Jumaat, 12 Julai 2013

MEMBUAT PAGAR RUMAH PT5368

MEMBUAT PAGAR RUMAH PT5368

MEMANDANGKAN PAGAR RUMAH TELAH DIPINDAHKAN KE RUMAH LAIN MAKA PINTU BARU PERLU DIGANTI LAIN. PROJEK MEMBUAT TELAH DIRANCANG DENGAN TELITI SEJAK AWAL SEBELUM DIMULAKAN . MENGAMBIL KIRA DESIGN SENDIRI DAN KOS BAHAN BESI MAKA PROJEK INI DIMULAKAN DENGAN JIWA TENANG DENGAN HARAPAN HASILNYA JUGA KELAK LEBIH BAIK!
              MENGGUNAKAN BESI 2X3 SEBAGAI TERAS DAN BESI 1X2 SEBAGAI STRUKTUR KERANGKA. KOS DIBELANJAKAN SEBANYAK RM450. KOS BARANG AGAK MAHAL SEBAB MENGGUNAKAN BESI AGAK TEBAL BAGI MENJADIKAN STRUKTUR PAGAR LEBIH KUKUH DAN MUDAH DIWELDING.

LANGKAH PERTAMA MEMOTONG BESI PADA SUDUT 45 DARJAH PADA SETIAP SUDUT.

BESI 2X3 TEBAL 1.2MM SEBAGAI TIANG KERANGKA DAN PALANG /TERAS.
KERANGKA PAGAR SIAP DIWELDING
BESI PALANG DISUSUN SEMENTARA SEBELUM DIWELDING KEKAL
PAGAR DI PASANG SEMENTARA SAMBIL MENCARI POSISI KETINGGIAN YANG SESUAI.
PERBEZAAN PAGAR LAMA DAN PAGAR BARU.
PAGAR BARU YANG TELAH SIAP DIPASANG.
                   ALHAMDULILLAH, AKHIRNYA SIAP JUGA PAGAR YANG DIRANCANG NAMUN BEGITU MASIH ADA RUANG LAGI YANG PERLU DI TOUCH UP KEMUDIAN SEPERTI CAT DAN STOPPER.




MEMBINA JALAN ALTENATIF / MASUK

2) MEMBINA JALAN ALTENATIF / JALAN MASUK DARI BELAKANG.

PROJEK INI MELIBATKAN 3 PROJEK KECIL;
1) MEMBINA STRUKTUR KONKRIT MENUTUP LONGKANG SEBAGAI JALAN
2) MEMBINA TEMBOK PAGAR BELAKANG RUMAH
3) MEMASANG PINTU PAGAR BELAKANG

TARIKH :16/6/2013

PEMBINAAN PENGHADANG JALAN DI HADAPAN RUMAH TELAH MENYEBABKAN KAWASAN PARKIR YANG SEJAK LEBIH 7 TAHUN LEPAS DIGUNAKAN TELAH TERHALANG . INI MENYEBABKAN KAWASAN DEPAN RUMAH SESAK TERUTAMA DI AWAL PAGI SEWAKTU IBUBAPA MEMGHANTAR ANAK KE SEKOLAH. KEADAAN BERTAMBAH RUMIT DENGAN PELAJAR YANG RATA-RATANYA BERKERETA KE USIM JUGA BERKONGSI TEMPAT PARKIR YANG SAMA. 
        JUSTERU ITU KAMI TERPAKSA MEMIKIRKAN CARA LAIN UNTUK MEMINIMUMKAN SEBARANG RISIKO YANG MUNGKIN BERLAKU DENGAN MEMBINA JALAN ALTENATIF LAIN IAITU MEMBINA JALAN MASUK DARI BELAKANG. 


BAHAN PEMBINAAN TIBA DI BELAKANG
PANDANGAN DARI SISI BELAKANG SEBELUM KERJA BERMULA
PANDANGAN ATAS SIMEN TUA BASAH
MEMASANG BATA SEBAGAI TIANG TEMBOK SEBALAH KANAN
PANDANGAN SISI DEPAN SETELAH BATA SEPARUH  SIAP DIPASANG
PANDANGAN DARI SISI BELAKANG
PANDANGAN SISI TEPI BATA HAMPIR SIAP DIPASANG
PAGAR PINTU SIAP DIPASANG
ALHAMDULILLAH , AKHIRNYA SIAP JUGA PINTU BELAKANG DIPASANG DAN KERETA BOLEH MASUK DAN PARK DENGAN MUDAH. NAMUN BEGITU TEMBOK BELUM SIAP SEPENUHNYA DI MANA BATA PERLU MELALUI PROSES PLASTER .

  * INFO LANJUT SILA KE RUANGAN PROJEK TERKINI.

MEMASANG AWNING BUMBUNG BENTUK A.

PROJEK TERBARU BERMULA PADA AWAL FEBRUARY 2013 ,IAITU MEMASANG SET AWNING BUMBUNG BENTUK A DI RUMAH PT 5368 JALAN BBN 9/1, DESA ANGGERIK, 71800 NILAI, N.SEMBILAN.  KOS YANG DIBELANJAKAN UNTUK MEMBELI BARANG SAHAJA BERJUMLAH DALAM ANGGARAN  RM3800 . BUMBUNG BENTUK A MENGGUNAKAN LEBIH BANYAK BESI DAN BANYAK KERJA PEMOTONGAN PERLU DILAKUKAN BERBANDING BENTUK FLAT. GUTTER JUGA PERLU DIPASANG DI SISI KANAN DAN KIRI BUMBUNG BAGI MENGELAKKAN AIR HUJAN JATUH KE RUMAH SEBELAH.
                       BAGAIMANA PUN FIZIKALNYA KELIHATAN LEBIH MENARIK BERBANDING BENTUK RATA JADI PASTILAH KOS BURUHNYA LEBIH TINGGI.

BERIKUT ADALAH GAMBAR-GAMBAR DI AWAL PEMBINAAN:

Bina Palang Utama dengan besi 4x4 inci seperti di atas.
Besi 3x2 inci di potong untuk membina palang bentuk A.
Besi bumbung A dipasang satu persatu di atas palang utama sebelum di welding.
Pemasangan bumbung bermula dari depam ke belakang bagi memudahkan penyelarasan posisi bumbung depan.
Pandangan sudut bawah. Kelihatan rabung dipasang sebelum bumbung kiri siap supaya tidak perlu memijak bumbung.
Pandangan depan
PADA PERINGKAT INI HAMPIR 99% SIAP. ALHAMDULILLAH PROJEK DAPAT DILAKUKAN DENGAN SELAMAT DAN BERJALAN LANCAR HANYA FAKTOR MASA MENYEBABKKAN PROJEK LEWAT DISIAPKAN. MAKA DAPATLAH BERTEDUH DARI HUJAN PANAS PADA WAKTU-WAKTU TERTENTU.  

* INFO LANJUT SILA KE RUANGAN PROJEK-PROJEK TERKINI.