Isnin, 28 Mac 2016

SENDAYAN - MEMASANG SET GRILL ,GATE, AUTO GATE DAN EXTEND BELAKANG, HIJAYU 1.

Memasang Set Grill, Gate, Autogate Dan Extend Belakang.


           Salam tuan yang budiman. Kali ini saya paparkan projek memasang set grill anticlimb dan patern lintang, gate expended metal, pemasangan set autogate DCMoto dan extend belakang dengan grill dengan bumbung polycarbonat solid 3 mm. Lokasi projek ialah Hijayu1, Bandar Seri Sendayan dimiliki oleh En Farhan .
            Pemasangan grill anticlimb pada unit sliding door dan pintu utama memberi kelainan ketara namun kelihatan menarik lalu dipadankan dengan kemasan warna silver memberi impak positif kepada konsep kediaman ini.
            Pintu gate utama pula direkabentuk dengan design "rare" menyerlahkan kelainan kediaman di kalangan kejiranan ini.
            Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut.

1)Pemasangan grill kediaman.






2)Pemasangan pintu gate .


3)Pemasangan awning poly dan extend grill belakang.





4)Pemasangan auto gate DCMoto.





            Semoga memberi manafaat kepada anda. Terima kasih.

SERI PUTRA- MEMASANG/MENUKAR BUMBUNG METAL DECK DAN PLASTER SYILING.

Memasang/ Menukar Set Bumbung Metal Deck Dan Plaster Syiling Di Seri Putra.


        Salam tuan yang budiman. Minggu ini saya paparkan satu projek menukar /memasang set bumbung genting kepada metal deck. Struktur bumbung metal deck dipasang terlebih dahulu sebelum menurunkan atap genting. Setelah struktur siap maka atap genting diturunkan satu persatu. Kemudian atap metal deck barulah dipasang dan flushing terus dipasang.
        Dinding konkrit yang berongga ditutup dengan binaan bata simen kemudian diplaster.
        Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut. Semoga memberi manafaat kepada anda.


        Terima kasih.


Jumaat, 18 Mac 2016

NILAI- MEMASANG GRILL GUNTING ( COLAPSIBLE GRILL) DI KOTA SERIEMAS.

Memasang Set Grill Gunting (Collapsible Grill) Di Kota Seriemas, Nilai.


       Salam tuan yang budiman. Kali ini saya paparkan satu projek yang sudah agak jarang orang buat iaitu memasang grill Gunting ( collapsible grill). Grill jenis gunting ini amat jarang ditemui tetapi masih diminati oleh peminatnya tersendiri.
       Biasanya dipasang di lot-lot kedai. Jika kita mahir menyesuaikan dengan kediaman kita ia akan menjadi lebih menarik serta ada unsur tersendiri yang sukar diterjemahkan oleh kata-kata melainkan anda sendiri menyelaminya.
       Biasanya patern atau binaan exslusive ini dipadankan dengan warna Hitam Mati atau black Matt.
       Berikut beberapa pic dari projek tersebut. Semoga memberi manafaat kepada anda.






       Sedikit modifikasi pagar dengan menambahkan besi expended metal pada frame gate utama lalu sifat dengan kemasan warna hitam black matt.




       Terima kasih.

*Idea dan tulisan adalah dari pandangan penulis secara peribadi ,jika ada percanggahan idea ia adalah secara kebetulan.

MEMASANG SET GRILL DI HIJAYU 1, SENDAYAN.

Memasang Set Grill Di Hijayu 1, Bandar Seri Sendayan.


          Salam tuan yang budiman. Minggu ini saya paparkan satu projek memasang set grill kediaman di Hijayu 1, Bandar Seri Sendayan.
          Tuan rumah memilih kombinasi dua patern grill iaitu wrought iron dan mild steel dengan patern S. Bahagian sliding door , tingkap depan dan pintu utama menggunakan Wrought Iron manakala yang lainnya menggunakan besi mild steel.
          Berikut beberapa pic dari projek tersebut. Semoga memberi manafaat kepada anda.










          Terima kasih.


AKADEMIA - MEMASANG SET AWNING METAL DECK.

Memasang Set Awning Metal Deck Di Akademia, Lenggeng.

         Salam tuan yang budiman . Kali ini saya akan paparkan satu projek memasang set awning metal deck milik En Hidayat di Bandar Akademia, Lenggeng. 
         Pada asalnya struktur rumah ini telah mempunyai awning poly bentuk zink yang dipandang dengan struktur kayu. Namun atas beberapa faktor ramai pemilik rumah di kawasan ini telah menukar atau mengubahsuai kepada awning bentuk lain.
         Terdapat dua bahagian sudut juga telah dibina lantai konkrit bagi memberi ruang lebih selesa.
         Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut. 











         Semoga memberi manafaat kepada anda . Terima kasih.