Isnin, 9 November 2015

K.SERIEMAS-MODIFIKASI PAGAR JENIS FOLDING DAN MEMASANG GRILL PINTU RUMAH BELAKANG.

Modifikasi Pintu Pagar Folding Dan Memasang Grill Pintu Belakang.

         Salam tuan yang budiman. Minggu ini saya paparkan satu projek modifikasi pintu pagar utama jenis folding milik En Imran  di Laman Bakawali, Kota Seriemas, Nilai.
         En Imran memiliki sejumlah kucing berbaka terbaik . Beliau perlu menyediakan satu tempat yang persekitarannya selamat bagi mengelakkan kucingnya  keluar dari kawasan persekitarannya.
         Beliau juga membuat modifikasi rumah kucingnya yang sedia ada. Satu tingkat platform dibina di dalam sangkar kucingnya.
         Beliau juga membuat penukaran grill pintu belakang dengan kemasan powder coating. Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut. Semoga memberi manafaat kepada anda.
1)Modifikasi rumah kucing.
2)Menambah besi hollow 1"x4" dan mengecat pintu gate.



3)Mengecat semula grill sliding rumah dengan kemasan putih.

        Terima kasih.

Rabu, 4 November 2015

DENGKIL-MEMASANG SET TANGGA DAN PLATFORM STAINLESS STEEL MENARA PENINJAU WETLAND.

Memasang Set Tangga Stainless Steel Dan Platform Frp Di Paya Indah Wetland, Dengkil.

         Salam tuan yang budiman. Minggu ini kami memulakan projek membina tangga stainless steel di Paya Indah Wetland. Tangga lama yang kelihatan telah uzur akan diganti dengan baru yang diperbuat dari bahan logam tahan karat ,stainless steel.
        Proses ini agak rumit dan perlu teliti memandangkan setiap tangga mempunyai ukuran yang tidak seragam.
         Lantai platform juga telah kelihatan uzur . Ia akan diganti dengan bahan frp (fibreglass reinforcement plastic).
         Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut.

1)Frame stainless steel dipasang dulu di site mengikut
   kesesuaian setiap level tangga.







2)Frame stainless steel dibuka dan dibawa ke bengkel utk welding penuh dan proses polish.


3)Pemasangan semula railing tangga stainless steel di site.







4)Memasang lantai platform dengan frp grating(fibre glass reinforcement plastic).
    i)Papan lantai lama yang telah reput dibuka
    ii)Palang lantai dipasang menggunakan C channel
    iii)Palang besi dicat dengan warna alumunium



    iv) Pemasangan frp grating dilakukan.











    Semoga memberi manafaat kepada anda.
Sekian Terima kasih.


DENGKIL-MEMASANG SET AWNING POLY DI TAMAN DESA DENGKIL

Memasang Set Awning Poly Di Taman Desa Dengkil.
 

       Salam tuan yang budiman . Minggu ini saya paparkan satu projek memasang awning poly di Taman Desa Dengkil.
        Tuan rumah mahu rumah asal diubahsuai sebelum pemasangan poly dilakukan disebabkan bahagian depan terlalu rendah . Awning metal deck yang asal perlu dibuka dan dipasang semula dikediaman lain berhampiran. Proses ini mengambil masa yang agak lama.
         Beliau juga ingin memasang set tangki air baru di Surat belakang rumah.
         Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut. Semoga memberi manafaat kepada anda.
1)Membuka set awning asal.


2) Modifikasi depan bumbung(meluruskan bumbung depan)


3)Memasang struktur baru awning.




     

4)Memasang set tinggi air belakang.


  Sekian terima kasih.


Ahad, 18 Oktober 2015

SEPANG CCGT- MEMASANG SET AWNING METAL DECK DI CCGT.

Memasang Set Awning Metal Deck Di CCGT, Sepang.


        Salam tuan yang budiman. Kali ini saya paparkan satu projek memasang set awning metal deck di sebuah kilang ,CCGT Sepang.
        Dua set awning dipasang mengikut spec industri . Satu set sinki 2 panel dengan single runner turut dipasang siap dengan piping keluar masuk air.
        Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut. Semoga memberi manafaat kepada anda.





       Terima kasih.


http://www.charityid.com/mohdmuhlis



Sabtu, 17 Oktober 2015

NILAI- MEMASANG SET GRILL DI NILAI PERDANA

Memasang Set Grill Di Nilai Perdana ,Nilai


        Salam tuan yang budiman. Kali ini saya paparkan satu projek memasang grill di Nilai Perdana, Nilai. Tuan rumah telah membuat renovation di bahagian belakang dengan membina struktur dapur lengkap dengan table top.
       Bagi melengkapkan renovation ini maka grill dipasang dibahagian yang sepatutnya. Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut.



       Semoga memeberi manafaat kepada anda. Terima kasih.



http://www.charityid.com/mohdmuhlis