Rabu, 9 Mac 2022

Nilai : Memasang Set Menara Speaker Azan Satda

Memasang Set Menara Speaker Azan Dan Peninjau Satda, Nilai .







        Salam tuan yang budiman . Minggu ini saya paparkan satu projek membekal dan memasang set menara speaker Azan serta peninjau di surau Desa Anggerik , Nilai Negeri Sembilan. 

        Menara pelbagai fungsi ini juga direka bentuk bagi menerima satu set tangki air stainless steel 1200 liter untuk kegunaan air wuduk. 

         Berikut beberapa foto paparan dari projek tersebut. Semoga memberi manafaat kepada anda.

Secara asasnya projek ini melibatkan 2 bahagian yang utama iaitu footing stumb dan binaan struktur besi.

1)Binaan footing dan stumb.

   a- Menggali lubang saiz 8' x 8' pada kedalaman 4 kaki

   b- Lean konkrit

   c- Brc A16 dan Y16

   d- Footing 8' x 8' x 12" (tebal)

   e- Stumb saiz 1.5' x 1.5' x 3.5'(tinggi)





2)Pembinaan struktur besi

  a- Tiang :hollow 4" x 4"

  b- Palang support : hollow 2" x 3"

  c- Tapak platform : Exmet no1000, saiz lubang 1.5" x 2.5" .





a)Mengecat dengan cat antikarat terlebih dahulu sebelum dicat dengan warna executive grey.





b)Memasang set bumbung kubah dengan material ACP.
   - Kubah dipasang terus dengan set light arrestor bagi menangkap sambaran petir bagi mengelakkan kerosakan speaker .

d) Pemasangan di tapak binaan
    - Aspek keselamatan amat diutamakan semasa kerja pemasangan ini








Beberapa kerja penambahbaikan berkaitan safety telah dilakukan iaitu pemasangan sangkar tangga, tempat pemegang pada tangga serta hand railing di platform bawah.



Nota : Kepada sesiapa yang berhajat mendapatkan khidmat pemasangan menara seperti ini boleh berhubung terus di no di bawah. 

         Sekian terima kasih

Muhlis 

You tube: Abang Besi Nilai

019 3005692

Apgsteel







Tiada ulasan:

Catat Ulasan