Halaman

Jumaat, 30 Januari 2015

MEMBINA SETOR PENYIMPANAN DI SURAU DESA ANGGERIK

Membina Setor Penyimpanan Di Desa Anggerik.


          Salam tuan yang budiman. Pada kali ini saya paparkan satu projek menyiapkan sebuah setor penyimpanan peralatan surau di Desa Anggerik, Nilai.
          Keluasan setor ialah 20x13 kaki. Konkrit setinggi satu kaki dari tanah dibina sebelum struktur besi dipasang.
          Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut. Semoga memberi manafaat kepada pembaca. Terima kasih.









Selasa, 27 Januari 2015

P.ALAM-MEMASANG RAILING TANGGA DAN BALCONY DI SHAH ALAM.

Memasang Railing Tangga dan Railing Balcony.


        Salam tuan yang budiman. Minggu ini saya telah diberi peluang untuk memasang set railing tangga dan balcony di rumah tiga tingkat dalam pembinaan milik En Meor di Puncak Alam.
        Berikut adalah beberapa pic yang sempat saya ambil untuk tatapan semua.  Semoga memberi manafaat kepada pembaca.











    

                Semoga memberi manafaat kepada anda. 

TIARA H-MEMASANG SET POLY DI TIARA HEIGHT.


Memasang Set Poly Di Tiara Height, Nilai.

          Salam tuan yang budiman. Minggu ini saya paparkan satu projek memasang set poly di kediaman En Firdaus di Tiara Height, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.
           Saiz binaan ialah 22x3 kaki. Ini merupakan projek phasa pertama beliau. Memandangkan beliau mempunyai plan untuk memasang bahagian depan secara lapis maka saya memilih struktur yang kukuh walaupun saiz tidak besar supaya projek phasa kedua nanti lebih mudah.
          Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut. Semoga ada manafaatnya kepada pembaca.

       








Isnin, 26 Januari 2015

D.MELATI-MEMASANG SET POLY DI DESA MELATI 2.

Memasang Set Poly Di Desa Melati 2.

          Salam tuan yang budiman. Kali ini saya akan paparkan satu projek memasang poly di kediaman En Fairuz di Desa Melati 2, Nilai.
          Keluasan binaan ialah 22x13 kaki. Beliau memilih warna Embose Green dengan kod CS-D01. Struktur teras saya menggunakan besi hollow 2x5 inci.
          Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut.






          Semoga memberi manafaat kepada pembaca.






Sabtu, 17 Januari 2015

MEMASANG TANGKI AIR STAINLESS STEEL.

Memasang Tangki Air Stainless Steel.


          Salam tuan yang budiman. Minggu ini saya paparkan satu projek memasang tangki air jenis stainless steel di kediaman beliau di Desa Kasia , Nilai.
          Pemasangan tangki air ini tidak mudah tetapi tidak terlalu payah, cuma ada kalanya beberapa perkara tidak diduga boleh menyebabkan pemasangan menjadi lewat antaranya posisi tangki yang akan diletakkan, kedudukan atau struktur atau tulang bumbung menghalang, saiz fitting yang tak standard dan banyak lagi.
         Kos upah pemasangan adalah dalam anggaran rm500-rm600 termasuk fitting parts adalah munasabah. Fitting parts kos dalam anggaran rm100-rm200 bergantung kepada kualiti parts dan jarak sumber air(inlet pipe). Kos tangki bersaiz 1000 liter adalah rm950 sebuah.

         Semoga memberi manafaat kepada anda.