Selasa, 24 Mac 2015

IMPIANA RESIDENCE NILAI-MEMASANG SET PINTU PAGAR

Memasang Set Pintu Pagar di Impiana Residence.

         Salam tuan yang budiman. Kali ini saya paparkan satu projek memasang set pintu gate di kediaman Puan Syida di Impiana Residence, Nilai.
         Saiz pintu pagar beliau ialah 17x6 kaki. Di bahagian bawah akan dipasang angle 2 inci bertujuan menutup lubang bawah pagar supaya arnab peliharaannnya tidak dapat lepas keluar.








          Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut. Semoga bermanafaat kepada anda. Terima kasih.

Jumaat, 20 Mac 2015

N3:MEGA PRESTIMA-MEMBINA STRUKTUR KERANGKA SETOR INDUSTRI

Membina Kilang Dan Setor Industri Mega Prestima.



           Salam tuan yang budiman. APG Steel mengorak langkah setapak lagi dengan kejayaan meyakinkan pelanggan kami bagi membina satu kilang dan setor penyimpanan barang industri di Nilai 3.
           Kami dengan rasa rendah diri begitu teruja merealisasikan impian yang berbahagia Datuk 'F' mewujudkan setor tersebut.

Terdapat beberapa bahagian perlu disiapkan ;
1)Menyiapkan struktur bangunan
2)Memasang bumbung metal deck(zink industri)
3)Memasang struktur dinding
4)Memasang dinding dengan zink industri/zink lurus
5)Memasang set gutter sekeliling
6)Membina pintu pagar utama

           Berikut adalah beberapa pic dari progress tersebut.

























          Semoga memberi manafaat kepada anda. Terima kasih.

 

Salak Villa-Memasang Set Awning Poly

Memasang Set Awning Poly Di Salak Villa.

          Salam tuan yang budiman. Kali ini saya paparkan satu projrk memasang poly di kediaman En Nasri di Salak Villa ,Sepang.
          Beliau dan isteri memilih warna Embosse Bronze dengan kod poly CSD06 .
       











          Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut.
         Semoga memberi manafaat kepada anda.   Terima kasih.

Selasa, 17 Mac 2015

MEMASANG SET AUTO GATE DI KOTA SERIEMAS

Memasang Set Auto Gate Di Kota Seriemas.



        Salam tuan yang budiman. Kali ini saya paparkan satu projek memasang set auto gate di Kota Seriemas milik puan Zaiton.
        Model GFM-925AL dari brand DCMoto dipasang pada gate jenis folding. Kelebihan model ini ialah penggunaan teknologi Hybrid Power menyokong konsep Green Machine ,jimat penggunaan tenaga 95%, standby bateri 12v, kurang penggunaan cable, banyak fungsi sedia cuma dijual berasingan dan tahan lasak. Ia boleh dipasang pada gate jenis swing dan folding .
         Penggunaa elektrik 10-20watt semasa fungsi. Power supply hanya berfungsi bila masa motor berkerja atau semasa bateri di cas semula. Jika tidak elektrik tidak diguna sama sekali. Ini membuatkan penjimatan penggunaan tenaga elektrik sebanyak 95%.




       Semoga memberi manafaat kepada anda. Sekian terima kasih.

Sumber dari pembekal(www.dcmoto.my)

Isnin, 2 Mac 2015

KESUMA-MEMASANG SET AWNING UROL BOND DI TMN TASEK KESUMA.

Memasang Set Awning Pagola Di Tasek Kesuma, Semenyih.



       Salam tuan yang budiman. Kali ini saya paparkan satu projek memasang set awning pagola menggunakan zink berbentuk genting jenis Urol Bond.
       En Ismail memilih warna Brick Red untuk warna bumbung dan Leather untuk struktur. Tiang menggunakan besi hollow 2x5 inci manakala palang atas menggunakan besi hollow 2x4 inci.
        En Ismail memilih idea tiang senget dipadankan dengan struktur pagola beliau menjadikan satu kelainan tetapi menarik. Untuk tiang senget ia sesuai menggunakan tiang lebar seperti 2x5 in atau 3x6 inci berbanding tiang segiempat sama seperti 4x4 in.
       Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut.











            Diharapkan maklumat ini memberi manafaat kepada anda .
Sekian terima kasih.