Ahad, 30 Mac 2014

MEMBINA SET AWNING DI DESA CEMPAKA 3.

MEMBINA SET AWNING DI DESA CEMPAKA 3.

                  Kali  ini saya akan paparkan satu projek membina awning di rumah Puan Noni di Desa Cempaka 3. Puan Noni telah memberikan kepercayaan kepada saya dengan memberi 4 projek iaitu membina set awning rumah depan, membina set grill lengkap satu rumah, simple table top dan tile parking depan rumah sehingga ke longkang. Saya ucapkan berbanyak terima kasih di atas kepercayaan Puan Noni kepada saya.
                  Projek ini telah bermula pada 22/3/2014 . Keluasan awning yang dirancangkan ialah 20 X 17.5 kaki ,menggunakan besi tiang hollow 4X4 kaki, manakala palang menggunakan besi hollow 2X4 kaki. Zink pula menggunakan zink jenis industri berketebalan 0.44 mm. Patern yang dipilih adalah patern awning pagola di mana besi dipotong menyerupai kayu pada hujung setiapnya.
Berikut adalah beberapa foto dari projek
tersebut:
 
Pandangan depan .
Pandangan sisi.


Rumah sebelum pemasangan awning.

Pandangan dari depan sebelum zink dipasang.

Sebelum bumbung zink industri dipasang.
Pandangan sisi tepi dari depan.
Tiang 4x4 kaki diletak di atas tiang pagar sebelum diikat dengan wall/bolt  plug.


Kerja "touch-up" mengecat mana-mana yang perlu.
Pandangan dari sisi dalam 95% siap.

                 

2 ulasan:

  1. Projek memasang awning memerlukan masa minima 2 hari untuk disiapkan, menggunakan 2 tenaga kerja. Bagaimana pun 3 atau 4 hari sebelum kerja bermula kerja mengecat perlu dilakukan terlebih dahulu supaya cat benar-benar kering.

    BalasPadam
  2. Salam,boleh saya tau berapa total kos termasuk upah untuk awning mcm ni dgn keluasan ni?

    BalasPadam