Rabu, 23 Mac 2022

NILAI : MEMASANG SET AWNING DI LALUAN TEMPAT WUDUK SURAU DESA ANGGERIK, NILAI

MEMASANG SET AWNING DI LALUAN TEMPAT WUDUK SURAU DESA ANGGERIK, NILAI


       Salam tuan yang budiman. Minggu ini saya paparkan satu projek memasang set awning di laluan tempat wuduk di surau Desa Anggerik, Nilai , Negeri Sembilan.

        Projek ini melibatkan kawasan laluan sepanjang hampir 80 kaki di sepanjang koridor ruang aktiviti surau. 

        Kami menggunakan besi hollow agak besar  iaitu hollow ms 2" x 3" SUPAYA binaan lebih kukuh dan kelihatan kemas. Warna struktur dipadankan dengan binaan bangunan asal iaitu warna Black Matt.

        Binaan struktur tersebut kami juga sesuaikan dengan rancangan akan datang sekiranya mahu memasang set dinding kaca dsb di masa akan datang. Dengan itu struktur asas telah tersedia.

         Berikut adalah beberapa foto dari projek tersebut. Semoga memberi manafaat kepada anda.











Sekian terima kasih

Muhlis 

Apg Steel Enterprise

019 3005692

You tube Channel : Abang Besi Nilai








Tiada ulasan:

Catat Ulasan