Halaman

Khamis, 25 September 2014

MEMASANG SET AWNING BENTUK A DI BNDR SERI PUTRA

Tarikh: 22/9/2014

Lokasi projek: Bandar Seri Putra, Bangi
    Salam tuan yang budiman. Kali ini saya akan paparkan satu projek memasang awning bentuk A di lokasi Bandar Seri Putra.
         Persediaan awal dilakukan dengan membuat ukuran dan pemasangan struktur sebenar di bengkel tetapi menggunakan tiang sementara. Setiap struktur dipotong kemudian dipasang dan ditanda mengikut plan asal.
        Berikut adalah sebahagian projek awal yg sempat kami rakamkan.





   Struktur di atas boleh dipadankan dengan pemasangan genting samada genting biasa atau genting kualiti terbaik dengan modifikasi pada palang utama untuk menguatkan struktur. Semoga memberi manafaat  kepada pembaca .

Selasa, 23 September 2014

AU KL-MEMASANG SET METAL AWNING DAN SET POLY DI KERAMAT AU

Tarikh: 20/9/2014





   
 Salam tuan dan puan yang budiman. Kali ini saya akan paparkan satu projek memasang set awning  poly pada keluasan: 12x4 kaki persegi dan metal awning pada keluasan 24x12 kaki persegi. Projek ini mengambil masa 2.5 hari untuk disiapkan sepenuhnya atas faktor cuaca dan keadaan.
      Berikut adalah beberapa pic yang sempat saya ambil untuk paparan di sini.





NLI-MEMASANG SET GRILL DI BENGKEL/ WORKSHOP BARU KAMI

Tarikh: 2/9/2014
Lokasi: Putra Nilai, N.Sembilan

Syukur alhamdulillah kerana dengan sedikit ikhsanNya maka saya telah dikurniakan sebuah cita-cita yang kini menjadi kenyataan.
      Saya dengan rasa rendah diri memaklumkan bahawa saya telah membuka sebuah bengkel yang menjadi pusat persediaan awal segala aktiviti pembikinan projek.
      Dengan dibantu oleh dua orang tenaga muda yang penuh berdedikasi saya  mengharapkan akan dapat terus berkhidmat menyumbang daya kreativiti dalam penghasilan awning dan produk lain berasaskan besi dan logam kepada masyarakat.

MEMASANG SET POLY DI USJ

Tarikh projek: 28/9/2014
Lokasi: USJ , Subang Jaya, Selangor



           Salam tuan puan yang budiman. Kali ini saya akan paparkan satu projek memasang set polycarbonat solid ruang cornet lot di premis Ustazah Sharifah pada keluasan 51 x 7 kaki persegi.
           Berikut adalah beberapa pic yang dapat saya kongsikan bersama semoga bermanafaat kepada anda.





Di sini saya ingin merakamkan berbanyak terima kasih kepada Ustazah Sharifah kerana memberi saya projek ini. Saya juga mendoakan agar usaha murni lagi mulia Ustazah dalam mendidik anak setempat dalam ilmu fardhu-ain mendapat tempat yang sewajarnya di sisi Allah taala. Amin.