Jumaat, 28 Ogos 2015

NILAI- MEMASANG SET PINTU KECIL RAILING .

Memasang Set Pintu Kecil Railing Di Desa Melati 3.


       Salam tuan yang budiman. Minggu ini saya paparkan satu projek memasang set pintu kecil di ruang depan pintu utama yang membahagi antara ruang parking dan ruang dalam rumah. Tujuannya adalah untuk mengelakkan anak- anak kecil bergerak terus ke luar sekirannya pintu rumah dibuka.
      Berikut beberapa pic dari projek tersebut untuk dikongsi. Semoga memberi manafaat kepada anda.




      Sekian terima kasih.

NILAI- MEMASANG SET AUTO GATE DAN MEMBINA ANAK PINTU GATE .

Memasang Set Auto Gate Dan Membina Anak Pintu Pagar Utama Di Impiana Villa.


        Salam tuan yang budiman. Kali ini saya paparkan satu projek memasang set auto gate jenama DCMoto di Impiana Villa dan membina anak pintu pagar utama di Impiana Villa, Nilai.
        Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut yang sempat saya rakamkan di sini untuk perkongsian .









        Semoga memberi manafaat kepada pembaca.
Sekian terima kasih.

PARAGON 202- MEMASANG RAILING TANGGA DI SERI KEMBANGAN.

Memasang Railing Tangga Di Paragon 202, Seri Kembangan.

           Salam tuan yang budiman. Kali ini saya paparkan satu projek  memasang railing tangga di kediaman milik En Redza di alamat seperti di atas.
           Memasang railing tangga adalah kerja yang memerlukan ketelitian yang tinggi. Ada beberapa aspek perlu diambil kira dan beberapa proses perlu diikuti semasa pembikinannya. Di antaranya ialah aspek kecerunan railing dengan tangga, sebaiknya dengan mengambil sampel cerun . Kemudian aspek keselamatan , tentang bahagian yang boleh sentuh terutama kanak-kanak dan beberapa aspek yang lain.
           Berikut beberapa pic dari projek tersebut yang sempat saya ambil untuk perkongsian. Semoga memberi manafaat kepada anda.




           Semoga memberi manafaat kepada anda. Sekian terima kasih.

Rabu, 26 Ogos 2015

KAJANG- MEMASANG SET GRILL DI ALAM SARI.

Memasang Set Grill Di Alam Sari, Kajang.


         Salam tuan yang budiman . Kali ini saya paparkan satu projek memasang grill di Alam Sari, Kajang. Rumah lot tepi ini memiliki struktur tingkap dan pintu agak tinggi membuatkan keluasan grill agak besar iaitu lebih 700 sqft.
         Tuan rumah memilih patern grill yang simple tetapi moden. Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut.















         Semoga memberi manafaat kepada anda. Terima kasih.

Selasa, 25 Ogos 2015

MEMBAIKI PAGAR (TELINGA) ROSAK DI NILAI IMPIAN.

Membaiki Engsel Pagar Rosak Di Nilai Impian.


         Salam tuan yang budiman. Minggu ini saya paparkan satu kerja membaiki engsel pintu pagar yang rosak. Kami akan menambah kepingan plat besi yang tebal pada permukaan engsel kemudian welding semula pada "telinga" yang rosak tersebut.
        Antara sebab bahagian ini kerap rosak ialah faktor berat pintu pagar yang berlebihan sebab besi terlalu tebal sedangkan besi hollow yang diguna agak nipis dan tidak sepadan (nipis). Kedua ialah pemasangan autogate yang tidak betul. Ketiga ialah perlanggaran dengan objek keras dan kuat.



       Berikut di atas adalah beberapa pic dari projek tersebut. Semoga memberi manafaat kepada anda. Sekian terima kasih.

Jumaat, 21 Ogos 2015

MEMASANG SET TELINGA MANGGA - Putrajaya.


Memasang Set Telinga Mangga Di Kuaters Putra Jaya.

               
            Salam tuan yang budiman. Minggu ini saya mendapat pangilan dari penghuni kuaters putrajaya di Parcel 5R3, Presint 5 meminta khidmat memasang "telinga " untuk kunci mangga bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan kediaman mereka.
            Sejak kebelakangan ini kerap berlaku jenayah pecah rumah di kuaters ini. Banyak kediaman telah kami pasang atas permintaan penghuni masing-masing. Setiap pintu kami pasang 2 set tambahan dari yang asal menjadikan 3 set "telinga" kesemuanya.






            Berikut beberapa pic dari projek tersebut. Semoga memberi manafaat kepada anda.
Terima kasih.

Sabtu, 15 Ogos 2015

NILAI- MEMBINA STRUKTUR DINDING PARTITION AL- BAGDADI.

Membina Struktur Dinding Partition Di Desa Cempaka, Nilai.


           Salam tuan yang budiman. Minggu ini saya paparkan satu projek membina dinding partition boleh lipat (folding) bagi kegunaan kelas mengaji Quran Al -Baghdadi dan kelas tuisyen setempat.
           Lokasi puast ini ialah di baris tingkat atas lot kedai baru di Desa Cempaka , Nilai.
Pemilik pusat ini memilih untuk membuat dinding partition yang boleh lipat bagi membolehkan tempat ini dijadikan tempat pelbagai guna seperti dewan dan lain-lain.
           Berikut adalah beberapa pic dari projek tersebut.








           Sekian terima kasih.

NILAI- MEMASANG SET AWNING POLY DI IMPIANA VILLA.

Memasang Set Awning Poly Di Impiana Villa, Nilai.


           Salam tuan yang budiman. Kali ini saya paparkan satu projek memasang set awning poly di Impiana Villa milik En Zul. Beliau memilih warna Dark Bronze dengan kod CSB04.
           Sudut santai yang sebelum ini dibina di sudut lot tepi dengan set meja kerusi kayu kini dinaik taraf dengan penambahan set awning poly tersebut.
           Berikut beberapa pic dari projek tersebut. Semoga memberi manaafat kepada anda.





           Terima kasih.

NILAI -MEMASANG SET AWNING METAL DECK DI TADIKA AL HUSNA,DESA ANGGERIK (TADIKA).

Memasang Set Awning Metal Deck Di Desa Anggerik (Tadika Al Husna).

           Salam tuan yang budiman. Kali ini saya paparkan satu projek memasang set awning metal deck di Desa Anggerik, Nilai.
          Projek ini sambungan peojsk sebelun ini. Zink metal deck berwarna dark red dipasang bersama (blended) dengan roof clear bahan dari fibreglass bagi menimbulkan suasana cerah di ruang bawah.
          Berikur adalah beberapa pic dari ptojek tersebut.






          Semoga memberi manafaat kepada anda. Sekian terima kasih.