Lokasi projek: Bandar Seri Putra, Bangi
Salam tuan yang budiman. Kali ini saya akan paparkan satu projek memasang awning bentuk A di lokasi Bandar Seri Putra.
Persediaan awal dilakukan dengan membuat ukuran dan pemasangan struktur sebenar di bengkel tetapi menggunakan tiang sementara. Setiap struktur dipotong kemudian dipasang dan ditanda mengikut plan asal.
Berikut adalah sebahagian projek awal yg sempat kami rakamkan.
Struktur di atas boleh dipadankan dengan pemasangan genting samada genting biasa atau genting kualiti terbaik dengan modifikasi pada palang utama untuk menguatkan struktur. Semoga memberi manafaat kepada pembaca .