Isnin, 28 Mac 2016

SENDAYAN - MEMASANG SET GRILL ,GATE, AUTO GATE DAN EXTEND BELAKANG, HIJAYU 1.

Memasang Set Grill, Gate, Autogate Dan Extend Belakang.


           Salam tuan yang budiman. Kali ini saya paparkan projek memasang set grill anticlimb dan patern lintang, gate expended metal, pemasangan set autogate DCMoto dan extend belakang dengan grill dengan bumbung polycarbonat solid 3 mm. Lokasi projek ialah Hijayu1, Bandar Seri Sendayan dimiliki oleh En Farhan .
            Pemasangan grill anticlimb pada unit sliding door dan pintu utama memberi kelainan ketara namun kelihatan menarik lalu dipadankan dengan kemasan warna silver memberi impak positif kepada konsep kediaman ini.
            Pintu gate utama pula direkabentuk dengan design "rare" menyerlahkan kelainan kediaman di kalangan kejiranan ini.
            Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut.

1)Pemasangan grill kediaman.






2)Pemasangan pintu gate .


3)Pemasangan awning poly dan extend grill belakang.





4)Pemasangan auto gate DCMoto.





            Semoga memberi manafaat kepada anda. Terima kasih.

2 ulasan: