Halaman

Sabtu, 17 Januari 2015

MEMASANG TANGKI AIR STAINLESS STEEL.

Memasang Tangki Air Stainless Steel.


          Salam tuan yang budiman. Minggu ini saya paparkan satu projek memasang tangki air jenis stainless steel di kediaman beliau di Desa Kasia , Nilai.
          Pemasangan tangki air ini tidak mudah tetapi tidak terlalu payah, cuma ada kalanya beberapa perkara tidak diduga boleh menyebabkan pemasangan menjadi lewat antaranya posisi tangki yang akan diletakkan, kedudukan atau struktur atau tulang bumbung menghalang, saiz fitting yang tak standard dan banyak lagi.
         Kos upah pemasangan adalah dalam anggaran rm500-rm600 termasuk fitting parts adalah munasabah. Fitting parts kos dalam anggaran rm100-rm200 bergantung kepada kualiti parts dan jarak sumber air(inlet pipe). Kos tangki bersaiz 1000 liter adalah rm950 sebuah.

         Semoga memberi manafaat kepada anda.




1 ulasan:

  1. Ini atas bumbung ke? saya tgk ada rumah pasang kat bawah. sebab berat ke macam mana?

    BalasPadam