan dengan tempoh yang panjang .Tujuan ialah bagi menyiapkan ruang yang bebas dari tempias hujan dan panas bagi tujuan aktiviti tadika . Tetulang dinding dibina dari besi 2 x 2 inci dengan ketebalan 1 mm dan tiang asas menggunakan besi lebih tebal 1.2 mm dengan saiz yang sama.
Manakala dindingnya diperbuat dari gentian ceiling asbestos yang lazimnya orang gunakan bagi membuat ceiling rumah. Terdapat 2 sais ceiling di pasaran iaitu 2 x 5 kaki dan 4 x 4 kaki. Setiap ceiling akan dilekatkan kepada tetulang besi dengan menggunakan gam khas yang sangat kuat dan mampu memegang ceiling bersama besi dengan cukup baik. Walaupun mengambil sedikit masa untuk mengering namun hasilnya sangat memuaskan.
Kemasan lantai akhirnya disempurnakan dengan kemasan cat khas untuk lantai yang tahan air (akua paint) dengan warna merah hati.
Akhir sekali 2 set lampu kalimantang dipasang pada bumbung dan satu set kipas industri dipasang bagi memberi keselesaan kepada pelajar dan guru .Wiring juga disempurnakan dengan jayanya dengan menitikberatkan soal keselamatan dengan memasang conduet bagi mengelakkan litar pintas berlaku memandangkan struktur asas hampir keselurukan adalah dari besi.
Ruang depan yang terdedah tempias hujan dan panas. |
Keadaan sebelum ubahsuai dilakukan. |
Ruang sisi tepi paling terdedah kepada hujan dan panas. Tetulang dinding telah mula dipasang. |
Ruang depan yang telah siap dipasang dinding . |
Dinding sisi telah mula dipasang, |
Pemasangan sampai ke tingkat kedua |
Dinding sisi kanan dipasang dinding hanya satu tingkat sahaja. |
Lantai di cat merah hati. |
Lantai simen yang telah dicat dengan cat lantai khas tahan air. |