MEMASANG SET AWNING DI LALUAN TEMPAT WUDUK SURAU DESA ANGGERIK, NILAI
Salam tuan yang budiman. Minggu ini saya paparkan satu projek memasang set awning di laluan tempat wuduk di surau Desa Anggerik, Nilai , Negeri Sembilan.
Projek ini melibatkan kawasan laluan sepanjang hampir 80 kaki di sepanjang koridor ruang aktiviti surau.
Kami menggunakan besi hollow agak besar iaitu hollow ms 2" x 3" SUPAYA binaan lebih kukuh dan kelihatan kemas. Warna struktur dipadankan dengan binaan bangunan asal iaitu warna Black Matt.
Binaan struktur tersebut kami juga sesuaikan dengan rancangan akan datang sekiranya mahu memasang set dinding kaca dsb di masa akan datang. Dengan itu struktur asas telah tersedia.
Berikut adalah beberapa foto dari projek tersebut. Semoga memberi manafaat kepada anda.
Sekian terima kasih
Muhlis
Apg Steel Enterprise
019 3005692
You tube Channel : Abang Besi Nilai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan