Halaman

Selasa, 18 Oktober 2016

MEMASANG SET PAM AIR DI SURAU , KAJANG.

Memasang Set Pam Air Di Surau Al Islah, Kajang.


            Salam  tuan yang budiman. Minggu ini saya paparkan satu projek memasang set pam air di Surau Al Islah , Kajang.
            Surau Al Islah ialah salah satu surau yang mendapat kebenaran didirikan solat jumaat oleh jabatan terlibat. Surau Al Islah telah menghadapi masalah tekanan air rendah terutama ketika waktu puncak iaitu ketika hari jumaat. Tempat wuduk wanita adalah yang paling terjejas. Atas sebab itu pihak barisan ajk surau telah bermesyuarat mencadangkan dipasang pam air bagi menambah tekanan air.
            Saya memilih pam air(booster pump) 1 HP,  jenama Tsunami buatan Jepun, model CMH4-40K. Model ini mampu membekal tekanan hampir 40 pili paip dengan satu tangki air khas dan menggunakan pvc atau poly paip saiz 32mm.
            Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut. Semoga memberi manafaat kepada anda.



            Pihak surau mahu sistem paip dwi-fungsi di mana pam boleh berfungsi tanpa sokongan pam , maksudnya dalam keadaan biasa pam menggunakan tekanan air dari jba dan pam boleh di switch on-off bila- bila masa. Beberapa stock-off dipasang dan one- way  valve juga dipasang bagi tujuan tersebut.

            Sekian , terima kasih.
Apg Steel Enterprise.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan