Khamis, 10 September 2015

ENSTEK-MEMASANG SET PAGAR BRC FENCING @ ANTI CLIMB GATE.

Memasang Set Pagar BRC Fencing @ Anti Climb Gate.

        Salam tuan yang budiman. Minggu ini saya paparkan satu projek memasang pagar FC Fencing atau Anti Climb Gate di Embun, Enstek milik En Khalid.
        Terdapat beberapa pilihan saiz di pasaran tetapi saiz yang paling biasa dipasang di kediaman perumahan adalah saiz berikut; tinggi 4 kaki, panjang 8 kaki, spacing 2"x6" dan ketebalan 5mm. Begitu juga warna pagar. Terdapat waena alumunium (warna asal GI), Coklat gelap dan hitam . Tetapi warna yang biasa dipasang ialah warna asli (GI- Galvanised).
        Pagar jenis ini adalah pagar model agak baru dan kian popular di kalangan sektor pembinaan. Kini banyak dipasang di kawasan perumahan baru yang moden. Harganya juga bukanlah murah . Ini mungkin berlaku di atas faktor material dan ketahanan(kekukuhan) serta keyakinan pengguna.
      Beberapa kelebihan dan kekurangan pagar ini yang dapat saya nyatakan serba sedikit;
Kelebihan:
1)Tahan karat sebab menggunakan material logam galvanize.
2)Kuat serta kukuh sebab menggunakan besi padu (tidak berongga kecuali pada
    struktur tiang).
3)Mudah dipasang , boleh diaplikasikan dengan menggunakan kaedah pemasangan
   bolt plug dan skru khas.
4)Anti climb , di rekabentuk agar tidak mudah dipanjat samada oleh kanak-kanak
    atau dewasa.
5)Keselamatan, mempunyai struktur yang tidak mudah diurai apabila dipotong , setiap
   satu cantuman besi amat kukuh dan rapat-rapat (tahap keselamatan tinggi).
6)Kelihatan kemas serta tersusun.
Penambahan;
1)Kos barang agak mahal.







           Berikut adalah beberapa pic yang sempat saya rakam untuk tatapan umum. Semoga memberi manafaat kepada anda,.

5 ulasan:

  1. Cantik dan kemas...berapa harga pemasangan ...ikut kaki ke?

    BalasPadam
  2. ingin mendapatkan quotation pasang pagar
    harap bantu

    BalasPadam
  3. Kos pemasangan pagar brc dikira secara harga kos barang tambah kos labour. Disamping itu sekiranya lantai asal adalah tanah maka akan ada penambahan untuk kos footing (konkrit pegang tiang).
    Untuk quotation sila nyatakan lebar x tinggi pagar. Wassup ke no 0193005692 atau email ke apgsteel@gmail.com
    Terima kasih.

    BalasPadam