Khamis, 27 Januari 2022

NILAI : MEMASANG SET KEDIAMAN KONSEP TINY HOUSE , LILY NILAI IMPIAN.

MEMASANG SET KEDIAMAN KONSEP TINY HOUSE , LILY NILAI IMPIAN.

       Salam tuan yang budiman . Bertemu lagi kita dalam projek terbaru kami iaitu memasang set kediaman Konsep Tiny House di Lily Nilai Impian.

        Projek ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu, 

a)Memasang struktur kerangka besi hollow 2"x 3" dan 2" x  2".

b)Memasang binaan dinding luar dengan facia board@ simen board dan bahagian dalam dengan gypsum board.

c)Memasang binaan siling (plaster siling).

d)Memasang tingkap kaca aluminum.

e)Memasang wiring kipas dan lampu.

f)Kerja pecah dinding dan memasang pintu bilik.

g)Memasang set awning metal deck di ruang balkoni.

        Berikut adalah beberapa gambar dari projek tersebut yang dapat kami paparkan. Semoga ia memberi manafaat kepada anda.

   



















     Sila tonton You tube rasmi kami di Channel Abang Besi Nilai untuk mendapatkan paparan dan info lebih  menarik. 

Sekian, Assalamualaikum! Babai

Apg Steel Enterprise 

019 3005692









Selasa, 7 Disember 2021

NILAI : MEMASANG SET AWNING ACP DAN HAND RAILING BALKONI, NILAI SPRING HEIGHT

MEMASANG SET AWNING ACP DAN HAND RAILING BALKONI, NILAI SPRING HEIGHT.


        Salam tuan yang budiman . Bertemu lagi kita dalam projek terkini kami di Nilai Spring Height. Minggu ini saya akan paparkan satu projek memasang set awning ACP (Aluminum Composite Panel) di Nilai Spring Height. 

        Keluasan awning dan railing balkoni agak luas merangkumi 2 bahagian iaitu ruang carporch dan ruang balkoni dari hadapan sehingga ke belakang. 

Berikut beberapa gambar dari projek tersebut.

Awning ACP:







Hand railing balkoni: 

Material yang digunakan adalah dari jenis besi wrought iron dan kerja finishing dengan kemasan cat powder coated jenis external.










      Semoga paparan ini memberi manafaat kepada anda.

Sila tonton di Laman You tube rasmi kami Abang Besi Nilai untuk mendapatkan paparan serta info yang lebih menarik.

Sekian , Assalamualaikum

...Babai !

Apg Steel Enterprise

019 3005692









Selasa, 30 November 2021

NILAI : Memasang Set Dinding Metal Deck di Desa Anggerik.

Memasang Set Dinding Metal Deck di Desa Anggerik. 

         Salam tuan yang budiman. Minggu ini saya paparkan satu projek memasang set dinding ruang belakang kediaman di Desa Anggerik,  Nilai. 

          En Rafan seorang Pensyarah dan juga Chef di sebuah University di Nilai adalah pemilik kediaman tersebut.  Terima kasih kerana memilih kami Apg Steel Enterprise 

          


Khamis, 18 November 2021

Nilai : Memasang Transparent Awning di Laman Kemboja, Nilai.

Memasang  Transparent Awning di Laman Kemboja, Nilai. 

        Salam tuan yang budiman. Minggu ini saya paparkan satu lagi projek memasang set awning transparent metal deck profile di Laman Kemboja, Nilai.

        Roof jenis ini adalah jenis polycarbonate yang mempunyai profile (bentuk bumbung) sama seperti bumbung metal deck. Maksudnya ia boleh disambungkan padahujung atau awal  bumbung yg sama. 

         Kelebihannya berbanding metal deck antaranya ialah tidak bising ketika hujan dan transparent cahaya . 

         Berikut adalah beberapa foto dari projek tersebut. Semoga memberi manafaat kepada anda.











         Sekian Terima Kasih.

Muhlis 

019 3005692


Khamis, 11 November 2021

Nilai : Memasang Awning Metal Deck di Desa Anggerik.

Memasang Awning Metal Deck Dan Pagar Utama di Desa  Anggerik.

       Salam tuan yang budiman. Minggu ini saya akan paparkan satu projek memasang set awning metal deck di Desa Anggerik, Nilai,  Negeri Sembilan.

       Bagi projek ini kami menggunakan hollow 4" x 4" sebagai  tiang utama manakala teras utama kami menggunakan besi hollow 2"x 5"  dan palang kami guna besi hollow 2" x4" serta 1" x 2". Bumbung kami guna dari grade G28 (0.35mm).

       Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut. Semoga memberi manafaat kepada anda.





       Sekian terima kasih.


Muhlis 

Apgsteel

019 3005692