Jumaat, 17 Januari 2014

MEMBINA SET AWNING DI MANTIN, NS.

Awal January saya menerima tawaran dari En Hafiz , pemilik rumah di Taman Keledang, Mantin, N, S. Beliau berminat memasang bumbung awning dengan patern pagola tetapi menggunakan besi sepenuhnya.
           Keluasan depan rumah beliau ialah 22x16 kaki dan satu ruang tanpa bumbung berkeluasan 10x10 kaki perlu ditutup agar bebas dari panas dan hujan.
           Projek bermula pada 11/1 dan mengambil masa dua setengah  hari untuk selesai sepenuhya. Projek dilaksanakan sepenuhnya di rumah dan menggunakan dua tenaga kerja yang hebat.
           Seperti biasa saya menggunakan besi 4x4 inci sebagai tiang, manakala besi hollow 2x4 inci sebagai palang utama. Saya menggunakanzink jenis industri berwarna merah hati sebagai bumbung. Di setiap hujung hollow saya gunakan steel plate 2inci bagi menutup setiap lubang dipotong.
Berikut adalah beberapa foto dari projek tersebut;




Foto dari projek di Taman Keledang ,Mantin , N.Sembilan.

1 ulasan:

  1. Rumah di Taman Keledang mempunyai satu bahagian di kawasan porch tanpa bumbng berkeluasan 10x10 kaki persegi yang menjadi tanda tanya ktepada oara pemilik rumah masing2.Rata2 mereka mahu menutup bahagian tersebut.

    BalasPadam