Khamis, 30 April 2015

SEPANG-MEMASANG SET AWNING POLY DAN AWNING GENTING.

Memasang Set Awning Poly Dan Awning Genting Di Desa Salak Pekerti, Sepang.

            Salam tuan yang budiman. Minggu ini saya paparkan satu projek memasang set awning poly solid tebal 3 mm (Embose Bronze) di ruang lot  tepi dan awning genting (Monier, jenis Monica, warna grey) di ruang belakang kediaman milik En Rafzan di Desa Salak Pejerti ,Sepang.

          Untuk poly terdapat 2 binaan dibina untuk mengurang panas cahaya pagi dan tempias air hujan di ruang sisi pintu keluar tepi. Saiznya ialah 11x6 kaki dan 18x3 kaki, manakala di ruang belakang saiznya ialah 26x10 kaki.

         Untuk binaan struktur genting kami menggunakan tiang bersaiz 5x5 inci dan palang teras 2x5 inci manakala kekuda 2x4 inci setiap satu di ikat pada kekuda asal (kayu) dengan memasukkan skru nut dan bolt 5 inci bersama washer kedua- dua belah. Ini untuk memastikan kekuda betul- betul kuat bagi menampung berat genting di atasnya .
         Berikut adalah pic dari projek tersebut.














      Semoga paparan ini dapat memberi manafaat kepada anda.

2 ulasan:

  1. Bape anggaran kos untuk siapkan awning mengunakan atap genting di atas tu tuan?

    BalasPadam
  2. Bape anggaran kos untuk siapkan awning mengunakan atap genting di atas tu tuan?

    BalasPadam