MEMBUKA DAN MEMASANG BUMBUNG MASJID AL-AZIM TMN SEMARAK, NILAI.
Salam tuan yang budiman. Minggu ini saya paparkan satu projek membuka dan memasang bumbung Masjid Al-Azim Tmn Semarak, Nilai.
Projek ini di bawah penyeliaan pihak JHEAINS (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam NS. Terima kasih kepada pegawai yang bertugas.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada Pengerusi Masjid Al-Azim Tmn Semarak, Hj Ali dan barisan ajk beliau yang penuh komitted memberi kerjasama dan bantuan perlu kepada pihak kami.
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar sebagai mana yang telah dirancangkan.
Berikut adalah beberapa foto dari projek tersebut. Semoga memberi manafaat kepada anda.