Rabu, 27 Februari 2013

PROJEK 1: MEMASANG AWNING POLYCARBONAT (BUMBUNG RATA)


              Memasang awning polycarbonate merupakan projek pertama yang saya lakukan secara solo dengan  pengalaman yang banyaknya datang melalui bacaan, pemerhatian dan pandangan rakan-rakan. Cabaran awal datang dari rekabentuk sebab ia melibatkan beberapa aspek yang tidak boleh dipandang ringan terutamanya melibatkan aspek keselamatan nyawa. Projek ini dijalankan di sebuah rumah corner lot di Desa Anggerik ,Nilai dengan keluasan binaan 546 kaki persegi (14x16 kaki  dan 14x23 kaki) dengan kos bahan keseluruhan anggaran rm3000 (Jika harga kontraktor biasa dalam anggaran rm7500).
               Sebagai langkah awal pemilihan jenis besi dan  saiz menjadi keutamaan, kemudian barulah faktor kos diambil kira. Saya memilih besi jenis Mild Steel Hollow saiz 3x2 inci dengan ketebalan 1.2mm sebagai besi palang manakala tiang saya menggunakan besi bulat B/Pipe AAA  saiz 2.5 inci .

                                                   Sebahagian besi sebelum dicat anti-karat.
 Berikut adalah barang-barang yang diperlukan dalam projek ini;
    Barang                                                     Harga /item          Jumlah     Harga penuh       
1) Besi 2x2 in x 1.2mm x 6 mtr                     rm43                    8 btg       rm344         
2) Besi 2x3 in x 1.2mm x 6 mtr                     rm51.50               8 btg       rm412
3) Besi bulat 2 1/2in x1.2mm(AAA) x 6mtr   rm73                    1 btg       rm73
4) Cat anti-rust Mega Black                          rm68                    1 tin        rm68
5) Screw DX 2 in (steel)                               rm78                     1 box     rm78
6) Polycarbonate                                           rm8.80/sguare run               rm2112  
    (Brown Colour 1.0 mm Corrugated Sheet)
     6 pcs - 16x140.8  = rm844.80
     6 pcs - 20x 176.0 = rm1056.00 
     6 pcs - 4x 35.20   = rm211.20
7) Penghantaran    -2 kali                                                                          rm20
     Jumlah keseluruhan                                                                       RM3107.00 


                                         Peringkat pemasangan bumbung.                                    



                                         Pemasangan bumbung -imej dari bawah.

PEMASANGAN AWNING RUMAH.


            Setiap kita mengimpikan kehidupan selesa dengan memiliki tempat kediaman selesa dan persekitaran sebaik yang mungkin, paling tidak pun sebagai tempat berteduh dari panas dan hujan. Sayang sekali tidak semua kediaman yang kita beli memiliki tempat parkir berbumbung. Jika ada pun kadang kala hanya sebahagian kecil ruang sahaja, jika hujan turun maka sebahagian kawasan depan rumah kita akan basah dan kuyup. Paling kurang selesa ketika waktu awal pagi ketika kita hendak keluar rumah atau menghantar anak ke sekolah lalu tiba-tiba  hujan turun dengan lebatnya. Mahu tidak mahu terpaksa juga diharungi dengan payung.
            Tetapi alangkah baiknya jika tempat parkir kereta memiliki bumbung, tidak perlu lagi bersusah payah mengharungi  kebasahan hujan. Segala tugas dapat dilakukan dengan lancar seolah-olah cuaca tidak memberi gangguan kepada rutin harian kita di awal pagi.
            Tidak semua orang mampu merealisasikan setiap kehendak mereka . Mereka mempunyai sebab masing-masing. Faktor terpenting biasanya ialah  faktor kewangan dan hampir semua daripada kita pasti bersetuju dengan pendapat ini.. Begitu jugalah dengan saya.
            Jika kita anggarkan secara kasar kos keseluruhan membuat bumbung awning untuk jenis paling biasa adalah sekitar RM3500 - RM5000. Ada kalanya mencecah puluhan ribu  ringgit , hanya untuk bumbung depan rumah sahaja. Saya maksudkan untuk mereka yang mempunyai bajet kewangan yang ketat ini pasti akan menghalang segala kemahuan kita. Ia bergantung kepada tahap ekonomi sesebuah keluarga masing-masing. 
             Lazimnya renovation atau penambahbaikan kediaman dapat dilakukan  dengan sokongan kewangan yang datangnya dari pelbagai sumber, antaranya yang paling biasa ialah refinance atau pembiayaan semula pinjaman perumahan. Ini dapat dilakukan hanya untuk rumah yang telah lama dibeli dan perbezaan baki pinjaman dengan jumlah pinjaman yang baru akan menentukan jumlah wang yang akan peminjam perolehi. Perbezaan faedah bank juga akan memberi kesan sedikit sebanyak. Semua terletak pada pilihan peminjam dan penilaian bank kepada peminjam.
              Cara lain adalah melalui pinjam peribadi ,bonus hujung tahun atau keuntungan pelaburan pendapatan sampingan jika ada.