Isnin, 24 Februari 2014

RUMAH BESI (METAL HOME).



Contoh rumah besi.








BERIKUT ADALAH HIMPUNAN KOLEKSI RUMAH BESI ATAU RUMAH  DIBINA BERASASKAN DARI BESI . 

RUMAH BERASASKAN BESI SEMAKIN BANYAK DIBINA DISELURUH DUNIA DAN MENDAPAT TEMPAT DI HATI PEMBELI. RUMAH TERSEBUT DIBINA DENGAN HAMPIR 90 PERATUS  BESI DAN ADA YANG 50 PERATUS SAHAJA MENGGUNAKAN BESI. 

DI MASA KINI  SEMUA RUMAH DIBINA DENGAN MEMASUKKAN BESI KE DALAM  KONKRIT DI DALAM PEMBINAAN BEAM, TIANG ATAU LANTAI. BESI . IA MEMBERI SATU TAHAP KEKUKUHAN BARU YANG BERGANDA BERBANDING HANYA MENGGUNAKAN KONKRIT SAHAJA. BESI MEMEGANG STRUKTUR KONKRIT AGAR TIDAK MUDAH PECAH DAN RETAK . 

TERDAPAT BANYAK  KELEBIHAN RUMAH BESI BERBANDING RUMAH KONSEP LAIN DI ANTARANYA IALAH:

1) TAHAN DARI GEGARAN TERUTAMA GEMPA BUMI (TAHAP SEDERHANA
     - LUAR NEGARA)
2) RINGAN BENBANDING RUMAH BINAAN KONKRIT
3) LEBIH CEPAT DAN MUDAH DIBINA SEBAB KEBANYAKAN ADALAH 
    RUMAH PASANG SIAP
4) KEMAS DAN CANTIK MEMANDANGKAN BAHAN-BAHAN TELAH SIAP 
    DALAM UKURAN TERTENTU
5) KOS BINAAN ADALAH LEBIH MURAH BERBANDING SAIZ (MENGAMBIL 
    KIRA KOS BURUH ,KOS MASA DAN KOS JAMINAN)
6) MUDAH DI BUKA SEMULA JIKA MAHU PINDAH ATAU UBAHSUAI RUMAH
7) BESI LUSUH(BESI BURUK) MASIH MEMPUNYAI HARGA JIKA RUMAH PERLU 
    DI ROBOHKAN
8) LAIN-LAIN


























*Sumber foto dari laman intenet.

Isnin, 3 Februari 2014

MEMBINA SET AWNING DI TAMAN DESARIA, NILAI.

Tarikh :9/2/2014
Lokasi: Taman Desaria Nilai, N.Sembilan.

           Pada kali ini saya akan paparkan sedikit projek membina awning milik Encik Khairil dari Taman Desaria, Nilai 3, N.S.
Saiz depan rumah beliau yang akan di tutup ialah 17.5 X 20 kaki. Projek ini mengambil masa 2 hari untuk disiapkan manakala setengah hari untuk kerja-kerja touch-up bmbung dan cat mana-mana yang dirasa perlu.
           Projek ini menggunakan dua tenaga kerja yang berdedikasi  iaitu En Azizi dan saya sendiri.
Patern kali ini agak unik dan menggunakan sedikit besi rought iron sebagai penyeri palang depan. Tiang pula menggunakan besi hollow 4x4 inci manakala palang utama di atas menggunakan besi hollow 2x4 inci.      

Berikut adalah beberapa foto dari projek tersebut;


Berikut adalah gambar hampir siap projek di Tmn Desaria.










Jumaat, 17 Januari 2014

MEMBINA SET AWNING DI MANTIN, NS.

Awal January saya menerima tawaran dari En Hafiz , pemilik rumah di Taman Keledang, Mantin, N, S. Beliau berminat memasang bumbung awning dengan patern pagola tetapi menggunakan besi sepenuhnya.
           Keluasan depan rumah beliau ialah 22x16 kaki dan satu ruang tanpa bumbung berkeluasan 10x10 kaki perlu ditutup agar bebas dari panas dan hujan.
           Projek bermula pada 11/1 dan mengambil masa dua setengah  hari untuk selesai sepenuhya. Projek dilaksanakan sepenuhnya di rumah dan menggunakan dua tenaga kerja yang hebat.
           Seperti biasa saya menggunakan besi 4x4 inci sebagai tiang, manakala besi hollow 2x4 inci sebagai palang utama. Saya menggunakanzink jenis industri berwarna merah hati sebagai bumbung. Di setiap hujung hollow saya gunakan steel plate 2inci bagi menutup setiap lubang dipotong.
Berikut adalah beberapa foto dari projek tersebut;




Foto dari projek di Taman Keledang ,Mantin , N.Sembilan.

Selasa, 17 Disember 2013

MEMBINA SET BUMBUNG 16 X 10 KAKI.

MEMBINA SET BUMBUNG 16X10 KAKI.

Pada kali ini saya akan memaparkan satu projek menyiapkan set bumbung awning zink bersaiz 16 x 10 kaki di sebuah rumah semi D di Presint 10 Putrajaya. Sebelum itu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pn Tini yang sudi menghubungi saya dan memberi kepercayaan untuk menyiapkan projek ini.
                Projek ini telah dijalankan pada 8 Disember 2013 setelah beberapa kali sesi penyelarasan hari dilakukan. Pada dasarnya projek ini tidak memerlukan banyak masa memandangkan kerja-kerja awal penyiapan dilakukan di luar tapak projek. Saya hanya memasang set tersebut setibanya sampai di lokasi.
               Berikut adalah beberapa foto disepanjang projek tersebut;


Foto dari projek di Putrajaya Presint 10.

Sabtu, 23 November 2013

MEMBINA DINDING DEPAN TADIKA.




MEMBINA DINDING DEPAN TADIKA.
Projek ini adalah lanjutan dari projek terdahulu setelah pemasangan awning polycarbonat depan tadika siap. Ia adalah satu projek berterusan dengan tempoh yang panjang .Tujuan ialah bagi menyiapkan ruang yang bebas dari tempias hujan dan panas bagi tujuan aktiviti tadika . Tetulang dinding dibina dari besi 2 x 2 inci dengan ketebalan 1 mm dan tiang asas menggunakan besi lebih tebal 1.2 mm dengan saiz yang sama.
                Manakala dindingnya diperbuat dari gentian ceiling asbestos yang lazimnya orang gunakan bagi membuat ceiling rumah. Terdapat 2 sais ceiling di pasaran iaitu 2 x 5 kaki dan 4 x 4 kaki. Setiap ceiling akan dilekatkan kepada tetulang besi dengan menggunakan gam khas yang sangat kuat dan mampu memegang ceiling bersama besi dengan cukup baik. Walaupun mengambil sedikit masa untuk mengering namun hasilnya sangat memuaskan.
                 Kemasan lantai akhirnya disempurnakan dengan kemasan cat khas untuk lantai yang tahan air (akua paint) dengan warna merah hati.
                 Akhir sekali 2 set lampu kalimantang dipasang pada bumbung dan satu set kipas industri dipasang bagi memberi keselesaan kepada pelajar dan guru .Wiring juga disempurnakan dengan jayanya dengan menitikberatkan soal keselamatan dengan memasang conduet bagi mengelakkan litar pintas berlaku memandangkan struktur asas hampir keselurukan adalah dari besi.

Ruang depan yang terdedah tempias hujan dan panas.

Keadaan sebelum ubahsuai dilakukan.
Ruang sisi tepi paling  terdedah kepada hujan dan panas. Tetulang dinding telah mula dipasang.
Ruang depan yang telah siap dipasang dinding .
Dinding sisi telah mula dipasang,
Pemasangan sampai ke tingkat kedua
 


Dinding sisi kanan dipasang dinding hanya satu tingkat sahaja.
Lantai di cat merah hati.
Lantai simen yang telah dicat dengan cat lantai khas tahan air.

RAK BUKU.

RAK BUKU.
Projek kali ini ialah menyiapkan set rak buku/kitab bagi kegunaan surau. Lokasi ialah surau Desa Anggerik, Nilai, N.Sembilan. Tarikh projek ialah 23.9.2013.
Peralatan diperlukan;
1) Papan plywood tebal 10 mm
2)Gam silikon khas untuk kayu
3)Paku
4)Tukul
5)Gergaji mesin
6)Handrill
7)Grinder (dengan mata potong papan)
Berikut adalah beberapa gambar di sepanjang proses tersebut:

Memotong papan menggunakan alat grinder dengan mata kayu.


Papan dipotong mengikut ukuran khas.

Gam kayu yang tahan diguna bagi memegang papan dengan lebih kuat.





Gam papan atas dan bawah.


Peringkat terawal proses ,papan dipasang dengan teliti.
Mengukur sebelum dipotong.

Beberapa peralatan yang diguna semasa pembuatan dilakukan.

Tukul, Mesin gergaji besi(vertikal), grinder, gam kayu, tape pengukur dan handrill machine.

Dua set rak buku yang telah siap .

Menunggu untuk proses mengecat.

Berikut adalah gambar rak yang telah siap dipasang pada ruang hadapan surau.

Rak buku di susun bersama kitab suci dan buku-buku tafsir lain.

Ruang atas juga boleh berfungsi sebagai para.
Pandangan depan rak buku yang telah siap dipasang .