Halaman

Ahad, 30 Mac 2014

MEMBINA SET GRILL DI DESA CEMPAKA 3.


MEMBINA SET GRILL DI DESA CEMPAKA 3.
                 Terima kasih saya ucapkan kepada Puan Noni kerana memilih saya bagi menjayakan projek ini.Projek ini telah bermula pada 27/3/2014 .Projek membina set grill ini merupakan projek pertama saya berkaitan dengan grill. Saya telah banyak membuat penelitian secara lengkap tentang bagaimana grill berfungsi dan langkah-langkah pembinaan dengan teratur.
                 Akhir sekali saya telah membuat keputusan membeli satu set welding jenis MIG yang mana ia amat sesuai bagi kerja-kerja membuat grill iaitu menggunakan besi nipis dan bersaiz kecil. Jika kita menggunakan alat welding jenis arka atau rod banyak kecacatan akan timbul antaranya ialah besi berlubang dan finishing welding tidak elok. Walau bagaimanpa pun ia bergantung kepada kepakaran individu masing-masing. Bagi saya menggunakan alat wding jenis MIG adalah yabg yang terbaik ketika ini.

Berikut adalah beberapa gambar dari projek tersebut:

Grill Pintu Sliding.

Tingkap bilik depan.
Pintu sliding dipasang sememtara sebelum dicat.

Sebelum dipasang sliding door.
Grill untuk tingkap tandas.
Frame pintu belakang .
Sliding door- pasang roller.
Kerja-kerja gringer -melicinkan sisa kasar welding.

Railing bar- dipasang flat bar sebagai pengasing roller.
Grill untuk tingkap depan- posisi baring.
Grill tingkap belakang- 3 buah.


Pintu sliding dicat dengan warna putih.
Pintu grill belakang sebelum dipasang.
Pintu grill belakang selepas dicat putih.

1 ulasan:

  1. Proses membuat grill lebih rumit dan lama berbanding membuat awning rumah. Banyak besi perlu dipotong bagi menghasilkan satu set grill yang anggun dan terkini. Patern yang Puan Noni pilih ini agak rumit tetapi menarik.

    BalasPadam