Memasang Set Motor Pam Air Di Rumah.
Salam tuan yang budinan . Pada kali ini saya akan paparkan satu projek memasang set pam air di kediaman milik En Asri di Nilai Impian.
Saya difahamkan bahawa sebahagian besar premis kediamam di sini menghadapi masalah tekanan air rendah. Setelah diperiksa saya mendapati bahawa puncanya adalah saluran keluar dari tangki adalah kecil walaupun pvc paip yang diguna setiapnya menggunakan saiz besar iaitu 25mm.
Memasang pam air memang sangat membantu. Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut.
Pam air adalah dari jenis auto berjenama Herchuan buatan Taiwan di mana apabila pili dibuka maka pam akan berfungsi dan akan berhenti apabila pili ditutup.
Sumber elektrik saya loop dari fius heater dibilik air master room. Mudah dikendalikan jika ada masalah. Stockoff juga saya telah pasang sebelum pam bagi memudahkan air segera ditutup jika ada sebarang kebocoran
Ada kemungkinan jika tekanan air terlalu kuat ia akan menyebabkan joint getah pada mesin basuh tercabut. Di sini tekanan air perlu diturunkan sedikit.
Sekian , semoga memberi manafaat kepada pembaca.