Selasa, 29 Oktober 2013

Batu Bata RINGAN/AAC Block @ CLC

Pada masa lalu, material yang utama yang digunakan sebagai pasangan dinding adalah batu bata yang diperbuat dalam tanah merah yang dibakar. Seiring dengan perkembangan zaman, maka muncul pelbagai alternatif lainnya. Dan ketika ini, material untuk pemasangan dinding yang sedang popular selain batu bata adalah AAC Block atau Bata Ringan.
Apakah kelebihan dan kekurangan batu  bata ringan? Berikut adalah huraiannya.

Kelebihan Batu Bata :
  1. Tidak memerlukan kemahiran yang tinggi dan teknikal semasa pemasangan
  2. Ukurannya yang kecil memudahkan untuk pengangkutan  atau membentuk struktur binaan yang kecil
  3. Kos bahan adalah rendah
  4. Mudah diperolehi dari pembekal atau kedai hardware
  5. Tidak perlu perekat yang khusus cukup dengan simen biasa

Kekurangan Batu Bata :
  1. Sukar membina struktur yang kemas dan rapi.
  2. Ruang senggang antara satu sama lain kelihatan ketara terutama pada perekat simen agak jelas.
  3. Kualiti batu bata tidak seragam dan ukuran antara satu sama lain juga banyak perbezaan menyebabkan banyak pembaziran semasa pemasangan.
  4. Akibat dari faktor kerumitan di atas maka banyak simen diperlukan untuk kerja-kerja finishing di akhirnya dan kos simen  semasa kerja plaster akan meningkat.

Kelebihan AAC Block (Bata ringan) :
  1. AAC Block atau singkatan dari Autoclaved Aerated Concrete Block memiliki ukuran dan kualiti yang seragam sehingga dapat  menghasilkan pasangan bata yang rapi.
  2. Tidak memerlukan senggang yang luas sehingga menjimatkan penggunaan perekat/simen.
  3. Lebih ringan dari pada bata biasa dengan itu ia mengurankan beban berat pada truktur beam dan tiang. Ia juga memudahkan dari segi pengangkutan .
  4. Bentuk bata yang lebar menyebabkan kerja-kerja pemasngan lebih cepat dan menjimatkan kos dan masa
  5. Tidak memerlukan plasteran yang tebal, umumnya ditentukan hanya 2.5 cm sahaja.
Kekurangan AAC Block (Bata ringan) :
  1. Karena ukurannya yang besar, untuk ukuran yang tidak sepadan, ia akan membuatkan pembaziran yang lebih besar.
  2. Perekat yang digunakan perlulah disesuaikan dengan ketentuan pembinaannya. Umumnya adalah simen segera yang telah sedia berada dipasaran.
  3. Memerlukan pekerja mahir dalam bidang ini bagi mengelakkan pembaziran dan mutu pemasangan yang rendah.
  4. Jika terkena air, maka untuk menjadi benar-benar kering diperlukan waktu yang lebih lama dari bata biasa. Jika kerja plaster dilakukan pada ketika batu bata basah maka akan kelihatan timbul tompok kekuningan pada  plasteran  akibat dari air dalam bata tersebut.
Dalam mencari kesempurnaan perlu ada kepada kepelbagaian dalam menentukan mana satu yang terbaik. Walaubagaimana pun kedua-duanya bermanafaat kepada kita asalka cara dan teknik yang betul tinggal lagi keutamaan mana yang kita pilih, kos atau teknik yang utama.Semoga huraian ini mampu memberi anda sedikit ilmu untuk di pergunakan sebelum membuat keputusan terbaik.
                                                                        Awming ,pagola dan grill@blogspot.com

1 ulasan:

  1. batu ringan ni sesuai atau tidak di gunakan di bahagian toilet??
    berapa berat maksimum batu ringan boleh tahan untuk gantung sesuatu barang?? contoh seperti sinki yg di support dgn hollow section dan di cantikkan dengan marble..

    BalasPadam