Memasang Set Tangga Stainless Steel Dan Platform Frp Di Paya Indah Wetland, Dengkil.
Salam tuan yang budiman. Minggu ini kami memulakan projek membina tangga stainless steel di Paya Indah Wetland. Tangga lama yang kelihatan telah uzur akan diganti dengan baru yang diperbuat dari bahan logam tahan karat ,stainless steel.
Proses ini agak rumit dan perlu teliti memandangkan setiap tangga mempunyai ukuran yang tidak seragam.
Lantai platform juga telah kelihatan uzur . Ia akan diganti dengan bahan frp (fibreglass reinforcement plastic).
Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut.
1)Frame stainless steel dipasang dulu di site mengikut
kesesuaian setiap level tangga.
2)Frame stainless steel dibuka dan dibawa ke bengkel utk welding penuh dan proses polish.
3)Pemasangan semula railing tangga stainless steel di site.
4)Memasang lantai platform dengan frp grating(fibre glass reinforcement plastic).
i)Papan lantai lama yang telah reput dibuka
ii)Palang lantai dipasang menggunakan C channel
iii)Palang besi dicat dengan warna alumunium
iv) Pemasangan frp grating dilakukan.
Semoga memberi manafaat kepada anda.
Sekian Terima kasih.
APG STEEL ENTERPRISE (NS0135371-W). BLOG INI DIHASILKAN BAGI MENDOKUMENKAN SEGALA DATA MELIBATKAN PENGALAMAN PENULIS TENTANG APA-APA AKTIVITI LUAR YANG MELIBATKAN KERJA-KERJA PERTUKANGAN ,KEMAHIRAN DAN HASIL SENI (JIKA ADA) BAGI TUJUAN PERKONGSIAN ILMU TANPA MELIBATKAN HAL DAN HAK TEMPAT KERJA PENULIS YANG DILINDUNGI OLEH PERUNDANGAN. (Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui Panggilan Tel/WhatsApp/Sms :0193005692- Muhlis).
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan