Isnin, 27 Oktober 2014

MEMASANG TILE DI RUANG DAPUR(EXTEND).

Memasang Tile Di Ruang Dapur.

     

        Salam tuan yang budiman. Minggu ini saya akan paparkan satu projek memasang tile pada ruang dapur(extend).
         Berikut adalah beberapa pic yang sempat saya ambil untuk tatapan semua. Semoga membrri manafaat kepada anda.

   


Khamis, 23 Oktober 2014

MEMASANG SET GRILL DI BELAKANG 20X10 KAKI.

Memasang set grill di belakang dapur.

          Salam tuan yang budiman. Hari ini saya paparkan satu projek sambungan dari sebelumnya di Taman Pelangi Semenyih di rumah en Tariq iaitu memasang set grill pada keluasan 20x10 kaki persegi.
          Berikut adalah beberapa pic yang sempat saya rakam untuk tatapan semua .




        Akhir sekali plate 1mm dipasang pada sekeliling grill pada ketinggian 3 kaki bagi meningkatkan lagi tahap privacy tuan rumah. Begitu juga dengan pintu belakang.


         Semoga bermanafaat kepada anda. Sekian terima kasih.

Ahad, 19 Oktober 2014

MEMASANG SET POLY DI TPS,SEMENYIH.

Tarikh: 19/10/2014


         Salam tuan yang budiman. Kali ini saya akan paparkan satu projek memasang set poly di Taman Pelangi Semenyih.
          Saiz awning berkenaan ialah 20x17 kaki menggunakan poly solid 3 mm dan hollow 2x3 inci dan tiang 4x4 inci.
           Keluarga Pn Amirah memilih kombinasi 2 warna yang dipadankan bersama set awning memberi suatu kelainan tetapi kelihatannya lebih menarik.
           Berikut adalah beberapa pic yang sempat kami ambil untuk tatapan semoga memberi manafaat kepada anda.








Sabtu, 18 Oktober 2014

MEMASANG GRILL PINTU DAN TINGKAP DI DESA KASIA

Tarikh: 17/10/2014

       Memasang set grill pintu dan tingkap di Desa Kasia. Rumah extend belakang dipasang bagi meningkatkan/melengkapkan tahap keselamatan rumah dari dimasuki tetamu tidak diundang.
       Berikut adalah foto dari projek tersebut.



Jumaat, 17 Oktober 2014

Membaiki Auto Gate

Membaiki Auto Gate
Tarikh: 16/20/2014

          Terima kasih kepada En Asri kerana memanggil saya untuk membaiki pagar automatik beliau yang rosak.
          Saya memasang tile konkrit yang pecah duachari sebelum itu bagi memastikan konkrit cukup keras sebelum wall plug dipasang.
          Telinga pagar juga perlu diwelding kerana terdapat kerosakan serius  dan plate 2 inci dengan ketebalan 2 mm dipasang pada body pagar agar telinga dapat bertahan dengan kuat.
           Berikut adalah foto dari projek tersebut.





Ahad, 12 Oktober 2014

Memasang Plate Lantai Caravan.

Date: 12/10/14
Memasang set plate lantai caravan.

            Projek kali ini ialah menambahbaik lantai caravan dengan memasang satu set plate tebal 1mm pada lantainya.



           Plate diukur mengikut saiz dikehendaki kemudian lubang ditebuk pada jarak tertentu pada beberapa pusat kimpalan supaya pkate dapat memegang kukuh pada lantai.
           Plate diwelding pada sambungan kemudian di grinder bagi melicinkan permukaan. Permukaan dicat dengan cat undercoat antikarat. Akhir sekali cat putih pada lantaivsebagai kemasan terakhir.
           Sekian semoga memberi manafaat kepada pembaca.



Sekian terima kasih.

Jumaat, 3 Oktober 2014

MEMBUAT SET PANGGANG/BBQ

MEMBUAT SET PANGGANG BBQ.
         Salam tuan puan yang budiman. Minggu ini saya telah menyiapkan dua set panggang bbq khas untuk majlis hari raya qurban untuk kemudahan surau desa anggerik, nilai.
         Shaft saya menggunakan jenis besi stainless steel bagi mengelakkan karat manakala struktur body menggunakan besi jenis mild steel.
          Berikut adalah beberapa pic dari proses tersebut.