Khamis, 10 April 2014

MEMBINA SIMPLE TABLE TOP.

MEMBINA SIMPLE TABLE TOP.

Projek seterusnya ialah membina set simple Table Top pada keluasan 8.5 x 2 kaki dan menggunakan sinki dua daun/belah . Projek ini menggunakan beberapa bahan asas iatu sinki, simen, pasir, papan plywood 9 mm  sebagai acuan simen dan  pintu sliding, hollow 1x2 inci sebagai tetulang kerangka , hollow 1x3 inci sebagai dinding depan dan tile jenis biasa 10 keping.
Berikut adalah beberapa gambar dari projek tersebut;


Semoga memberi manafaat kepada pembaca.


Ahad, 30 Mac 2014

MEMBINA SET GRILL DI DESA CEMPAKA 3.


MEMBINA SET GRILL DI DESA CEMPAKA 3.
                 Terima kasih saya ucapkan kepada Puan Noni kerana memilih saya bagi menjayakan projek ini.Projek ini telah bermula pada 27/3/2014 .Projek membina set grill ini merupakan projek pertama saya berkaitan dengan grill. Saya telah banyak membuat penelitian secara lengkap tentang bagaimana grill berfungsi dan langkah-langkah pembinaan dengan teratur.
                 Akhir sekali saya telah membuat keputusan membeli satu set welding jenis MIG yang mana ia amat sesuai bagi kerja-kerja membuat grill iaitu menggunakan besi nipis dan bersaiz kecil. Jika kita menggunakan alat welding jenis arka atau rod banyak kecacatan akan timbul antaranya ialah besi berlubang dan finishing welding tidak elok. Walau bagaimanpa pun ia bergantung kepada kepakaran individu masing-masing. Bagi saya menggunakan alat wding jenis MIG adalah yabg yang terbaik ketika ini.

Berikut adalah beberapa gambar dari projek tersebut:

Grill Pintu Sliding.

Tingkap bilik depan.
Pintu sliding dipasang sememtara sebelum dicat.

Sebelum dipasang sliding door.
Grill untuk tingkap tandas.
Frame pintu belakang .
Sliding door- pasang roller.
Kerja-kerja gringer -melicinkan sisa kasar welding.

Railing bar- dipasang flat bar sebagai pengasing roller.
Grill untuk tingkap depan- posisi baring.
Grill tingkap belakang- 3 buah.


Pintu sliding dicat dengan warna putih.
Pintu grill belakang sebelum dipasang.
Pintu grill belakang selepas dicat putih.

MEMBINA SET AWNING DI DESA CEMPAKA 3.

MEMBINA SET AWNING DI DESA CEMPAKA 3.

                  Kali  ini saya akan paparkan satu projek membina awning di rumah Puan Noni di Desa Cempaka 3. Puan Noni telah memberikan kepercayaan kepada saya dengan memberi 4 projek iaitu membina set awning rumah depan, membina set grill lengkap satu rumah, simple table top dan tile parking depan rumah sehingga ke longkang. Saya ucapkan berbanyak terima kasih di atas kepercayaan Puan Noni kepada saya.
                  Projek ini telah bermula pada 22/3/2014 . Keluasan awning yang dirancangkan ialah 20 X 17.5 kaki ,menggunakan besi tiang hollow 4X4 kaki, manakala palang menggunakan besi hollow 2X4 kaki. Zink pula menggunakan zink jenis industri berketebalan 0.44 mm. Patern yang dipilih adalah patern awning pagola di mana besi dipotong menyerupai kayu pada hujung setiapnya.
Berikut adalah beberapa foto dari projek
tersebut:
 
Pandangan depan .
Pandangan sisi.


Rumah sebelum pemasangan awning.

Pandangan dari depan sebelum zink dipasang.

Sebelum bumbung zink industri dipasang.
Pandangan sisi tepi dari depan.
Tiang 4x4 kaki diletak di atas tiang pagar sebelum diikat dengan wall/bolt  plug.


Kerja "touch-up" mengecat mana-mana yang perlu.
Pandangan dari sisi dalam 95% siap.

                 

Isnin, 24 Februari 2014

RUMAH BESI (METAL HOME).



Contoh rumah besi.








BERIKUT ADALAH HIMPUNAN KOLEKSI RUMAH BESI ATAU RUMAH  DIBINA BERASASKAN DARI BESI . 

RUMAH BERASASKAN BESI SEMAKIN BANYAK DIBINA DISELURUH DUNIA DAN MENDAPAT TEMPAT DI HATI PEMBELI. RUMAH TERSEBUT DIBINA DENGAN HAMPIR 90 PERATUS  BESI DAN ADA YANG 50 PERATUS SAHAJA MENGGUNAKAN BESI. 

DI MASA KINI  SEMUA RUMAH DIBINA DENGAN MEMASUKKAN BESI KE DALAM  KONKRIT DI DALAM PEMBINAAN BEAM, TIANG ATAU LANTAI. BESI . IA MEMBERI SATU TAHAP KEKUKUHAN BARU YANG BERGANDA BERBANDING HANYA MENGGUNAKAN KONKRIT SAHAJA. BESI MEMEGANG STRUKTUR KONKRIT AGAR TIDAK MUDAH PECAH DAN RETAK . 

TERDAPAT BANYAK  KELEBIHAN RUMAH BESI BERBANDING RUMAH KONSEP LAIN DI ANTARANYA IALAH:

1) TAHAN DARI GEGARAN TERUTAMA GEMPA BUMI (TAHAP SEDERHANA
     - LUAR NEGARA)
2) RINGAN BENBANDING RUMAH BINAAN KONKRIT
3) LEBIH CEPAT DAN MUDAH DIBINA SEBAB KEBANYAKAN ADALAH 
    RUMAH PASANG SIAP
4) KEMAS DAN CANTIK MEMANDANGKAN BAHAN-BAHAN TELAH SIAP 
    DALAM UKURAN TERTENTU
5) KOS BINAAN ADALAH LEBIH MURAH BERBANDING SAIZ (MENGAMBIL 
    KIRA KOS BURUH ,KOS MASA DAN KOS JAMINAN)
6) MUDAH DI BUKA SEMULA JIKA MAHU PINDAH ATAU UBAHSUAI RUMAH
7) BESI LUSUH(BESI BURUK) MASIH MEMPUNYAI HARGA JIKA RUMAH PERLU 
    DI ROBOHKAN
8) LAIN-LAIN


























*Sumber foto dari laman intenet.

Isnin, 3 Februari 2014

MEMBINA SET AWNING DI TAMAN DESARIA, NILAI.

Tarikh :9/2/2014
Lokasi: Taman Desaria Nilai, N.Sembilan.

           Pada kali ini saya akan paparkan sedikit projek membina awning milik Encik Khairil dari Taman Desaria, Nilai 3, N.S.
Saiz depan rumah beliau yang akan di tutup ialah 17.5 X 20 kaki. Projek ini mengambil masa 2 hari untuk disiapkan manakala setengah hari untuk kerja-kerja touch-up bmbung dan cat mana-mana yang dirasa perlu.
           Projek ini menggunakan dua tenaga kerja yang berdedikasi  iaitu En Azizi dan saya sendiri.
Patern kali ini agak unik dan menggunakan sedikit besi rought iron sebagai penyeri palang depan. Tiang pula menggunakan besi hollow 4x4 inci manakala palang utama di atas menggunakan besi hollow 2x4 inci.      

Berikut adalah beberapa foto dari projek tersebut;


Berikut adalah gambar hampir siap projek di Tmn Desaria.