Modifikasi Pintu Pagar Folding Dan Memasang Grill Pintu Belakang.
Salam tuan yang budiman. Minggu ini saya paparkan satu projek modifikasi pintu pagar utama jenis folding milik En Imran di Laman Bakawali, Kota Seriemas, Nilai.
En Imran memiliki sejumlah kucing berbaka terbaik . Beliau perlu menyediakan satu tempat yang persekitarannya selamat bagi mengelakkan kucingnya keluar dari kawasan persekitarannya.
Beliau juga membuat modifikasi rumah kucingnya yang sedia ada. Satu tingkat platform dibina di dalam sangkar kucingnya.
Beliau juga membuat penukaran grill pintu belakang dengan kemasan powder coating. Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut. Semoga memberi manafaat kepada anda.
1)Modifikasi rumah kucing.
2)Menambah besi hollow 1"x4" dan mengecat pintu gate.
3)Mengecat semula grill sliding rumah dengan kemasan putih.
Terima kasih.
APG STEEL ENTERPRISE (NS0135371-W). BLOG INI DIHASILKAN BAGI MENDOKUMENKAN SEGALA DATA MELIBATKAN PENGALAMAN PENULIS TENTANG APA-APA AKTIVITI LUAR YANG MELIBATKAN KERJA-KERJA PERTUKANGAN ,KEMAHIRAN DAN HASIL SENI (JIKA ADA) BAGI TUJUAN PERKONGSIAN ILMU TANPA MELIBATKAN HAL DAN HAK TEMPAT KERJA PENULIS YANG DILINDUNGI OLEH PERUNDANGAN. (Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui Panggilan Tel/WhatsApp/Sms :0193005692- Muhlis).
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan