Selasa, 23 September 2014

AU KL-MEMASANG SET METAL AWNING DAN SET POLY DI KERAMAT AU

Tarikh: 20/9/2014





   
 Salam tuan dan puan yang budiman. Kali ini saya akan paparkan satu projek memasang set awning  poly pada keluasan: 12x4 kaki persegi dan metal awning pada keluasan 24x12 kaki persegi. Projek ini mengambil masa 2.5 hari untuk disiapkan sepenuhnya atas faktor cuaca dan keadaan.
      Berikut adalah beberapa pic yang sempat saya ambil untuk paparan di sini.





NLI-MEMASANG SET GRILL DI BENGKEL/ WORKSHOP BARU KAMI

Tarikh: 2/9/2014
Lokasi: Putra Nilai, N.Sembilan

Syukur alhamdulillah kerana dengan sedikit ikhsanNya maka saya telah dikurniakan sebuah cita-cita yang kini menjadi kenyataan.
      Saya dengan rasa rendah diri memaklumkan bahawa saya telah membuka sebuah bengkel yang menjadi pusat persediaan awal segala aktiviti pembikinan projek.
      Dengan dibantu oleh dua orang tenaga muda yang penuh berdedikasi saya  mengharapkan akan dapat terus berkhidmat menyumbang daya kreativiti dalam penghasilan awning dan produk lain berasaskan besi dan logam kepada masyarakat.

MEMASANG SET POLY DI USJ

Tarikh projek: 28/9/2014
Lokasi: USJ , Subang Jaya, Selangor



           Salam tuan puan yang budiman. Kali ini saya akan paparkan satu projek memasang set polycarbonat solid ruang cornet lot di premis Ustazah Sharifah pada keluasan 51 x 7 kaki persegi.
           Berikut adalah beberapa pic yang dapat saya kongsikan bersama semoga bermanafaat kepada anda.





Di sini saya ingin merakamkan berbanyak terima kasih kepada Ustazah Sharifah kerana memberi saya projek ini. Saya juga mendoakan agar usaha murni lagi mulia Ustazah dalam mendidik anak setempat dalam ilmu fardhu-ain mendapat tempat yang sewajarnya di sisi Allah taala. Amin.






Khamis, 21 Ogos 2014

MEMASANG SET POLYCARBONAT DI ENSTEK PERSADA IKHLAS.

Salam tuan puan yang budiman...kali ini saya akan paparkan projek memasang polycarbonat di kediaman En Abdullah pada keluasan 24x7 kaki. Beliau juga ingin memasang awning  di ruang belakang dapur menggunakan zink industri pada keluasan 4x10 kaki dan 2 set grill tingkap untuk bilik tingkat atas.
          Projek ini bermula pada 18/8/14 hari isnin dan siap sepenuhnya 2 hari selepas itu.
           Berikut adalah beberapa foto dari projek tersebut.


   








Jumaat, 11 Julai 2014

MEMBINA SET PENUTUP LONGKANG DAN RAK KASUT

MEMBINA SET PENUTUP LONGKANG DAN RAK KASUT

Kami menerima tempahan set penutup longkang dari En Fairuz . Beliau mahu struktur yang kuat serta kukuh yang mampu menahan beban berat sebuah kereta maka saya memilih besi angle bar 2 inci dengan ketebalan 2mm sebagai tulang dan kerangka.
          Berikut adalah beberapa gambar yang dapat saya paparkan di sini.




Jumaat, 20 Jun 2014

MEMASANG 3 SET AWNING POLYCARBONAT.

Tarikh Projek: 29/6/2014
Projek: Memasang 3 set Polycarbonate
Lokasi: Villa Warisan Puteri ,Ampangan ,Seremban.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada En Mazlan Dan Puan Mazni yang telah member saya peluang memasang set polycarbonat di kediaman beliau yang menarik.
        Kami memerlukan masa 3 hari bagi menyiapkan projek tersebut.
         Berikut adalah beberapa gambar yang sempat says ambil dalam tempoh tersebut. Semoga member I manafaat kepada pembaca.




MEMASANG SET METAL AWNING .

MEMASANG METAL AWNING .
Tarikh:  15/06/2014
Projek: Memasang satu set Awning jenis besi.pada keluasan 20x20.
Lokasi: Puchong

Pada kali ini saya akan paparkan perjalanan satu projek memasang set metal awning  di kediaman En Aris di Bukit Kinrara ,Puchong,Selangor.
             Terima kasih saya ucapkan kepada beliau kerana memberi kepercayaan kepada saya menjalankan projek ini.
             Berikut dibawah ini adalah beberapa gambar yang sempat saya rakam :